Social Icons

Jumaat, 20 Mac 2015

Betulkah Tengahari Ini Akan Berlaku Gerhana Matahari?

Dalam paparan sebelum ini, ada menyatakan hal gerhana matahari tengahari ini. Maklumat terkini yang Pak Lang dapat, ianya telah berlaku semalam iaitu 20 Mac. Betul atau tidak kena tengok tengahari inilah. 

Apapun, fenomena cuaca panas sekarang, Allah gilirkan untuk bumi Malaysia setelah bulan-bulan sebelum ini tenggelam dek banjir. Begitulah yang Allah sentiasa Allah perlakukan pada hamba-hambaNya agar semua kembali insaf dengan kekuasaanNya. Sepatutnya hati jiwa kita tidak putus dari merasakan takut padaNya. Dia yang maha kuasa boleh lakukan apa sahaja pada kita.

Sekarang bumi Malaysia sedang panas dengan berbagai isu. Siapa yang boleh menyejukkan bumi ini? Jawabnya kitalah umat Islam yang Allah janjikan kemenangan di atas muka bumi jika kita membina rasa takut padaNya dengan sebenar-benar takut. 

Apa jua fenomena akan terus terjadi - dalam berbagai perkara - cuaca, politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kekeluargaan dan sebagainya. 

Sama-samalah kita mendoakan negara yang tercinta ini. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text