oleh Azizan Osman pada 23 Disember 2014
Salam 1 Rabiul Awal 1436H, bulan kelahiran seseorang yang disebut sebagai Rahmatalill A’lamin iaitu baginda Rasulullah saw. Seorang yang dimuliakan oleh semulia-mulia oleh Allah swt sebagaimana disebut di dalam Al-Quran sebelum sesiapa pun memuliakan baginda Rasulullah saw.
Sesungguhnya Allah swt dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas baginda saw, wahai orang yang BERIMAN, berselawatlah ke atas Rasulullah saw:-
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih wa a’la alaih.
Betapa kita berusaha memuliakan baginda, kita tidak akan mampu selain mencuba buat sehabis mungkin.
Rasulullah saw adalah satu rahmat sekalian alam- Rahmatan Lil A’lamin dan sebaik-baik manusia.
Segala masalah hari ini wujud kerana kita tidak mendekati, mengenali, menghayati serta mencintai baginda Rasulullah saw dan apa yang dibawanya.
Kita risau masalah ekonomi tetapi kita tidak risau masalah jatuhnya tahap kecintaan kita serta keluarga kita kepada baginda Rasulullah saw yang bererti kita kurang kasih kepada yang mengasihi baginda saw. Kita benci bila ada orang berkumpul di dalam satu majlis bercakap tentang baginda Rasul saw untuk lebih mengenalinya dan mencintainya tetapi kita suka orang berkumpul bersukaria dengan hiburan yang melalaikan.
Tidak ada di sini yang sempurna tetapi menyedari ketidak sempurnaan itulah, saya mengajak semua untuk sama-sama hadir Majlis Malam Cinta Rasul 2015 pada 31 Disember 2014 (9 Rabiul Awal 1436H) pada pukul 9 malam. Majlis ilmu yang akan disampaikan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid serta qasidah riwayat Nabi saw akan disampaikan oleh Habib Syech Aseegaff. Cuba hadir dan rasai sendiri bagaimana rasa mendekati majlis ilmu serta mengenali baginda Rasulullah saw dan semoga timbul lebih kuat rasa kecintaan kepada baginda Rasulullah saw dan mengikut sunnahnya serta apa yang dibawanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan