Tulisan berikut diambil dari blog ASPAN ALIAS
(http://aspanaliasnet.blogspot.com/2014/03/kita-semua-lebih-kecil-dari-habuk-di.html). Ianya adalah buah fikiran Pak Aspan. Pak Lang titipkan di sini sebagai bahan renungan kita bersama.
Kita Semua Lebih Kecil Dari Habuk Di Hujung Tunggul Di Sisi Allah SWT
Anwar Ibrahim berkata beliau
merasa sangat ‘disgusted’ dengan pihak yang mengkaitkan beliau dengan
kehilangan MH370 kerana hubungan Kapten Zaharie dengan PKR. Anwar marah-marah
kerana beliau dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu sejak 8hb yang lalu dan
itu merupakan percubaan UMNO untuk politik parti kerajaan itu.
Saya bersetuju dengan kenyataan
Anwar itu, tetapi betulkah apa yang di sebut oleh Anwar itu? Apa yang saya
tahu, saya sendiri mendapat banyak panggilan talipon yang berkata yang
kehilangan pesawat itu adalah kehendak Allah kerana kezaliman pihak pemerintah
terhadap Anwar. Mereka yang bercakap ini adalah penyokong PKR sendiri yang
merasakan isu ini boleh mengaitkan UMNO sebagai pihak yang berdosa kerana
memberikan Anwar penghakiman yang tidak betul 11 hari yang lepas.
Malahan ramai penyokong Anwar
berkata dan memadankan muka UMJO kerana kononnya mendapat balasan Tuhan dengan
begitu cepat setelah tidak berlaku adil terhadap Ketua Pembangkang itu. Tidak
ada sesiapa dikalangan pemimpin dan
penyokong UMNO yang mempercayai apa yang dikatakan oleh penyokong Anwar
itu.
Sememangnya tidak ada kaitan
diantara penghakiman terhadap Anwar itu dengan kehilangan peasawat itu. Yang
banyak mengaitkan Anwar dengan kehilangan pesawat ini dengan penghakiman terhadap
Anwar itu adalah penyokong-penyokongnya sendiri yang kononnya Tuhan telah
menyebelahi Anwar dan UMNO sedang menerima hukuman dari Allah swt.
Apa yang diperkatakan oleh Anwar
itu tidak benar. Tidak ada siapa dalam UMNO yang membuat andaian yang kehilangan
pesawat itu adalah berkaitan dengan ‘kezaliman’ terhadap Anwar. Kata mereka
Allah swt sangat murka terhadap UMNO, maka kehilangan MH370 itu adalah petanda
yang Anwar adalah dipihak yang benar.
Saya pun tidak faham bagaimana
mereka ini tahu yang kehilangan pesawat itu adalah kerana ‘kezaliman’ terhadap
Anwar dan UMNO sedang mendapat ‘retributions’ diatas ‘kezaliman’ mereka itu.
Apa yang Anwar perlu lakukan
ialah dengan meminta penyokong-penyokongnya berhenti dari membuat andaian buruk
ini. Katakan kepada mereka yang tidak ada apa yang mustahil berlaku jika ia
kehendak Allah swt. Semuanya adalah kepunyaanNya dan tiada apa satu yang kita
punyai. Semuanya di alam ini adalah kepunyaan Allah swt. Apa sahaja boleh
berlaku jika ia kehendak Allah swt.
Jika Tuhan berkehendak, ia akan
berlaku. Dalam sejarah, tiada siapa yang menjangka yang bumi boleh terbalik
kerana noda dan dosa yang dilakukan oleh umat Nabi Lut as yang engkar terhadap
seruan Allah swt. Kedegilan umat di zaman Lut as untuk memberhentikan amalan
seks diluar tabii semasa itu menyebabkan bumi telah terbalik kerana kemurkaan
Allah swt.
Ini bukanlah cerita dari saya
tetapi itu adalah sejarah yang telah diketahui umum kepada sesiapa yang
mengambil tahu tentang insiden-insiden dan dalil-dalil kemurkaan Tuhan terhadap
umatNya yang engkar.
Jadi dalam kita dalam debaran menunggu
berita dari pencarian yang sedang dilakukan terhadap MH370 ini, kita juga wajar
mengakui dan beriktikad yang semuanya ini adalah kehendak Allah swt.
Jika Tuhan berkendak ia tetap
akan berlaku dan tiada apa yang mustahil jika ia dikehendaki berlaku oleh Allah
swt yang maha berkuasa dan maha pencipta itu. Bagi kita sebagai hambaNya, kita
hanya mampu untuk memanjatkan doa dan bermunajat secara intensif terhadapNya
agar terlaksana afa’alNya yang memberikan munafaat terhadap penumpang dan
ahli-ahli keluarga mereka.
Kita sedang menyaksikan betapa kerasnya
usaha kerajaan untuk mencari pesawat yang hilang dengan 239 orang yang berada
di dalamnya dengan menggunakan kaedah yang benar-benar saintifik itu. Pesawat
yang begitu besar dan sedang dicari oleh ratusan kapal terbang dan kapal laut
yang canggih-canggih teknoloji dan sainsnya ia masih belum dapat dikesan.
Tetapi akhirnya nanti yang
menentukan segala-galanya ialah pencipta sains itu sendiri. Sememangnya ada
kelihatan kelemahan seperti yang di kritik oleh banyak pihak, tetapi jika PR
berjaya menubuhkan kerajaan semasa PRU yang lepas belum tentu lagi pencarian pesawat
itu akan terlaksana dengan baik.
Tidak kira samada PKR memerintah
negara atau UMNO terus berkuasa, jika Allah berkendak kapal itu hilang terus,
atau pesawat itu akan selamat dijumpai dengan semua penumpangnya selamat ia
akan terjadi juga.
Kita doakan terus keselamatan
pesawat dan mereka yang berada di dalamnya. Mereka perlukan bantuan kita dengan
doa-doa yang mustajab dan serahkan kepada Allah swt segala-galanya.
Tiada kena mengena dengan
kehebatan politik sesiapa dalam isu ini, kerana manusia tidak kira yang kuat
atau yang lemah, yang miskin atau yang kaya, semuanya lebih kecil dari habuk
dihujung tunggul di sisi Allah swt.
0 ulasan:
Catat Ulasan