Sebaik Pak Lang sebarkan maklumat Kem Motivasi Ala Madrasah Anjuran LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS, Pak Lang mula menerima respon positif. Semuanya bertanyakan maklumat lanjut. Sememangnya jadual atau tentatif program tidak dinyatakan. Itu rahsia kami. Kalau dipaparkan jadi 'murah' pula jadinya.
Apapun bagi ibubapa yang mahu menghantar anak-anak ke Kem ini, sila daftar dengan cepat. Besar kemungkinan akan ada satu lagi kem serupa pada tarikh 15 - 18 Disember 2014 (4 hari 3 malam). Lebih baik usaha masukkan anak pada tarikh 8 Disember. Lebih lama masanya. Ada sebabnya.
Oh ya! Pendaftaran pada 8 Disember ialah jam 7 pagi. Ertinya kena solat Subuh di Limpahan Kasih. Insya Allah ada sarapan untuk semua ibubapa dan keluarga yang menghantar anak. Jamuan kenduri ala kadar yang kami cuba sediakan.
Tepat jam 8 pagi adalah taklimat khas untuk ibubapa. Ianya disusuli dengan penyerahan anak kepada pihak kami.
1 Disember jam 9 pagi adalah hari penutup Kem ini. Semua Ibubapa wajib datang untuk ikuti taklimat / rumusan khas untuk ibubapa mengenai anak masing-masing. Kem dijangka selesai jam 12 tengahari.
Moto Kem ini ialah "Sebaik-baik bekalan ialah rasa takutkan Allah!!"
KEM MOTIVASI ALA
MADRASAH
Menarik,
Berilmu, Ceria Dan Menginsafkan
Anjuran : LIMPAHAN
KASIH SOLUTIONS (03-80523814 / 019-6226183)
Tempat KEM :
Sek. Men. Islam Zadut Taqwa (Rumah Amal
Limpahan Kasih - RALK)
Lot 115, Lrg Bistari 3, Jalan Jurutera, Kg
Seri Aman, Puchong, Selangor
Tarikh : 8 Hingga13 Disember 2014 (Isnin -
Sabtu)
Umur
Peserta : 10 - 13 tahun / 14 - 16 tahun / 17
tahun dan ke atas (Lepasan SPM)
HUBUNGI : Ust Mokhtar: 01121949613 / Ust Haji Johari: 019-6226183
/ Pn Cikgu Wan Nor Fauziah: 013-2576200
/ Pn Cikgu Wan Nor Fauziah: 013-2576200
Kem Motivasi yang
menyediakan pelbagai elemen menarik:
1.
Bimbingan Asas Fardhu Ain & Bacaan Solat
- Perbahasan mudah secara ilmiah dan
praktikal dalam LDK
2.
Penghayatan Solat Sebagai Asas Bina Insaniah
- Menghayati terjemahan bacaan solat
/ Kaifyat solat & Mujahadah khusyuk
3.
Hafalan Doa dan surah-surah utama dalam
Al-Quran
- Kaedah tasmik harian selama 6
hari.
4.
Kuliah & Tazkirah Sambil Berhibur / Santai - Tazkirah yang diutamakan;
tidak rasmi
5.
Alam Barzakh & Program Bina Kesedaran - Proses “RECALL” / muhasabah diri
6.
Disiplin Pengurusan Diri, Penggunaan Gajet , HP / Android & Pengurusan Masa
- Disiplin dibentuk dari dorongan
bukannya paksaan.
7.
Motivasi Pelajar & Tip-tip Menghadapi Peperiksaan
- Kesedaran tentang pentingnya
belajar bertitik tolak dari dalam diri.
8.
Riadhah Berpendidikan (Tarbiyah) - Senaman berirama nasyid
9.
Hidup Berpendidikan (Tarbiyah) - Hiburan
sentiasa berlaku sepanjang program
10.
Persembahan kumpulan ala teater, ala silat dan drama Islami (Tidak dipaksakan)
- Bermotifkan mencungkil bakat,
kreativiti, bekerjasama dan rasa bersama
11.
Nasyid Tema Kem Bina Insaniyah dan seni kebudayaan Islam
- Terdapat 4,5 buah lagu nasyid yang
dialunkan bersama
12.
Ekspedisi khas dan rehlah dengan bas ke Putrajaya dan Lembah Kelang
- Tarbiyah dan berinteraksi secara
santai di sepanjang ekspedisi
13.
Program Mengasah Minda& Menyuburkan rohaniah:
- Minda perlu diseragamkan dengan
kehendak Allah. Kem ini menjadi cabaran
membina kaedah berfikir sebenar seperti yang Allah dan Rasul kehendaki.
14.
A TO Z Bina Hati Sensitif Dengan Tuhan Pencipta Alam
- Manusia sepatutnya berbuat dan
bertindak dengan hati yang takutkan Allah.
15.
Program taklimat khas untuk ibubapa
- Pembentangan prestasi anak-anak
sepanjang KEM MOTIVASI ALA MADRASAH
dan apa
yang perlu di lakukan semasa di rumah.
________________________________________________________________________________
SUMBANGAN
(6HARI 5 MALAM): RM250 (Penyertaan 4 orang hanya RM500)
AKAUN MAYBANK
LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS: 562777220661
0 ulasan:
Catat Ulasan