Social Icons

Jumaat, 13 Jun 2014

Kiraan Dosa - Bagaimana Kita Mampu Menghadapinya Di Padang Mahsyar?

KIRAAN DOSA ZINA DI IBU KOTA KUALA LUMPUR DAN DI SELURUH MALAYSIA:
(Ini hanya satu jenis dosa sahaja iaitu dosa zina. Bagaimana dengan dosa bunuh orang, rompak, samun, ragut, pecah rumah, curi, dera, tipu, rasuah, rogol, minum arak, berjudi, dadah, bergaul bebas dan segala macamnya?) - DOSA KITA PUN SUDAH TERLALU BANYAK - Bagaimana untuk menanggung dosa orang lain?

Pelacur: Warga asing (bukan warga tempatan - berapa ramai pelacur warga tempatan?)
Jumlah pelacur warga asing yang ditahan katalah jumlahnya 10,000 orang selama sebulan? Tetapi kewujudan bisnes pusat hiburan ini sepanjang masa tanpa cuti. Kiralah berapa banyak kejadian zina berlaku setiap saat, setiap hari, setiap minggu dan bulan di seluruh negara kita? Ertinya bukan sekadar di Kuala Lumpur sahaja tetapi di seluruh bandaraya dan bandar biasa, di seluruh daerah dan pekan kecil, di seluruh desa dan kampung, di setiap inci bumi Malaysia!! Adakah kejadian dosa besar ini terjadi 1,000 kali? 10,000 kali? 100,000 kali? 1juta??? Ya Allah ampunkan kami!!
 
Walau berapa pun jumlah kejadiannya, yang pasti di depan Allah kena ada individu yang menjawabnya. Siapa yang akan menjawabnya? Semua yang berikut di kalangan umat Islam adalah individu yang berpotensi dipanggil Allah untuk menjawabnya - kenapa dosa zina (dan setiap dosa lainnya) dibiarkan berlaku. Ini hanya untuk yang mengaku Islam. Yang kafir sudah terhimpun ke neraka - (Kita mohon berlindung - wal 'iya zubillah!!).

Berikut adalah urutan pihak yang akan ditanya Allah:

1) Kedua-dua si pelaku - Ini sudah pasti!!

2) Setiap kejadian zina (dan semua dosa) akan ditanya juga kepada ibubapa mereka. Adakah ibubapa menjadi model yang baik kepada anak-anak. Atau ibubapa yang mengajar atau membiarkan sahaja perkara-perkara yang membawa kepada zina. Adakah ianya kesan mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak. Apa yang diusahakan dalam memastikan anak-anak yang dibawah tanggung jawabnya tidak terjebak dengan dosa?
(Ampunkan kami Ya Allah!!).

3) Guru-guru yang mengajar mereka - Adakah kesan kesilapan guru-guru itu mengajar sehingga merosakkan si pelajar. Bagaimana kesungguhan guru dalam mendidik. Betulkah cara dan pendekatan yang digunakan? Semuanya akan diselidiki satu persatu. Setiap detik masa bersama pelajar itu akan ditanya sebab ianya adalah amanah ibuayah kepada mereka dan mereka mengatakan sanggup memikul tanggung jawab itu. Baca kisah Israk Mikraj!

4) Jiran tetangga - yang pernah kenal dengan sipelaku. Adakah ada rasa tanggung jawab dalam membantu menasihatkan sipelaku. Sekurang-kurang kena ada niat di hati tidak redha dengan maksiat yang dilakukan. Kalau jiran tetangga ini tidak mengetahuinya semoga dilepaskan dari disoal. Kalau suka ambil tahu tetapi untuk dijadikan bahan umpatan - pun kena jawab! Yang penting ambil tahu dengan niat kerana Allah untuk membantu menasihat - mempunyai niat kasih sayang di hati tidak sanggup biarkan jiran muslim hidup dalam dosa dan maksiat. Jika tidak mampu sekurang-kurangnya mendoakan dan menolak (tidak redha perbuatan tersebut) di dalam hati.

5) Imam Qaryah / masjid - pun kena menjawab sebab mereka adalah ketua masyarakat Islam setempat. Setiap kemoniti umat Islam, pusatnya di masjid. Setiap maksiat dan dosa umum yang terjadi di dalam masyarakatnya (qaryahnya), Allah meminta penanggungjawaban. Imam adalah orang paling utama di dalam qaryah dan seberat-berat penanggung tanggungjawab di depan Allah di akhirat. Jika imam berusaha mendidik masyarakatnya, Allah akan meminta pula siapa saksi kepada kebaikannya. Jika dia sudah mengusahakannya, cukup atau tidak usaha yang dilakukan. Menyeluruh atau tidak sehingga setiap ahli qaryah telah sampai seruannya mengajak kepada kebaikan? Jujurkah siimam dalam melakukan semuanya? Para ahli qaryah akan tampil seorang demi seorang menjadi saksi kebenaran atau kepalsuan yang dikatakannya. Paling akhir malaikat yang akan menyaksikan adakah si imam ikhlas dalam melaksanakan tugasnya mendidik masyarakat itu!!! Beratnya tugas seorang imam dan kita semua...

6) Hal yang sama akan ditanya pada pemimpin-pemimpin yang di atas mereka ini sehinggalah setiap yang lalai dan alpa dari tanggung jawab akan menerima habuan seperti apa yang dikenakan kepada sipelaku...

Bayangkanlah dengan semua dosa yang dilakukan anak Adam di dunia ini. Semuanya seumpama lautan hanyir dan busuk menjijikkan yang akan mengenai kita. Sedikit sahaja calitan dosa itu akan menjerumuskan kita ke neraka. (Ya Allah selamatkanlah kami, ampunkanlah kami!).

Tidak mudah kita selamat walaupun dosa itu orang lain yang melakukannya. Sebab itu kena rasa bersalah, kena memohon ampun dengan Allah. Kena rasa kita tidak redha dengan semua yang berlaku tetapi kita tidak ada daya dan upaya mengatasinya. Kita juga ada kelemahan dalam memastikan kita sendiri tidak berbuat dosa. Lebih teruk lagi, tanggung jawab yang kena kita lakukan pun tidak berlaku atau tidak sempurna.

Sedangkan dahsyatnya hari perhitungan (mizan) itu ialah setiap orang tidak akan menolong orang lain. Setiap orang akan saling menuntut dengan orang lain. Apa saja yang boleh dituntut dia akan tuntut demi hendak selamatkan dirinya daripada neraka. Dia akan mendakwa dia buat jahat dan dosa disebabkan orang lain, disebabkan sipolan dan sipolan. Hatta dia akan menuntut dari ibu dan ayah yang dikasihinya di dunia. Di akhirat semuanya nafsi-nafsi.

Isteri akan menuntut kecuaian suami. Suami akan menuntut pada kederhakaan isterinya semasa di dunia. Anak-anak akan mendakwa kecuaian ibu bapa. Pemimpin akan mendakwa pengikut. Pengikut akan mendakwa pemimpin. Masing-masing akan menuntut hak masing-masing yang diabaikan oleh orang yang sepatutnya meneympurnakan hak itu di dunia.

Demikianlah keadilan Allah. Sebab itu jangka masa hisab di akhirat tidak terhitung jumlah harinya. 1,000 tahun di dunia hanya 1 hari di akhirat!! Ampunkan kami ya Allah!!

1 ulasan:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text