Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

Madu Kelulut Hutan Dan Madu Tualang Hutan

KHASIAT MADU KELULUT HUTAN Menyihatkan Jantung, hati dan buah pinggang Menjaga kulit muka, bintik bintik hitam, jerawat, awet muda Menambahkan daya ketahanan tubuh badan Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Menguatkan Minda dan kecerdasan kanak-kanak Memulihkan batuk, cirit birit, lelah, luka dan parut. Baik untuk wanita mengandung dan selepas bersallin.  Mengurangkan kesakitan bila datang sengugut/haid Menginbangi kandungan lemak dan perlihara jantung Menstabilkan kandungan gula dalam darah Memudahkan proses penghadaman dan lawas Buang Air Bantu mengeluarkan Racun tubuh khas untuk para petani Untuk Penyakit Alser dan barah Sebagai pengganti syrup, gula, MSG (Penyedap rasa) Membantu tidur malam lebih awal dan nyaman Bantu mengurangi alergi tertentu Mencegah kerosakkan dan keguguran Rambut Bantu tumbesaran janin (fizikal,mental dan spiriptual) Mencegah tersumbatnya pembuluh darah penyebab utama stroke dan serangan jantung Mujarab bagi untuk demam tifoid Antioksidan Memelihara k...

Kenapa Rezeki Dan Umur Perlu Ada Berkat?

Harta (Rezeki) Yang Berkat Keberkatan - jika dikaitkan dengan harta atau rezeki, bukanlah semata-mata harta yang terus berkembang dan bertambah banyak atau nilai harta yang senantiasa bertambah dan berlipat ganda.  Sebaliknya harta itu dikira berkat pada bertambahnya kebaikan dan manafaat harta itu - walaupun jumlahnya tidak bertambah banyak atau tidak berlipat ganda.  Dengan kata lain, harta yang berkat ialah harta yang menjadikan pemiliknya memperoleh ketenangan dan ketenteraman jiwa sehingga mendorong berbuat kebaikan pada sesama insan.  Harta demikian inilah yang pada hakikatnya sangat didambakan dan dicari setiap orang. Sebab ketenangan dan ketenteraman jiwa itulah yang menjadi faktor penentu bagi kebahagiaan hidup seseorang. Besar atau kecilnya kurnia, banyak atau sedikitnya rezeki, tidaklah jadi persoalan bagi yang mendapat keberkatan.  Semuanya akan kembali pada rasa syukur yang mendalam pada Khaliq yang maha kaya, maha pemurah dan maha ...

Kenapa Berkat Itu Diperlukan?

Suatu hal yang selalu kita minta kepada Allah SWT dalam do’a adalah meminta keberkatan dalam hidup; umur yang berkat, usaha yang berkat, rezeki yang berkat dan sebagainya.  Bahkan dalam bacaan tahiyyat solat fardhu lima waktu yang setiap hari kita lakukan, kita berdo’a untuk Nabi Muhammad Saw agar Allah Swt melimpahkan keberkatan kepada Baginda sebagaimana Allah telah memberkati Nabi Ibrahim As dan keluarganya (Allahumma bârik ‘ala Muhammad wa ‘ala âli Muhmmad kamâ bârakta ‘ala Ibrâmhîm wa ‘ala âli Ibrâhîm).  Maka apakah berkat dan bagaimana mendapatkan keberkatan itu? Kata “berkah, berkat atau barokah” yang kita biasa dengar berasal dari Bahasa Arab yakni “al-barakat / al-barkah” yang berasal dari akar kata “baraka”. Dari asal kata ini pula muncul istilah “al-mubârak dan tabâruk yang artinya juga berkat atau diberkati”.  Ulama mengatakan  “al-barakah” menurut arti bahasa adalah “berkembang, bertambah dan kebahagiaan.” Menurut Imam аl-Nawawi dalam k...

Tips Membina Diri Untuk Sentiasa Bermotivasi!!!

 1.    Mulakan Hari Anda Secara Positif     ●  Mulakan hari anda dengan memberi senyuman kepada diri sendiri, mendoakan diri   sendiri, ahli keluarga dan orang lain.    ●  Berikan input positif (kata-kata dorongan) kepada diri sendiri.            2.    Pamerkan Penampilan Positif           ●  Kekemasan diri - tampil bersih, kemas dan bergaya.     ●  Selalu memberikan senyuman - perwatakan ceria.           ●  Menyapa orang dengan ikhlas - bina hubungan kemanusiaan.           ●  Menghormati orang lain - sifat yang dihormati.           ●  Suka memberi pertolongan - Sikap ringat tulang.            3.    Bina Disiplin Diri Yang Tinggi           ●  Laksanakan tugas dengan betul, menepati masa,...

Tanda Hati Kotor!!

Renungan Bersama.. 1. Gelisah walaupun tiada masalah 2. Selalu berbangga dengan diri sendiri 3. Angkuh dengan pandang hina terhadap semua orang 4. Sombong dan bongkak 5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya 6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain 7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya. 8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang. 9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran 10. Berlagak alim semata - mata untuk dipuji orang 11. Menyampaikan ilmu dengan riak 12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain 13. Berpakaian elok untuk dipuji 14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa 15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang) 16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yg ada 17. Solat yang tidak boleh khusyuk  18. Kagum terhadap diri sendiri 19. Selalu mencari salah orang  20. Cinta kepada dun...

Kenapa Simati Lebih Memilih Bersedekah Andai Dikembalikan Ke Dunia?

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti) 🌐✏KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA? 👳 Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10) 👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"? 👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.." 👳📝Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti. 👳📝Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan am...

Uwais Al-Qarni - Sumber Berkat Yang Dicari Khalifah!!!

Tahukah kita siapakah Uwais al-Qarni?  Uwais al-Qarni merupakan pemuda yang disebut-sebut namanya oleh Rasullulah saw kepada para sahabat baginda.  Rasullulah saw pernah berpesan kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra bahawa akan lahir di kalangan tabiin seorang yang sangat makbul doa yang akan lahir di zaman kamu (zaman selepas kewafatan Rasullulah saw).  Tujuan Rasullulah saw menyuruh Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra mencari Uwais al-Qarni tidak lain ialah meminta Uwais al-Qarni berdoa kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa sahabat (Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra).  Marilah kita lihat apa istimewanya Uwais al-Qarni sehingga Rasullulah saw meminta sahabat mencari dan meminta doa darinya.  Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra. Kedua-dua mereka yang memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni...

Rahsia Kenapa Berteriak Ketika Marah

Seorang Syeikh berjalan dengan para muridnya, mereka melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar, dan saling berteriak. Syeikh tersebut berpaling kepada muridnya dan bertanya : "Mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?" Salah seorang murid menjawab : "Kerana kehilangan sabar, makanya mereka berteriak." "Tetapi, mengapa harus berteriak kepada orang yang tepat berada di sebelahnya? Bukankah pesan yang ia sampaikan, ia ucapkan dengan cara halus?" Tanya sang Syeikh menguji murid-muridnya. Muridnya pun saling beradu jawapan, namun tidak seorang pun jawapan yang mereka sepakati. Akhirnya sang Syeikh berkata : "Bila DUA ORANG SEDANG MARAH, maka HATI MEREKA SALING MENJAUH. Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka harus berteriak agar perkataannya dapat terdengar. SEMAKIN MARAH, maka akan SEMAKIN KERAS TERIAKANNYA. Kerana JARAK KEDUA HATI SEMAKIN JAUH". "Begitu juga sebaliknya, DI SAAT KEDUA INSAN SALING JATUH CINTA. Me...

Siapakah Kelompok Umat Luar Biasa Di Zaman Ini?

Imej
Saiyidina Anas r.a. menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,  "Tidakkah aku khabarkan kepada kamu berkenaan beberapa kaum, yang mereka itu bukanlah para nabi dan bukan juga syuhada, (namun begitu) para nabi dan syuhada beririhati dengan mereka pada hari Kiamat nanti dengan kedudukan mereka di sisi Allah di atas minbar-minbar cahaya, (yang mana dengan itulah) mereka dikenali."  Para sahabat bertanya, "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Mereka ialah orang yang menjadikan hamba-hamba Allah menyintai Allah dan menjadikan Allah menyintai hamba-hambaNya; dan mereka berjalan di atas muka bumi dalam keadaan memberikan nasihat."  Aku berkata, "Ini adalah menjadikan Allah dicintai oleh hamba-hambaNya, bagaimana pula (mereka boleh) menjadikan Allah menyintai hamba-hambaNya?" Jawab baginda,"(Dengan cara) mereka menyuruh orang ramai dengan apa yang disukai oleh Allah, dan mencegah mereka dari...

Siapa Dia Al-Albani Yang Jadi Rujukan Ustaz-Ustaz Muda Yang Jahil-Jahil???

SEJENAK BERKENAAN AL-ALBANI Beberapa tahun belakangan ini, semakin banyak kitab, buku, artikel, atau postingan di internet yang memuat kalimat : “disahihkan oleh Syaikh Al-Albani”. Padahal, di era sebelumnya, umat Islam hanya mengenal istilah seperti: diriwayatkan oleh Syaikhan (Imam Bukhari dan Imam Muslim) atau diriwayatkan oleh Imam Bukhari, sahih Bukhari, sahih Muslim dan yang semisalnya dari Imam-imam Muhaddits yang mu’tabar (kredibel). Dengan munculnya nama al-Albani yang dianggap sebagai ahli hadits abad ini, maka muncul istilah baru yang jadi icon, yaitu jika ada sebuah hadits yang sudah dapat stempel: disahihkan oleh Al-Albani, seakan-akan sudah ‘jaminan mutu’ kebenaran hadits tersebut oleh masyarakat awwam. Bahkan golongan Wahhabi Salafi mengganggap al-Albani itu kedudukannya se-derajad dengan Imam Bukhari pada zamannya. Sehingga semua hadits bila telah dishahihkan atau dilemahkan dan sebagainya, oleh al-Albani ini, sudah pasti kebenaran.  Padahal banyak para pakar hadits...

Sajak Merindui Kematian Oleh Dato Ibu Hatijah Aam Sebelum Pemergiannya

MAMPUKAH LEPASI SAKARATUL MAUT? Walau kapanpun lah harinya Kematian itu akan berlaku Sedangkan ianya adalah pasti! Maka sewajarnyalah bagiku menuliskan kata-kata ini! Sudah tiada siapa-siapa lagi yang boleh dibawa berbincang! Ia hanyalah urusan ku dengan Tuhan Aku benar-benar berdua dengan Tuhan dalam kes matiku ini! Tuhan.. Jadikanlah hatiku ini suka kepada kematianku ini! Suka untuk meninggalkan dunia yang menipu Suka untuk pergi ke alam hakiki dan abadi Suka untuk meninggalkan semua kesayanganku disini Suka untuk bertemu dengan kesayanganku disana Tapi selamatkah aku disaat menarik nafas terakhirku itu Ya Allah? Aku takut setakut-takutnya untuk menghadapinya Takut tak lulus peperiksaan akhir hidup Takut tidak berjaya melakukan kematian yang baik Takut terjunam dalam kematian yang gagal Oh Tuhanku, Oh Nabiku.. Apakah langkah-langkah kselamatan untuk mati? Siapa-siapa yang boleh ku panggil untuk menjadi doktor untuk pastikan kematianku dalam iman? Seelok matiku saja aku nak Nabiku men...

Kisah Inspirasi Pasangan Kahwin Muda - Ajaibnya Apa Yang Mereka Capai! Apa Rahsianya?

Imej
Bila sebut tentang insan-insan yang berjaya pasti tergambar di fikiran kita seorang individu yang berusia lingkungan 40-50 tahun kerana diusia begitu baru mampu meraih pendapatan lumayan. Namun, tidak lagi kini. Senario orang muda bergelar jutawan bukan lagi asing terutamanya dalam bidang perniagaan. Kisah berjaya pasangan ini benar-benar mampu memberi inspirasi kepada kita semua agar terus mengejar impian untuk berjaya.  “Kami bernikah 4 tahun yang lepas pada tarikh 09.09.2011; kami berusia 23 tahun dan masih belajar di universiti. Ramai kawan-kawan dan orang luar sangkakan kami berdua anak orang kaya. Maklumlah, sudahlah berkahwin di usia muda; honeymoon pula di Italy selama 14 hari.  Apa yang mereka tidak tahu dan tak kisah mahu ambil tahu adalah; ibu bapa saya adalah guru bahasa di sekolah yang berdedikasi, ibu si dia adalah jurujual di butik jam tangan manakala bapa pula adalah seorang pemandu teksi. Siapa terkejut, angkat tangan.  Hehe!!...