Ini ada sedikit kisah yang akan berlaku di Negeri Akhirat. Pertemuan seorang ayah dengan anaknya setelah ribuan tahun tidak bertemu. Bertemu dalam keadaan setiap mereka bertelanjang. Berbicara dalam keadaan sudah tidak ada perasaan malu kerana ada hal lain yang sangat menakutkan iaitulah neraka!!
Mula-mula bapa akan bertanya kepada anaknya,
'Bagaimanakah perlakuanku terhadapmu di dunia dulu?'
Maka si anak itu akan banyak memuji perlakuan bapanya. Selepas itu bapa akan berkata,
'Hari ini aku hanya meminta daripadamu satu pahala sahaja. Mungkin dengannya masalahku akan selesai.'
Anak akan berkata,
'Ayah telah meminta sesuatu yang ringkas sahaja, tetapi saya dalam keadaan yang sangat terdesak. Saya sendiri dalam ketakutan dan kebimbangan seperti ayah.'
Kemudian soalan dan jawapan yang serupa akan berlaku dengan isterinya, sepertimana terdapat firman Allah ta'ala dalam al Quran;
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡ وَٱخۡشَوۡاْ يَوۡمً۬ا لَّا يَجۡزِى وَالِدٌ عَن وَلَدِهِۦ وَلَا مَوۡلُودٌ هُوَ جَازٍ

عَن وَالِدِهِۦ شَيۡـًٔاۚ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقٌّ۬ۖ فَلَا تَغُرَّنَّڪُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا وَلَا يَغُرَّنَّڪُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ
Ertinya;
Wahai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah itu benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan janganlah pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah."
Surah Luqman ayat 33.

Ya Allah selamatkanlah kami, kedua ibubapa kami, anak cucu kami dan saudara mara kami muslimin muslimat seluruhnya!! Kasihanilah kami Ya Allah!!
0 ulasan:
Catat Ulasan