Seseorang yang terhinggap penyakit waswas, pasti sangat tersiksa, kerana sebenarnya dia mengalami halusinasi, merasa terjadi sesuatu yang menimpa dirinya padahal tidak terjadi. Penyakit ini merata walaupun ianya tak dihebohkan. Walapu.
Umumnya was-was ini terkena pada individu yang mahu lakukan ibadah di tahap yang paling sempurna. Keghairahan mahu buat yang sempurna terutama dalam ibadah diambil kesempatan oleh syaitan untuk mengganggunya dengan was-was.
Isunya pelbagai. Ikut di sudut mana individu berkenaan mahu serius. Maka di sudut itulah syaitan menyuntik rasa tak puas dan rasa tak sempurna dalam ibadah yang dilakukan.
Suntikan syaitan ini jadi semakin kuat bila individu berkenaan mula mahu mengikut hujjah syaitan. Mulalah was-was terjadi. Sekali terjadi, ianya akan berulang dan berulang dan berulang tak habis-habis!!
Terkadang lepas waktu solat, dia merasa dirinya kentut, seolah-olah ada perasaan keluar angin dari duburnya. Atau ada juga yang merasa seperti keluar dari kemaluannya setiap kali selesai dia buang air. Ada saja rasa-rasa di bahagian sulit yang seolah-olah membenarkan hal yang di was-waskan.
Ada juga yang waktu takbiratul ihram tidak jadi-jadi, niat bolak-balik. Di ulang-ulang takbir tak selesai-selesai juga hingga kalau solat di masjid sudah mengganggu orang yang di sebelahnya.
Ada juga yang kena was-was dibacaan fatihahnya, satu ayat diulang sampai berkali-kali. Ada yang was-was selepas tahiyyatnya. Ada yang waswas selepas wudhu, niat berkali-kali, atau wudhu sampai basah kuyup semua. Ada yang merasa dirinya selalu murtad, sehingga tiap hari syahadat berkali-kali, tanpa sebab.
Anehnya, rasa waswas ini pada kebanyakannya selalu datang tiap waktu solat! Selain itu tidak. Sebenarnya ada permainan syaitan di sana, dia tidak ingin seorang muslim berjaya melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah ta'ala. Berbagai usaha dilakukannya untuk menghalang atau menggagalkan hamba-hamba Allah yang sedang ingin benar-benar mentaatiNya.
Dan ubat dari rasa waswas ini, adalah kembali kepada individu yang menanggung derita was-was itu sendiri. Rasa was-was adalah masalah yang hanya dia sendiri perlu kuat melawan hasutan syaitan. Jika dia mahu kembali normal, dia mesti melawan - berperang dengan syaitan sepenuh hati.
Selain itu golongan ini perlukan pimpinan dan bimbingan. Mereka perlukan ilmu serta tunjuk ajar. Jangan dimarahi mereka sebaliknya bantulah memberi semangat dan dorongan agar dia kuat.
Insya Allah berdasarkan pengalaman Pak Lang, hanya dengan kemahuan untuk sembuh dari penyakit ini, seseorang itu berjaya kembali normal sedikit demi sedikit.
Al-imam Assya'bi berkata : "Bagiku, solat dengan keadaan hadath besar, lebih baik, daripada aku harus mengulangi wudhu untuk syaitan". Jadi, jika masih was-was, berlatihlah untuk teruskan saja!!! Jangan peduli hasutan syaitan!!
Ingatlah! Ketika anda sedang tidak pedulikan syaitan, bala tentera syaitan akan terus mengerumuni anda. Anda akan dibuatkan rasa tak puas hati. Rasa macam solat tak sah atau solat sudah batal, maka tetapkan hati jangan peduli!! Teruskan solat Anda.
Dahsyatnya Syaitan ni, dia mainkan anda sambil tertawa lalu meniup dubur Anda. Selama tidak ada suara "dut", juga tidak ada bau yang tidak enak juga tidak ada rasa keluar angin dari dubur Anda, maka itu bukan kentut.
Atau selesai kencing, Anda merasa seolah-olah ada yang keluar dari Saluran depan atau belakang anda, maka salah satu jalan keluarnya, cukup dengan anggapan itulah cara orang lain termasuk para ulamak atau orang-orang soleh menyucikan najis mereka!! Masa yang diambil mereka hanya sekejap!! Ikut mereka yang normal. Semoga berjaya!!