Sejak seminggu yang lepas ramai yang tersentuh dengan gambar seorang ayah yang membawa 3 orang anaknya menaiki motosikal untuk pulang beraya di Penang. Gambar tersebut membuatkan ramai yang bersyukur dengan apa yang mereka ada sekarang..
Selama ni asyik merungut saja..Itu tak cukup ini tak cukup rupa-rupa masih ada yang lebih susah dari kita..sekurang2 nya kita balik kampung naik kereta,naik bas,naik kapal terbang..Tapi bagi 4 beranak ni mereka hanya menaiki motorsikal untuk perjalanan beratus kilometer.
Tapi kan..bagus nya rakyat Malaysia ni tak kedekut kalau setakat nak menderma dan membantu orang yang kurang berkemampuan..tak banyak sikit pun,nak jugak hulurkan bantuan..macam baru2 ni saya terbaca kat facebook sorang abang ni tahan motorsikal bapa 3 anak ni. sebab nak bagi duit raya pada anak2 ini
kemudian ada beberapa individu dikatakan berniat nak memberi kereta terpakai yang sudah tidak digunakan lagi tapi masih berfungsi dengan baik..Alhamdulilllah..sangat berbangga dengan rakyat malaysia yang macam ni..
harap-harap dengan bantuan yang tak seberapa tapi bermakna ni, dapatlah anak2 ini berada dalam keadaan lebih selesa untuk kemana2. besar nanti jadi orang berguna bukan saja untuk keluarga tapi untuk rakyat malaysia jugak.. Pada yang nak membantu jugak dipersilakan.. Rezeki anak2 tersebut..jangan lah nak dipertikaikan..Ini bahagian mereka
KREDIT SUMBER: BABAB.NET
0 ulasan:
Catat Ulasan