Social Icons

Sabtu, 26 Disember 2015

Terkejut Apabila Mengetahui Lelaki Yang Tolong Bayarkan Barang Keperluannya Telah ...........



Oleh Aimi Nordin. 

Siapa yang tak gelabah apabila dah sampai kaunter pembayaran baru perasan dompet tertinggal di rumah. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita Jamie-Lynne Knighten apabila kad debitnya tertinggal di rumah dan jumlah yang perlu dibayar adalah RM 616.43. Barisan sudah semakin panjang, dan dia terpaksa batalkan pembeliannya ataupun minta juruwang simpankan dulu barang-barang tersebut sementara dia pulang ke rumah untuk mengambil kad debit tersebut.

Walau bagaimanapun, seorang lagi pelanggan di situ melihat kesukarannya dan tanpa berfikir panjang, Matthew Jackson menawarkan diri untuk membayar.

Matthew : Boleh saya bayarkan barangan awak ?

Knighten keberatan untuk menerima kerana barang-barangnya banyak dan harganya juga mahal. Tetapi Matthew tetap berkeras ingin membayar dan tidak mengharapkan sebarang balasan. Hanya meminta Knighten buat perkara yang sama untuk orang yang memerlukan nanti.

Matthew memberitahu Knighten yang dia bekerja di sebuah gym di situ. Disebabkan terhutang budi seminggu kemudian Kngihten hubungi gym berkenaan dan terkejut apabila pemilik gym itu mula menangis dan memberitahu bahawa Matthew telah meninggal dunia pada 11 November sehari selepas dia membayarkan barangan rumah Knighten.

Walaupun terkilan kerana tak sempat berkawan dengan Matthew sebagai tanda terima kasih, Knighten selalu berhubung dengan ibu Matthew. Matthew meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Matthew memang seorang yang suka melakukan kebaikan walaupun dengan orang yang tak dikenali.


Sumber viral4real.com 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text