1. Mulakan Hari Anda Secara Positif
● Mulakan hari anda dengan memberi senyuman kepada diri sendiri, mendoakan diri sendiri, ahli keluarga dan orang lain.
● Berikan input positif (kata-kata dorongan) kepada diri sendiri.
2. Pamerkan Penampilan Positif
● Kekemasan diri - tampil bersih, kemas dan bergaya.
● Selalu memberikan senyuman - perwatakan ceria.
● Menyapa orang dengan ikhlas - bina hubungan kemanusiaan.
● Menghormati orang lain - sifat yang dihormati.
● Suka memberi pertolongan - Sikap ringat tulang.
3. Bina Disiplin Diri Yang Tinggi
● Laksanakan tugas dengan betul, menepati masa, mematuhi peraturan, menjaga kebersihan, menjaga keselamatan dan
menghindari gosip tempat kerja.
4. Hapuskan Budaya Mencari Alasan
● Anggap semua alasan menjadi penghalang kepada kejayaan.
● Hapuskan juga budaya memberi sebab kepada alasan.
5. Hapuskan Budaya Takut Membuat Salah
● Hapuskan juga budaya menyorokkan kesilapan.
● Walaupun manusia belajar dari kesilapan, tetapi jangan anggap membuat kesalahan sebagai satu kelebihan.
6. Ambil Risiko
● Masa depan adalah kepunyaan mereka yang berani mengambil risiko.
7. Merancang Kerja
● Rancang apa yang perlu dilakukan, tempuh kerja dan peralatan yang diperlukan.
8. Susun Keutamaan Tugas
● Susun keutamaan berpandukan keutamaan kepentingan dan keperluan semasa dan
harus selalu semak dan buat susun-atur keutamaan dari masa kesemasa.
9. Jangan Tangguhkan Kerja
● Anggap penangguhan kerja akan menjadikan anda orang yang malas.
10. Tingkatkan Tahap Toleransi Diri
● Walau dimana anda berada, anda pasti akan berhadapan dengan orang yang memiliki pelbagai kepercayaan dan tingkah laku.
● Meningkatkan tahap toleransi diri merupakan jalan terbaik untuk berhadapan dengan pelbagai orang.
11. Membina Inisiatif
● Laksanakan tugas tanpa disuruh.
● Laksanakan tugas yang berkualiti walaupun tanpa pengawasan pihak lain.
12. Berikan Komitmen Kepada Tugas
● Tumpukan perhatian kepada apa yang mahu dilakukan, kaedah yang dipilih dan tempuh yang ditetapkan.
● Anggarkan juga apakah halangan dan kesukaran yang akan ditempuh.
● Buat persediaan untuk menempuh segala situasi.
13. Sesuaikan Diri Kepada Perubahan
● Perubahan harus didampingi bukan dijauhi. ● Kenalpasti perubahan yang bakal ditempuh sebelum mendekainya.
● Rancang cara menyesuaikan diri dengan menggunakan kelebihan yang dimiliki.
14. Fokus Kepada Kekuatan Diri
● Kebanyakkan perkara buruk yang anda fikirkan berkaitan diri sendiri sebenarnya tidaklah seburuk mana, ia lebih berkaitan kelemahan yang boleh diatasi.
15. Fokus Kepada Keputusan ● Berfikir mengenai kesulitan akan menggugat kekuatan diri.
● Fokuskan kepada proses dan keputusan yang dimahukan dan jangan selalu fikirkan kesulitan.
16. Kawal Prestasi Kerja
● Buat pengawasan kerja dari masa kesemasa.
● Dapatkan pandangan dan nasihat orang lain.
● Soal diri sendiri apa yang masih belum dilakukan, bagaimana untuk lakukan dengan lebih berkesan, perkara yang boleh meningkatkan kualiti kerja dan perkara lain yang boleh dijadikan pengukur prestasi kerja anda.
17. Cipta dan Gunakan Peluang
● Peluang selalunya tidak datang kepada anda dengan sendirinya.
● Anda harus mencipta peluang itu sendiri, kerana peluang ada dimana-mana.
● Gunakan peluang sebaik mungkin kerana tidak semua orang mendapat peluang.
18. Uruskan Kemarahan
● Kemarahan yang tidak terkawal boleh memberi kesan buruk kepada personaliti dan kerjaya.
● Hindari orang atau suasana yang boleh meransang kmarahan anda.
● Diamkan diri semasa anda marah, dan bercakap hanya selepas anda berjaya mengawal kemarahan anda.
● Tingkatkan kekuatan diri untuk memaafkan dan melupakan.
19. Uruskan Stres
● Stres adalah kehidupan dan kehidupan adalah stres.
● Libatkan diri dengan aktiviti sukan dan rekreasi.
● Rancangkan penggunaan masa secara efektif.
● Amalkan sikap bertolak ansur.
● Belajar cara menguruskan stres dari pelbagai aspek.
20. Belajar dan Terus Belajar
● Jadikan belajar secara berterusan sebagai agenda penting dalam kehidupan.
0 ulasan:
Catat Ulasan