Operasi Dipergiatkan Kesan Dua Remaja Dikhuatiri Lemas Di Pantai Tok Bali
Operasi mencari dan menyelamat dua remaja yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Tok Bali sejak Ahad lepas, terus dipergiatkan. - Gambar fail PASIR PUTEH: Operasi mencari dan menyelamat dua remaja yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Tok Bali di sini sejak Ahad lepas, terus dipergiatkan. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 10 (D10) Tok Bali, Kapten Nurul Hizam Zakaria berkata operasi yang masuk hari ketiga hari ini, melibatkan lebih 140 anggota pelbagai jabatan termasuk APMM, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. "Antara aset yang digunakan ialah sebuah kapal, enam buah bot dan dua jetski," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini. Dalam kejadian pukul 4.13 petang itu, dua remaja dikenali sebagai Ahmad Haziem Anizam, 14, dan rakannya, Amir Azfa Rafar, 13, masing-masing dari Selising di sini, dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Pantai Tok Bali. Dua rakan...