Biodata
dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah
pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam
dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi
Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat
manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.
Baginda bukan sahaja diangkat
sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan
tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti
persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.
Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah
dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan
Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan
pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud
'yang terpuji'.
BIODATA
RASULULLAH S.A.W:
1. Nama:
Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh
lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun
gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat
lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama
bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama
ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6.
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.
Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu
susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu
susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah
As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
SEJARAH
RINGKAS RASULULLAH S.A.W:
USIA 5
TAHUN
*
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.
USIA 6
TAHUN
* Ibunya
Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah
kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda
dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan
dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8
TAHUN
*
Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda
dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9
TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama
bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota
Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah
bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan
seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20
TAHUN
*
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’
, jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad
SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari
dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
*
Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk
memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25
TAHUN
*
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
*
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda
SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain
pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang
Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas
kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35
TAHUN
* Banjir
besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
*
Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan
penduduk Mekah.
*
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat
asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung
perletakan batu tersebut.
USIA 40
TAHUN
*
Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan
Rasul akhir zaman.
USIA 53
TAHUN
*
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
* Sampai
ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63
TAHUN
*
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,
12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI
RASULULLAH S.A.W
1.
Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah
Binti Zam’ah
3. Aisyah
Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah
binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi
Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun
Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab
Binti Jahsy
8.
Maimunah Binti Harith
9.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab
Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK
RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2.
Abdullah
3.
Ibrahim
4. Zainab
5.
Ruqaiyah
6. Ummi
Kalthum
7.
Fatimah Al-Zahra’
Nabi
Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak
Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang
bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia
sebelum mencapai usia dewasa.
SUMBER:
0 ulasan:
Catat Ulasan