Bila kita tahu apa yang kita makan selama ini adalah kotoran dan najis, apa perasaan kita? Apa yang kita makan dan minum akan jadi darah daging. Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq pernah memuntahkan makanan yang ditelannya setelah menyedari apa yang baru dimakannya adalah makanan yang bukan haknya!!
Masya Allah begitu takutnya dan berhati-hatinya mereka dalam soal makan minum. Hadis Nabi menyatakan: "Mana-mana daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak untuknya!!" Ertinya api neraka secara terus akan menyambar daging-daging yang tumbuh dari sumber yang haram!!
Inilah kehidupan kita di zaman ini. Mencari yang halal dan suci itu terlalu sukar dan sulit. Payahnya hendak ditemui manusia yang sangat berhati-hati dalam soal ini. Ramainya yang ambil mudah. Tanpa selidik dan bertanya soal, Semua 'benda' di bawa balik ke rumah untuk dimakan bersama anak dan isteri. Wal-hal jika diselidiki, banyak produk yang beredar di pasaran adalah barangan yang haram dimakan oleh umat islam.
Jangan bicara soal orang kafir sengaja memberi kita makanan yang kotor dan merbahaya. Memang itu agenda sebahagian mereka. Secara tidak langsung, mereka meracuni kita, merosakkan integriti jiwa kita dan malah generasi kita. Lebih malang, kita membayar dengan wang kita untuk kerosakan kita sendiri!!
Kita juga dapat maklumat daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang telah mengesan lebih 90 peratus restoran dan premis makanan di Malaysia menggunakan minyak masak paket yang dikitar semula.
Nama pun minyak masak kitar semula. Ertinya ianya adalah minyak masak yang telah digunakan, dikumpulkan dan diproses mudah untuk kelihatan jernih dan menarik. Risikonya boleh mengundang pelbagai penyakit termasuk kanser.
Isu ini bukan sekadar dilihat dari sudut kesihatan malah ianya adalah industri kitar semula yang amat menguntungkan. Aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit!!
Persoalannya di sini ialah sangat besar kemungkinan minyak masak kitar semula tersebut diproses daripada minyak yang dikumpul daripada dapur RESTORAN TIDAK HALAL !!! Masya Allah!!! Bayangkan minyak yang telah di gunakan untuk goreng daging babi "Khinzir" itu kita gunakan pula untuk memasak menjamu anak dan keluarga kita di rumah?
Berapa banyak restoran tidak halal yang menggunakan minyak masak setiap hari. Setelah berkali-kali menggunakannya, mereka tentu mahu membuangnya. Dan jika ada yang mahu mengambil minyak yang mahu dibuang itu, restoren berkenaan pasti boleh memberinya secara percuma. Kalaupun mahu dijual, harganya pastilah tersangat murah!!
Bayangkan ianya dikumpulkan bertan-tan dan kemudian nya diproses semula. Minyak inilah yang biasa digunakan oleh suri rumah di luar bandar (baca orang Melayu Islam) dan peniaga-peniaga pasar malam kerana harganya yang murah.
Pihak berkuasa juga tidak membuat tinjauan dan pemeriksaan. Carilah taukeh-taukeh yang buat kerja ini. Peniaga pasar malam menggunakan minyak masak kitar semula yang sebegini kerana murah. Mereka tidak perlu selidik apa-apa kerana yang dia tahu itu minyak masak. Dosanya ditanggung oleh siapa?
Jadi kita patut berhati-hati dengan produk minyak masak. Jangan terbeli minyak masak dalam bentuk paket! Jangan kompromi dengan harga yang murah. Selidiki dulu minyak yang digunakan menggoreng sebelum membeli di pasar malam atau gerai-gerai pisang goreng di tepi jalan.
Cara Memastikan Minyak Masak Yang Anda Beli Asli Bukan Kitar Semula
Bagaimana nak pastikan jika minyak masak adalah kitar semula
Letakkan minyak masak dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam. Kalau ada buih keputihan atau berbuih, maka itulah tanda minyak itu sudah pernah digunakan. Jadi kita tau minyak itu dibuat dari minyak buangan kitar semula.
Ujian yang senang::
Masukkan seulas bawang putih bila goreng sayur2an, jika bawag putih jadi merah, itu menunjukkan kandungan minyak kitar semula yang sangat beracun. Bawang putih akan kekal putih jika minyak berkualiti baik.
0 ulasan:
Catat Ulasan