Allah swt berfirman maksudnya "Telah bertasbihlah (patuhlah) kepada Allah apa sahaja yang ada di langit dan di bumi dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." as Sof ayat 1.
Allah swt telah mencipta semesta alam dan dikurniakanNya hidayah tabie hingga segala-galanya berperanan sebagai mana yang Allah kehendaki.
Segala cakrawala: bumi, bulan, planet-planet, matahari dan bintang-bintang berapungan di ruang angkasa tanpa tali dan tanpa tiang. Masing-masing berputar di atas paksinya dan beredar (rotate and orbit) didalam galaxy (buruj) masing-masing sambil berarak di dalam Bimasakti (Milkyway) yang luasnya tak bertepi (infinity).
Firman Allah bermaksud "Demi langit yang mengandungi gugusan bintang2". Dan FirmanNya lagi bermaksud; "Pada penciptaan langit dan bumi dan silih berganti nya malam dan siang terdapat tanda-tanda (menjadi bukti) kewujudan dan kekuasaan Allah bagi 'Ulil albab (orang2 yang mempunyai mata hati)."
Firman Allah bermaksud "Demi langit yang mengandungi gugusan bintang2". Dan FirmanNya lagi bermaksud; "Pada penciptaan langit dan bumi dan silih berganti nya malam dan siang terdapat tanda-tanda (menjadi bukti) kewujudan dan kekuasaan Allah bagi 'Ulil albab (orang2 yang mempunyai mata hati)."
Allah perlakukan air dari muka bumi meluap naik ke ruang angkasa tanpa saluran kemudian turun menyirami bumi yang memungkinkan hidupnya tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia.
Dibekalkannya naluri dan nafsu berahi kepada haiwan dan manusia untuk kesinambungan zuriat keturunan memenuhi muka bumi. Allah berfirman bermaksud "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur."
Maka ini semua adalah menjadi bukti kepatuhan semesta alam kepada 'Khaliq' yakni Pencipta alam ini secara rela atau terpaksa (karhan wa tau'an).
Para saintis barat menganggap semua peraturan alam ini terjadi sendiri tidak ada kaitannya dengan Tuhan. Dianggapnya 'nature' punya kuasa tersendiri. Seorang atheis berbahas dengan seoramg ulama' tauhid tentang nature. Kata si atheis ayam betina terjadi sendiri untuk keperluan ayam jantan. Berkata ulama' tauhid 'Mengapa ayam tidak mencipta dirinya jadi raksaksa supaya mampu keronyok manusia yang sentiasa mengkeronyoknya dijadikan makanan. Maka matilah hujah si atheis tersebut.
Yang kedua: Hidayah khawas iaitu kurniaan pancaindera: Mata boleh melihat, telinga boleh mendengar, lidah boleh berkata2, kaki tangan boleh bergerak, perut dan faraj masing2 dengan tugas dan peranannya.
Yang ketiga: Hidayah Akal. Menjadikan mertabat manusia mulia (tidak ada pada haiwan). Dengannya manusia berdaya cipta dan berdaya maju. Dapat menguasai daratan, lautan dan angkasa lepas namun kemampuan akal tidak mencakup alam ghaib; alam ketuhanan, alam malaikat, alam jin dan alam akhirat (Syurga-Neraka). Walau secerdik mana pun akal , tidaklah manusia akan tahu hakikat dan tujuan manusia hidup di atas muka bumi ini. Pada sangkaan akal hidup ini hanya untuk menderita atau hanya untuk makan-minum, tidur-rehat, kahwin kemudian mati jadi tanah tamatlah sebuah kehidupan? Atau hidup ini untuk merebut kepuasan yang optima dengan harta, wanita dan kuasa, kemegahan dan kemasyhuran untuk disanjung dan dipuja kemudian mati habis perkara? Maka lahirlah sistem hidup skular: demokrasi, sosialis, kapitalis dan fahaman atheis, hedonism, kebebasan tanpa batas tanpa ada hubungan dengan Tuhan. Maka berlakulah porak-peranda dan berbagai kerosakan dalam kehidupan manusia.
Yang keempat: Hidayah Agama: Berpandukan ilmu wahyu (alQuran dan hadith). Beriman dengan Allah Pencipta, Pemilik, Penentu, Pentadbir dan Penguasa yang berkuasa ke atas segala2nya dan kepercayaan kepada adanya kehidupan di akhirat yang kekal abadi untuk menerima balasan sama ada di syurga yang penuh kesenangan dan nikmat kelazatan atau di neraka yang penuh kesusahan dan derita-sengsara.
Yang kelima: Hidayah Taufiq: Iaitu bantuan dari Allah. Allah hantar malaikat untuk membimbing seseorang hamba itu menjadi baik dan taat setaat2 nya kepada Allah iaitu dianugerahkan kepada para rasul, nabi2 dan para mujaddid secara otomatik dan kepada awamul muslimin hasil usaha dan mujahadah yang panjang.
Oleh itu berusaha dan berdoalah selalu agar dianugerah hidayatut-taufiq ini.
Ya Allah! rezekikanlah kami dengan hidayatut- taufiq ini. Amin!
0 ulasan:
Catat Ulasan