Social Icons

Wednesday, 4 November 2015

Sajak Merindui Kematian Oleh Dato Ibu Hatijah Aam Sebelum Pemergiannya

MAMPUKAH LEPASI SAKARATUL MAUT?

Walau kapanpun lah harinya
Kematian itu akan berlaku
Sedangkan ianya adalah pasti!
Maka sewajarnyalah bagiku menuliskan kata-kata ini!
Sudah tiada siapa-siapa lagi yang boleh dibawa berbincang!
Ia hanyalah urusan ku dengan Tuhan
Aku benar-benar berdua dengan Tuhan dalam kes matiku ini!

Tuhan..
Jadikanlah hatiku ini suka kepada kematianku ini!
Suka untuk meninggalkan dunia yang menipu
Suka untuk pergi ke alam hakiki dan abadi
Suka untuk meninggalkan semua kesayanganku disini
Suka untuk bertemu dengan kesayanganku disana
Tapi selamatkah aku disaat menarik nafas terakhirku itu Ya Allah?
Aku takut setakut-takutnya untuk menghadapinya
Takut tak lulus peperiksaan akhir hidup
Takut tidak berjaya melakukan kematian yang baik
Takut terjunam dalam kematian yang gagal

Oh Tuhanku, Oh Nabiku..
Apakah langkah-langkah kselamatan untuk mati?
Siapa-siapa yang boleh ku panggil untuk menjadi doktor untuk pastikan kematianku dalam iman?
Seelok matiku saja aku nak Nabiku menyambutku, menerima sebagai umatnya!
Lalu diserah padamu Ya Allah
Agar Tuhanku pula mengaku aku hambaNya!
Bila ditanya oleh malaikat bertugas, aku boleh menjawab dengan tenang dan jaya!
Berilah jalan keluar kepada masalah yang amat penting ini Ya Allah
Bagaimana untuk lepasi sakaratul maut
Bagaimana mengisi masa-masa yang tinggal ini
Untukku tebusi segala dosa
Untukku beramal sebaik-baiknya dan sebanyak-banyaknya
Untuk cahayakan dan luaskan kuburku
Untuk ku terus dapat berdua-dua dengan Tuhanku dan Nabiku
Untuk mengecapi hidup yang sebenar-benarnya hidup 
..........................................
Datuk Ibu Hatijah Am

1 comments:

  1. Oh Tuhan,tidak mampu aku mengapai apa yg d idamkan oleh Bonda Ummu Jah...takutnya d akhir hayat nyawaku nanti d rentap begitu keras & sakitnya oleh malaikat sakaratulmaut....krn gagal aku mjadi hambamMu yg dpt rasa2 takut setakutnya kpdMU...ya Allah>pimpinlah hatiku..

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text

Sample Text