Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Bisnes Besar Lawan Bisnes Kecil

Imej
Pada perkiraan logik, bisnes besar sudah pasti menghasilkan kejayaan yang besar, manakala perniagaan yang kecil, tetap dilihat kecil-kecilan. Namun pada hakikatnya, ia tidak semestinya begitu. Dunia bisnes ini seperti roda.. Dalam dunia bisnes, apa pun boleh berlaku. Bisnes besar ataupun bisnes kecil, ia bergantung kepada sejauh mana kita meraih keuntungan bersih, berapa banyak duit keluar dan sejauh mana kita mampu terus ke hadapan (growth). Apa guna bisnes besar tetapi tidak mampu membayar gaji pekerja dan hutang bertimbun. Negatif… Semakin besar bisnes, maka semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Salah satunya adalah kos-kos melibatkan tenaga kerja. Semakin ramai pekerja, semakin banyak kos untuk bayaran upah ataupun gaji. Manakala bisnes kecil pula, ia mampu berkembang jauh, tetapi akibat tenaga kerja yang terhad, ia juga boleh mengundang kesusahan. Bisnes besar tidak akan menjual satu produk atau satu perkhidmatan sahaja. Ia perlu banyak kerana semakin banyak,...

13 Cara Mudah Bangun Malam (Qiamullail)

Imej
Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullail Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini: 1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri. 2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam. 3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan. 4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama. 5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memu...

Selamatkah Ayam Yang Kita Makan?

Baru-baru ini Pak Lang bertemu dengan seorang pengusaha / penternak ayam daging. Mungkin boleh dikatakan beliau juga seorang yang mahir dalam teknologi makanan. Banyak yang dikongsikan dengan Pak Lang mengenai rahsia bahan makanan yang ramai tidak tahu.  Hal ayam pun terlalu banyak maklumat yang dia maklumkan Antaranya bagaimana ayam yang sudah mati tetapi masih di masukkan ke dalam mesin cabut bulu dan di proses potong seperti ayam yang disembelih.  Bila lihat ladang ternak ayam, baru kita tahu - ayam puluhan ribu ekor itu tidak boleh stress.  Dia akan mudah mati kalau terkejut. Maka biasanya ayam akan banyak mati ketika berbelas orang (manusia0 masuk ke rebannya dan menangkap mereka dengan rakus dan kasar.   Ayam sebanyak itu dalam masa 35 hari, hanya diuruskan oleh seorang pekerja sahaja. Semua menggunakan teknologi moden sedangkan ayam bukan barang tetapi makhluk hidup. Ayam-ayam itu akan terkejut dengan begitu ramainya manusia datang menangkap mere...

Pastikah Minyak Masak Yang Kita Gunakan Di Rumah Tidak Bercampur Dengan Minyak Goreng Khinzir?

Bila kita tahu apa yang kita makan selama ini adalah kotoran dan najis, apa perasaan kita? Apa yang kita makan dan minum akan jadi darah daging. Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq pernah memuntahkan makanan yang ditelannya setelah menyedari apa yang baru dimakannya adalah makanan yang bukan haknya!!  Masya Allah begitu takutnya dan berhati-hatinya mereka dalam soal makan minum. Hadis Nabi menyatakan: "Mana-mana daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak untuknya!!" Ertinya api neraka secara terus akan menyambar daging-daging yang tumbuh dari sumber yang haram!! Inilah kehidupan kita di zaman ini. Mencari yang halal dan suci itu terlalu sukar dan sulit. Payahnya hendak ditemui manusia yang sangat berhati-hati dalam soal ini. Ramainya yang ambil mudah. Tanpa selidik dan bertanya soal, Semua 'benda' di bawa balik ke rumah untuk dimakan bersama anak dan isteri. Wal-hal jika diselidiki, banyak produk yang beredar di  pasaran adalah bara...

Satu Negeri Hampir 11,000 Kes Dadah Setahun - Kalau Satu Malaysia?

Menurut laporan, polis telah menangkap sejumlah 10,696 atas kegiatan berkaitan dadah, dan merampas dadah dan aset bernilai RM7.6 juta di negeri itu pada tahun ini.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah Helmi Aris berkata, rampasan merangkumi dadah bernilai RM3.4 juta dan aset bernilai RM4.2 juta. “Dadah yang dirampas adalah 72kg heroin, 109kg kanabis, 7.9 kg methamphetamine, 7,905 biji pil psikotropik dan 6,194kg daun ketum,” katanya.  Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di ibu pejabat kontinjen polis negeri semalam selepas operasi serbuan terbaru mereka, di mana dua lelaki di tahan di tempat letak kereta Taman Gemilang Ahad lalu.  “ Kami merampas 2.29kg heroin dan 263gm methamphetamine dari kereta mereka,” katanya lagi dan menambah dadah yang dirampas itu bernilai kira-kira RM91,000.  Helmi turut mengucapkan terima kasih kepada media kerana sentiasa membuat liputan berkenaan kejayaan serbuan dadah yang dibuat polis negeri. “Lip...

Video Tragedi Mina

Imej

Korban Rempuhan Mina Kini 717, 805 cedera

Imej
Jumlah angka korban jemaah haji dalam kejadian rempuhan di Mina hari ini meningkat kepada 717 orang, manakala 853 jemaah cedera, menurut Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi dipetik Bernama. Agensi Pertahanan Awam Saudi berkata pasukan pertahanan awam sedang menjalankan operasi menyelamat dalam kejadian di pintu masuk jambatan ke jamrah untuk mengerjakan ibadat melontar jamrah di Mina, di luar Mekah. Kejadian rempuh-rempuhan itu berlaku apabila bilangan besar jemaah berasak-asak di Mina, di luar bandaraya suci Mekah. Menurut agensi tersebut, lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi. Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula.

Munajat Pengaduan Umat Akhir Zaman Kepada Allah Dan Rasul (2)

Wahai anak kunci bagi segala kejayaan.. Hari ini kami terkenangkan mu Ya Nabi dengan penuh kerinduan. Kaulah manusia paling bertanggungjawab untuk terjadinya kemenangan Islam kali ke-2 ini. Siapa kata Nabi Muhammad telah wafat? Dia sedang hidup di setiap hati-hati kami yang merinduinya sepenuh hati. Dia bahkan berbisik-bisik di setiap hati-hati itu tentang kerinduannya pula yang begitu teramat sangatnya! Dialah sebenarnya yang telah membawa kami pergi sejauh ini demi menunaikan janji Nya bahawa bumi akan diIslamkan sampai peringkat empayar! Bisikan rasa dari rohmu Ya Nabi membuatkan kami diubah dari hanya merujuk kepada akal tentang hidup, kini telah pandai memanfaatkan hati dan segala jenis rasa-rasa yang ada didalamnya untuk melakukan hidup ini! Rupanya di Universiti Mu Ya Allah, Ya Rasul, manusia dan kemanusiaan dinilai pada apa yang ada dihatinya! Tidak, tidak, tidak hanya dibaca tentang apa-apa yang sedang difikirkannya. Lalu manusia itu tidak lagi ditanya apakah pan...

Petua Tradisi Untuk Cepat Empukkan Daging Korban

Imej
Daging Lebih Cepat Empuk Tips - Daging Lebih Cepat Empuk Dengan 4 Cara Daging merupakan salah satu menu pilihan masakan yang tinggi protein, zat besi dan kalsium. Tetapi tahukah anda jika tidak tahu cara yang betul sewaktu memasak, daging akan jadi keras dan kurang sedap.  Bajet kalau rebus lama, daging jadi empuk tetapi sebenarnya cara ini akan buat daging mudah hancur. Anda boleh guna dua cara untuk melembutkan daging iaitu satu cara tradisional dan kedua cara moden. Jom kita lihat satu persatu... 1. Letak daging yang bersih dalam peti Biarkan daging lembut dan simpan di dalam peti. Mungkin anda rasa susah untuk masak jika daging masih beku, tetapi daging yang sudah disimpan di dalam peti lebih empuk dan mudah dipotong berbanding segar. Langkah-langkah: Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir. Rebus daging, simpan di dalam bekas tertutup rapat dan masukkan di dalam peti dan guna jika perlu. 2. Guna daun betik Dau...

Wang Pencen Tidak Dikira Harta Pusaka

Soalan: SAYA ingin tahu mengenai wang ganjaran dan pencen seorang kakitangan awam yang sudah meninggal dunia. Si mati mempunyai dua isteri, seorang diceraikan (dengan isteri ini dia mempunyai tiga anak berusia daripada 17 tahun hingga 20-an) manakala isteri keduanya mempunyai tiga anak yang masih bersekolah. Kemusykilan saya ialah wang pencen dan ganjaran si mati hanya dinikmati oleh semua anak tirinya, isteri dan anaknya sendiri yang berusia 17 tahun saja. Dua lagi anak si mati tidak mendapat sebarang habuan. Saya berpendapat dalam hal ini pembahagian adalah sangat tidak adil kerana anak sendiri tidak mendapat apa-apa habuan daripada harta (wang ganjaran dan pencen) bapa mereka. Bagaimanakah hal ini boleh terjadi? Isteri musykil,Selangor. Paparan bertajuk di atas disiarkan dengan izin penulisnya: KLIK DI SINI JAWAPAN: PUAN, untuk menjawab persoalan ini, rujukan akan dibuat terhadap Akta Pencen. Pencen adalah harta kepunyaan seseorang jika beliau menerima pencen itu semas...

Nenek 101 Tahun Jaga Anak OKU Telah Kembali Kerahmatullah..Al-Fatihah..

Imej
Seorang ibu tunggal yang cekal menjaga anak lelakinya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) sejak dilahirkan kira-kira 63 tahun lalu meninggal dunia di rumahnya di Kampung Nako Nambua, Kuala Nerang, dekat sini, awal pagi tadi. Allahyarham Meliah Mat Diah, 101, menghembuskan nafas terakhir 3.30 pagi di hadapan ahli keluarga lain termasuk anak lelakinya yang OKU, Abd Rahman Saud. Anak saudaranya, Siti Jaleha Yunus, 59, berkata, Tok Meliah sebelum itu hanya mengadu sesak dada dan sukar untuk bernafas tanpa menyangka ia menjadi petanda arwah akan pergi buat selama-lamanya. "Kami sekeluarga kemudian membawa dia dan anaknya (Abdul Rahman) ke rumah saya kira-kira jam 9 malam semalam untuk memudahkan memantau keadaan kesihatannya. "Tok Meliah sebelum ini tidak pernah mengidap sebarang penyakit kronik, tetapi hanya demam dan batuk biasa. Saya meletakkannya di atas katil di ruang tamu tetapi kira-kira 3.30 pagi tadi, tetapi nafas mak cik semakin perlahan sebelum meni...

Ingin Berpoligami Tapi......

SAYANGKAN ISTERI TINGGAL-TINGGALKAN Oleh: Dr. Aisyah al-Syahri Penterjemah: Dr Azwira Abdul Aziz Pada zaman kita ini..khususnya 40 tahun kebelakangan ini..satu fenomena menarik yg wajar dibuat pengamatan telah menarik perhatianku.. Ketika para suami yg bermonogami berhimpun sesama mereka, kebanyakan keseronokan mereka ialah bersembang tentang wanita..betapa kesalnya mereka dan betapa kuat keinginan mereka untuk menambah isteri.. Kemudian sembang  mereka itu mula menyentuh hal seseorang yg berkahwin secara rahsia atau misyar (perkahwinan saraan isteri) atau berkenaan seseorang yg bermusafir jauh dari 'ibu keluarganya' semata2 untuk berkahwin dan bernikmat2 dgn perkahwinan..juga berkenaan akibat yg dijangka akan berlaku ekoran itu.. Keseluruhan sembang mereka berkisar pd kekesalan di samping keinginan yg membuak2 utk berpoligami..sayangnya, mereka terhalang oleh kebimbangan dan kepengecutan mereka kpd isteri pertama.. Lalu me...

Petua Elak Jantung Tersumbat!!!

Saya -  abdullah abd rahman.kp.541228 086085.bhgn.seputeh.wil.persekutuan.sharum md noor.dato.mariam minhat.naib[24-7 7:13 PTG]   +60 19-601 4658 : Anda boleh elakkan dari saluran jantung anda tersumbat dengan ramuan asli yang anda boleh buat sendiri dirumah . Adakah anda tersiksa dengan Sakit Jantung? Atau anda telah d nasihatkan untuk menjalani pembedahan Angiography atau Bypass? Tunggu dulu…..Sebelum anda menjalani pembedahan Angiography atau Bypass, anda hendaklah mencuba dengan yakin ramuan ini.  In sya Allah, anda akan sembuh. In sha Allah. Pada18 April '13, saya d kehendaki untuk pergi ke Sahiwaal(Pakistan) dari UK untuk menghadiri majlis tahunan Khatme-e-Nabuwat (jemaah tabligh).  Sebelum itu, saya telah mengalami sakit yg amat sangat di dada kiri di bahagian jantung dn kesakitan ini berterusan buat beberapa waktu.  Saya kemudianya bertemu di Pakistan dengan Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Sahib dan memaklumkan kpd nya bahawa doktor telah mengesan 3 ...