Anak-anak membesar depan mata kita. Sejak lahir, setiap hari kita melihat perkembangan mereka. Kita teruja menyaksikan baby merengek, menangis, senyum dan ketawa.
Dari menelentang, meniarap, merangkak, duduk, berdiri, berjalan dan berlari, kelihatannya mereka membesar begitu cepat. Sakit demam itu biasa. Apa yang penting, kita sekeluarga mengambil berat hal keadaannya. Kita tidak mahu anak-anak kita mendapat kesusahan, kemalangan atau kegagalan. Lebih serius, ramai di kalangan ibubapa mahu pastikan anak-anak selesa dalam semua sudut. Terjebak pula dalam kes memanjakan anak!!
Jangan tidak tahu, memanjakan anak juga satu kes 'penderaan' kepada ruh dan jiwa anak kita. Anak kita jadi tidak merdeka dan sangat bergantung pada orang lain. Anak yang manja tidak mampu bersaing dan tidak sanggup bersusah payah. Mereka cepat mengadu masalah dengan ibu bapa atau keluarga. Mereka juga cepat merajuk.
Malangnya apa yg tidak disedari ramai ibu bapa ialah anak-anak semakin menjauh dari kita. Awalnya mereka hanya berada dalam rumah. Bila sudah berusia 6, 7 bulan si baby sudah mula dihantar ke pusat jagaan. Mereka mula belajar terasing dari keluarga. Sehinggalah anak-amak masuk sek rendah dan masuk asrama di sèkolah menengah.
Jika pusat jagaan dan asrama itu berjaya mendidik dan mengasuh anak2 kita supaya mencintai Allah dan Rasul, kita patut bersyukur. Bukan soal pusat jagaan atau asrama. Soalnya bagaimana anak-anak itu diasuh hati dan jiwanya.
Apa yg berlaku kegagalan bertimpa-timpa dalam mendidik anak. Anak semakin menjauh fizikal dan rohàni daripada kita. Mereka kehilangan Allàh pencipta mereka sepanjang perjalanan mereka menuju remaja.
Apatah lagi jika mereka terpengaruh dengan kawan yang merosakkan mereka...mengenali kawan ertinya mengenali perangai buruk yang ada pada kawan. Ianya terasa sangat mengecewakan. dada terasa sesak nafas memikirkannya. Hasilnya anak kecil yang asalnya kita sudah tatang bagai minyak yang penuh, sudah 'làri' jauh dari hasrat kità.
Hajat kita agar anak-anak kita jadi anak soleh dan solehah sudah tidak kelihatan. Perubahàn sikap, akhlak dan tingkah laku anak semakin membimbangkan. Jika kita perasan hal ini lebih awal, mungkin lebih mudah kita memulihkan mereka. Tetapi apà yang menyedihkan jika ianya sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur.
Sebab itu Kem Motivasi Ala Madrasah yang kami anjurkan pada 8 Disember nanti - salah satu tujuan kami ialah untuk menyatu dan mendekatkan semula hubungan ibu bapa dengan anak-anak remaja mereka. Kami ingin - dengan izin dan rahmat Allah - kembalikan para remaja ke pangkuan ibu bapa dan keluarga mereka.
Kita memohon Allah dengar rintihan taubat kita semua - para ibubapa agar diampunkan segala kesilapan kita dalam mendidik anak-anak. Kita lemah dan tidak berdaya. Kita hamba yang hina. Kita tidak mampu berbuat suatu apa pun melainkan dengan izinNya. Jadi menyerah dirilah kepadaNya. Jika kita berbuat pun rasakanlah bahawa kepadaNyalah kita serahkan segala-galanya.
Kita perlu menagih memohon pertolonganNya. Kekuasaan dan kejayaan perencanaan hanya milikNya semata-mata.
0 ulasan:
Catat Ulasan