Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Operasi Dipergiatkan Kesan Dua Remaja Dikhuatiri Lemas Di Pantai Tok Bali

Operasi mencari dan menyelamat dua remaja yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Tok Bali sejak Ahad lepas, terus dipergiatkan. - Gambar fail PASIR PUTEH: Operasi mencari dan menyelamat dua remaja yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Tok Bali di sini sejak Ahad lepas, terus dipergiatkan. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 10 (D10) Tok Bali, Kapten Nurul Hizam Zakaria berkata operasi yang masuk hari ketiga hari ini, melibatkan lebih 140 anggota pelbagai jabatan termasuk APMM, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. "Antara aset yang digunakan ialah sebuah kapal, enam buah bot dan dua jetski," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini. Dalam kejadian pukul 4.13 petang itu, dua remaja dikenali sebagai Ahmad Haziem Anizam, 14, dan rakannya, Amir Azfa Rafar, 13, masing-masing dari Selising di sini, dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Pantai Tok Bali. Dua rakan...

Kehilangan Anak Saudara Ketika Mandi Di Pantai Tok Bali, Kelantan

Imej
Tajuk Metro online malam tadi melibatkan keluarga isteri Pak Lang. Gadai nyawa cuba selamat rakan Firdaus (kanan) dan rakannya Amir Syahir yang terselamat namun dua rakan mereka masih hilang. - Foto AZLAN HAFEEDZ Azlan Hafeedz am@hmetro.com.my Pasir Puteh: “Saya gagahkan diri berenang melawan ombak bagi menyelamatkan dua rakan namun saya hampir lemas ditarik ombak besar,” kata Mohd Firdaus Mustaffa, 16, yang terselamat daripada lemas di Pantai Tok Bali di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Mohd Firdaus dan Amir Syahir berjaya diselamatkan oleh orang ramai daripada lemas. Namun, dua rakan mereka, Ahmad Haziem Anizan, 14, dan Amir Azfar Rafar, 13, masih hilang selepas dihanyutkan ombak. Kini, usaha mencari kedua-dua masih giat dilakukan anggota penyelamat termasuk mencari di pesisir pantai. Mohd Firdaus berkata, mereka tiba di pantai berkenaan kira-kira 4 petang dengan menunggang tiga motosikal dari rumah Aziem sebelum sepakat ...

Musibah Kehilangan Anak Saudara

Sejak malam semalam, mata kiri Pak Lang sentiasa bergerak-gerak. Itu suatu yang lumrah terjadi pada diri Pak lang seolah-olah satu khabar buruk akan terjadi. Kebetulan atau tidak, mata kiri itu tidak lah sebegitu melainkan disusuli dengan hal-hal yang dukacita. Ianya pengalaman sepanjang hidup yang menjadikan hati berdebar2 bila mata kiri sebegitu. Hati cemas, berdoa dan berharap moga diselamatkan semuanya. Kuasa Tuhan adalah segala-galanya. Bersiaplah menghadapi apa sahaja dengan redha. Selepas maghrib, semasa di Labuan, Pak Lang menerima telipon dari bapa mertua mengkhabar suatu berita yang sangat mengejutkan. Allahu akbar!  Keluarga isteri Pak Lang di Kelantan sedang menghadapi musibah kehilangan anak lelaki berusia 13 tahun yang masih hilang di pantai Tok bali, Pasir Puteh, kelantan. Sejak di tarik ombak besar ke tengah laut jam 4.15 petang semalam (Ahad 25hb Disember), Amir Azfar ini belum lagi ditemui.  Seluruh keluarga berhimpun di pantai tersebut sepanjan...

Tahukah Anda Rupa-Rupanya Ada 5 Jenis Hidayah?

Allah swt berfirman maksudnya "Telah bertasbihlah (patuhlah) kepada Allah apa sahaja yang ada di langit dan di bumi dan Dialah  yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." as Sof ayat 1. Allah swt telah mencipta semesta alam dan dikurniakanNya hidayah tabie hingga segala-galanya berperanan sebagai mana yang Allah kehendaki. Segala cakrawala: bumi, bulan, planet-planet, matahari dan bintang-bintang berapungan di ruang angkasa tanpa tali dan tanpa tiang. Masing-masing berputar di atas paksinya dan beredar (rotate and orbit) didalam galaxy (buruj) masing-masing sambil berarak di dalam Bimasakti (Milkyway) yang luasnya tak bertepi (infinity).  Firman Allah bermaksud "Demi langit yang mengandungi gugusan bintang2". Dan FirmanNya lagi bermaksud; "Pada penciptaan langit dan bumi dan silih berganti nya malam dan siang terdapat tanda-tanda (menjadi bukti) kewujudan dan kekuasaan Allah bagi 'Ulil albab (orang2 yang mempunyai mata hati)."  Allah per...

Najis Yang Dimaafkan Tidak Menjejaskan Sembahyang

Seseorang yang hendak mendirikan sembahyang hendaklah terlebih dahulu memastikan dirinya, pakaiannya serta tempatnya bersembahyang itu suci daripada najis. Jika terdapat najis pada perkara-perkara yang disebutkan itu, maka hendaklah ianya dibersihkan terlebih dahulu sehingga tempat yang terkena najis itu menjadi suci.  Salah satu daripada syarat sah sembahyang itu ialah suci tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang daripada najis yang tidak dimaafkan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan!” (Surah al-Muddatstsir: 4) Syarat suci daripada najis ketika di dalam sembahyang adalah juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha, Rasulullah saw bersabda yang berm aksud: “Jika datang darah haid maka tinggalkanlah sembahyang, dan jika telah berlalu haidh itu maka bersihkanlah (darah) dari dirimu dan kerjakanlah sembahyang.” (Hadis riwayat al-Bukhari) Daripada ayat dan hadis di atas, jelas...

Derita Di Aleppo

1.Sedih!! Ini lah Gambaran Yang Terjadi Di Syam. www.youtube.com/watch?v=VkarjVSW8n8 . 2.Anak-anak Aleppo Berhenti Menangis dan merintih kesakitan. www.youtube.com/watch?v=HjwnKvkMD8M 3. Siapa Yang Tidak TERENYUH Mendengar Pesanan Dari Anak-anak Yatim Piatu. www.youtube.com/watch?=HA8YxR1ILuO 

Binatang Yang Halal Dimakan Dan Sembelihan

Imej
Cara, syarat dan rukun menyembelih haiwan Pada akhir- akhir ini, banyak sekali makanan yang ditemukan mengandungi bahan yang haram. Salah satu bahan itu ialah daging babi. Bagi umat muslim, babi adalah haram dari sekecil-kecil juzuk hingga keseluruhannya bahkan haram menyentuhnya dengan sengaja. Kalau sentuh dgn tangan yang basah atau lembab maka wajib di sertu dengan 7 kali cucian air yang diawali dengan air tanah.  Menurut kajian, di dalam daging babi terdapat kuman penyakit dan cacing pita yang dapat mengganggu kesihatan kita. Bakso merupakan salah satu makanan yang sangat popular di Indonesia bahkan ianya juga sudah semakin diminati umat Islam Malaysia.  Bakso asalnya diproses hancur menggunakan daging lembu. Namun akhir-akhir ini banyak terbongkar daging sapi dicampur atau diganti dengan daging babi. Pastinya demi mendapatkan keuntungan yang lebih. Kejujuran sukar bertahan tanpa iman yang teguh.   Mari kita tinjau hal ehwal binatang yang  ...

Nikah Mut'ah Hanya Ada Dalam Syiah!!!

Imej
Hanya orang-orang syiah yang berani menisbatkan zina kepada agama. Bukan hanya nikah mut’ah yang mereka katakan "halal" dalam agama. Lebih dari itu, mereka menyatakan bahwasanya pinjam kemaluan juga "halal" hukumnya. Dan hal itu sesuai pernyataan dan pengakuan dari ulama syiah sendiri yang telah bertaubat kepada Allah “Sayyid Husain Al-Musawi” rahimahullah dalam kitabnya “Lillaah Tsumma Li At-Taarikh”.  Beliau berkata:  إن انتشار العمل بالمتعة جَرَّ إلى إعارة الفرج، وإعارة الفرج معناها أن يعطي الرجل امرأتَه أو أمَتَه إلى رجل آخر فيحل له أن يتمتع بها أو أن يصنع بها ما يريد، فإذا ما أراد رجل ما أن يسافر أودع امرأته عند جاره أو صديقه أو أي شخص كان يختاره، فيبيح له أن يصنع بها ما يشاء طيلة مدة سفره. والسبب معلوم حتَّى يطمئن الزوج علَى امرأته لئلا تزني في غيابه “Sesungguhnya dengan menyebarnya amalan nikah mut’ah, maka dia menyebabkan juga adanya peminjaman kemaluan. Dan peminjaman kemaluan, artinya seseorang memberikan istrinya atau budaknya kepada...

Sambutan Maulid Rasul SAW - Dari Mana Asalnya?

Mukadimah Alhamdulillah, dengan kedatangan 12 Rabi’ al-Awwal, ramai di kalangan umat Islam mengingati peristiwa Maulid al-Rasul SAW walaupun sesetengahnya berpendapat Rasulullah dilahirkan pada 9 Rabi’ al-Awwal. Mereka semua menzahirkan rasa syukur dengan kelahiran insan agung yang mulia ini yang menjadi penyambung risalah Ilahi kepada manusia sejagat. Bersempena dengan Maulid al-Rasul pada kali ini, kami kemukakan dengan panjang lebar isu berkaitan hukum menyambutnya. Kami harapkan Bayan Linnas pada kali ini memberi satu jawapan yang tuntas kepada semua pihak. Sejarah Sambutan Maulid al-Rasul Sebagai mukadimah, dinyatakan dalam kitab Al-Bidayah wa al-Nihayah 13/136 al-Allamah Ibn Kathir antara lain beliau memuji Raja al-Muzaffar yang telah menyambut majlis Maulid al-Rasul secara besar-besaran dengan berkata:  “Adalah Raja Muzaffar menganjurkan Maulid Syarif pada Rabi’ul Awal dan membuat perhimpunan secara besar-besaran. Disamping itu, beliau adalah seorang yang b...

Semua Dijemput Hadir!!

Imej

MAULID NABI SAW

Imej
Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam  ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم )  adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.  Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'. BIODATA...