KLIK SUMBER; BLOG KASSIM SELAMAT.... Jangan lupa doakan "Kassim Selamat" dan baca kisah beliau di tanah suci DI SINI DAN layari blog DI SINI
Monday, November 06, 2006
Apa yang aku tulis dan cerita ini adalah pengalaman yang aku alami. Bukan cerita rekaan dan tiada tokok tambah untuk menyedapkan cerita…..ini kisah benarku.
Berbalik kepada sambungan ceritaku, sebaik habis saja aku meneguk air mineral itu aku rasakan ada sesuatu benda masuk melalui ibu jari kakiku dan terus meresap keseluruhan badanku. Perwatakan aku mula bertukar, mataku galak seperti orang sedang marah dan gigiku mula berketap. Aku dapat rasa dan sedar situasi itu tetapi aku gagal mengawal diriku kerana badanku lemah sekali.
Tiba-tiba terkeluar suara garau dari mulutku…
“Urgghh…bodoh punya manusia, kau (ks) patut mati,” jerit suara itu.
“Kenapa kau ganggu tempatku, anak biniku habis terluka.”
Isteriku terperanjat ketika itu tetapi memberanikan diri dan bertanya.
“Kau siapa?, kenapa ganggu suamiku,”tanya isteriku.
“Laki kau bodoh dia patut mati, dia ganggu tempatku.”
“Namaku Safari, aku telah tinggal di sini beratus-ratus tahun lamanya, kenapa laki kau menganggu tempatku.”
Isteriku terus memanggil ayah dan abang-abangku kerana tidak faham apa yang sedang berlaku. Aku ketika itu sedar tetapi gagal mengawal tingkah lakuku. Sambil itu isteriku membacakan ayat-ayat suci al-quraan dan ayat kursi dan menyuruhku mengikutnya membaca. Aku cuba mengikut bacaannya tetapi tersekat-sekat kerana gangguan dari mahluk itu. Sebentar kemudian ayah dan abang-abangku masuk dan menghampiri katilku.
“Hahaha….kau ayahnya, kau pun bodoh macam anak kau juga,”gelak suara itu.
“Kau siapa ?, kenapa ganggu anakku,”tanya ayahku.
“Bukan aku yang ganggu anak kau tetapi anak kau mengganggu tempatku.”
Setelah puas bersoal jawab dengan makhluk yang mendakwa dirinya jin kafir itu akhirnya isteriku di fahamkan bahawa gangguan ini berpunca dari tindakan aku yang menabur garam di sekeliling bangunan tempohari.
Jin itu mendakwa yang isteri-isteri dan anak-anaknya tercedera akibat tindakan aku dahulu. Puas isteriku memohon maaf bagi pehakku tetapi jin itu dengan ego menolaknya. Padanya selagi aku tidak mati selagi itu dia tidak berpuashati.
Hampir setiap hari aku di ganggunya sehinggakan nurse dan fesiotheraphis yang ingin membuat rawatan padaku di maki hamunnya. Ada di antara nurse-nurse ini tidak berani menyentuhku.
Keluargaku memanggil beberapa orang yang arif tentang gangguan ini untuk menghindarkan dari aku terus diganggu. Untuk mententeramkan diriku, isteriku tidak henti-henti membaca ayat suci al-quran kepadaku. Isteriku bernasib baik kerana nurse-nurse yang bertugas di wad ICU itu memahami situasiku. Isteriku dibenarkan menungguku sehingga jam 11.00 malam yang mana waktu melawat sebenar di ICU tamat hingga jam 9.00 malam.
Di sebelah malam selepas isteriku pulang alat perakam kaset di letakan di dadaku, bacaan ayat-ayat suci al-quraan di perdengarkan kepadaku. Setiap kali alat perakam terhenti, nurse yang menjagaku pada malam itu akan menukar kaset tersebut dan terus memastikan perakam kaset tersebut terus berbunyi. Aku bernasib baik kerana nurse yang bukan berugama Islam pun turut berbuat begitu dan ada kalanya mereka pula yang menyuruhku mengucap.
Setelah seminggu keadaan ini berlarutan akhirnya mahluk yang mengaku dirinya jin itu mengalah apabila seorang yang arif tentang perkara ini mengugut untuk menghapuskan seluruh ahli keluarganya. Setelah berbincang akhirnya jin ini minta dirinya dan seluruh ahli keluarganya di pindahkan ke Gunung Tahan. Aku tidak tahu bagaimana perkara dilakukan kerana ia diluar pengatahuanku dan dengan izin Allah gangguan misteri ini hilang dari diriku.
Aku menjalani rawatan seterusnya dan mula berupaya bernafas tanpa oksigen. Banyak kenangan ketika di rawat di wad ini, terdapat lapan katil di wad ini, aku diletakan di katil No. 1. Selama dirawat di sini aku dapat menyaksikan banyak aksi kecemasan dan kematian. Pesakit keluar dan masuk di wad ini, ada yang keluar dipindahkan ke wad biasa dan ada yang dipindahkan terus dari dunia ini. Pernah suatu ketika pesakit di sebelahku meninggal dunia di waktu tenggah malam, malam itu aku tidur bertemankan mayat di sebelahku….huhuhu…takut.
Dalam gurau hatiku berkata ‘Katil-katil lain bertukar ganti pesakitnya tetapi katil No. 1 ini liat sedikit nyawanya’….hihihi, Alhamdullilah …aku masih mampu bernafas, Allah masih memberiku peluang untuk aku terus hidup dan mengerjakan amal ibadat dan bertaubat.
Setelah 46 hari aku dirawat di ICU akhirnya aku dipindahkan keluar dan di tempatkan di bilik No. 360. Aku di rawat selama lima bulan di hospital ini sebelum di pindahkan ke Hospital Glenneagle, Ampang untuk menjalani rawatan susulan.

0 ulasan:
Catat Ulasan