Social Icons

Sabtu, 23 Januari 2016

Tiga Pelajar Wanita Malaysia Maut Nahas Di Jordan

Tiga pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mu'tah, Jordan, maut, manakala dua lagi rakan mereka cedera selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya 

kira-kira jam 8.30 pagi waktu tempatan hari ini. Mereka yang terbunuh ialah Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie, manakala yang cedera ialah Fatin Noor Syahirah Ramli dan Muhammad Izzam Hasif Anuwar. 

Atase Pendidikan Education Malaysia Jordan, Kamarulzaman Mustappa, berkata pihaknya dengan Kedutaan Malaysia di Amman sudah memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenai kemalangan itu. 

"Kami sedang berusaha mendapatkan laporan polis berhubung kemalangan itu, namun ia tidak semudah di Malaysia kerana kami perlu berurusan dengan pihak mahkamah. 

"Jenazah tiga pelajar yang meninggal dunia kini ditempatkan di Hospital Mafraq, manakala dua lagi yang cedera turut dirawat di hospital sama," katanya ketika dihubungi BH. 

Kamarulzaman berkata, pihaknya dengan kerjasama Kedutaan Malaysia sedang berusaha untuk membawa waris pelajar berkenaan ke Jordan untuk proses pengecaman dan pengurusan jenazah. 

Beliau berkata, bedah siasat ke atas jenazah masih belum dilakukan kerana menunggu kebenaran daripada waris. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text