Social Icons

Selasa, 9 Disember 2014

Kisah Remaja Berniaga 8 Tahun Hanya Membayar 'Yuran Kegagalan'

8 Tahun Gagal Dalam Bisnes Keluarga Dan Hampir Bankrap
oleh Dr Azizan Osman pada 17 November 2014


Tiada Hasil Jualan Produk Dan Terpaksa Menanggung Rugi

Assalamualaikum, saya Mohamad Qashrie Bin Md Noh berasal dari Johor. Umur baru 24 tahun. Kepakaran saya adalah dalam menghasilkan makanan sejuk dan beku berasaskan ikan. Saya bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi. Saya hanya seorang pelajar lepasan SPM yang tidak mempunyai kepakaran apa-apa pada peringkat awal saya menceburkan diri ke dalam dunia perniagaan.

Untuk makluman, saya telah mula menapak dalam dunia perniagaan ini sejak dari 2007 lagi iaitu dengan berbekalkan ilmu berkenaan ikan dan juga resipi daripada kedua orang tua saya. Di samping itu, syarikat yang telah diusahakan bertahun-tahun oleh orang tua saya hampir jatuh bankrap akibat daripada tiada hasil jualan produk dan juga terpaksa menanggung rugi pada waktu itu. Ilmu perniagaan dan pemasaran itu ada, tapi ia tidak di ‘upgrade’ dari masa ke semasa.

Setakat semangat sahaja tidak cukup untuk saya terus menceburkan diri ke dalam dunia perniagaan ini. Hampir 8 tahun saya gagal dalam perniagaan sehinggalah pada satu hari, saya ternampak satu iklan Klinik Usahawan. Harapan untuk berniaga yang hampir putus itu kembali bertaut dan saya MESTI ke program tersebut demi memulihkan kembali perniagaan yang telah kami bina selama ini.

Saya dengar Dr Azizan telah banyak membantu syarikat-syarikat gergasi dan ternama, apalah sangat dengan syarikat keluarga saya ini. Mesti lebih kacang daripada kacang. Tapi kalau tak pergi, pendek kata, tutup sajalah kedai saya kalau tak suka belajar.

Mei 2014 menjadi saksi apabila saya berjaya mengikuti kelas pertama saya iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM). Alhamdulillah, pada masa itu baru saya sedar bahawa selama saya buka perniagaan ini, hanyalah untuk makan sendiri sahaja. Dan selepas beberapa hari saya mendapat ilmu berkenaan marketing, saya praktikkan beberapa tips yang telah diajar oleh Dr Azizan dan apa yang telah berlaku adalah kilang saya telah diserbu oleh pelanggan. Dalam masa yang sama juga, saya telah berjaya membuka perniagaan saya yang lebih bersistem dengan menggunakan sistem francais.

Alhamdulillah, dalam tempoh 6 bulan sahaja, saya telah berjaya membuka 8 outlet francais untuk memudahkan pelanggan saya. The best part is, pada tahun ini saya telah membeli 2 buah kilang yang salah satunya berharga RM2 juta manakala satu lagi bernilai RM4.7 juta. Alhamdulillah, jualan saya meningkat kepada RM800,000 sebulan dalam masa yang singkat berkat menggunakan ilmu dan pengalaman yang diajar oleh Dr Azizan di dalam kelasnya.

Matlamat saya di masa akan datang adalah saya ingin mempelajari lagi bagaimana untuk mensistemkan lagi perniagaan saya melalui francais yang telah saya cipta pada masa ini. Dan harapan saya pada masa akan datang bukan hanya di Johor sahaja kami bergerak, malahan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Akhir kata, saya rakamkan jutaan terima kasih saya yang tidak terhingga pada Dr Azizan dan seluruh warga Richworks atas usaha menyedarkan kami semua. Moga segala niat dan hasrat Dr Azizan membangunkan seluruh rakyat Malaysia ini mendapat ganjaran yang sewajarnya dari Allah S.W.T. Saya berdoa moga Allah memberikan kesihatan pada Dr Azizan supaya terus dapat membantu lebih ramai lagi kerana bertemu dengan Dr adalah anugerah Allah yang tiada nilainya.


1 ulasan:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text