Social Icons

Khamis, 17 Mac 2016

3,000 Tan Metrik Makanan Yang Boleh Dimakan Dan Belum Disentuh Terbuang Setiap Hari!!!!



Jumlah pembaziran di Malaysia bersamaan tiga kali hidangan seorang sehari bagi mengenyangkan setengah juta penduduk, kata Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi). — Foto Malay Mail

PETALING JAYA, 12 Mac — Hidangan bufet, selalunya di hotel, penyebab utama pembaziran makanan di negara ini, kata syarikat pengurusan sisa pepejal SWCorp.

Kira-kira 3,000 tan metrik makanan yang boleh dimakan dan belum disentuh terbuang setiap hari, lapor akhbar The Malay Mail hari ini.

Timbalan ketua pegawai eksekutif SWCorp Dr Mohd Pauze Mohamad Taha semalam berkata orang ramai suka mengambil banyak tetapi tidak mampu menghabiskannya.

“Bufet di Malaysia beri macam-macam pilihan, menyebabkan pelanggan mengambil banyak daripada apa yang mereka boleh makan. Keadaan ini paling teruk pada bulan Ramadan,” katanya.

Kajian syarikat itu terhadap sisa buangan mendapati banyak makanan masak di tempat pembuangan sampah. “Banyak makanan dan kelihatannya masih boleh dimakan,” tambahnya.

Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cheah Swee Hee juga bersetuju kebanyakan makanan terbuang daripada hidangan bufet, khususnya apabila ada jamuan keraian.

“Kebanyakan penganjur menempah banyak tempat duduk (dan makanan) daripada jumlah kehadiran sebenar. Namun, sebagi penyedia, kami mesti membekalkan (makanan) seperti dijanjikan. Kami tiada pilihan,” katanya.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) menyebut 15,000 tan metrik sisa makanan dibuang setiap hari di negara ini.

Ketua pengarahnya Datuk Dr Sharif Haron berkata daripada jumlah itu, kira-kira 3,000 tan metrik makanan tidak disentuh dan masih boleh dimakan.

Jumlah pembaziran ini bersamaan tiga kali hidangan seorang sehari bagi mengenyangkan setengah juta penduduk, lapor akhbar itu lagi.

Namun bukan hanya restoran dan hidangan bufet punca pembaziran makanan. Mohd Pauze berkata rumah juga membuang banyak makanan, kira-kira 44.5 peratus daripada buangan setiap isi rumah.

“Bandingkan, hanya 40.4 peratus makanan terbuang dalam sektor niaga (termasuk hotel, restoran dan gerai-gerai makanan,” katanya.

Tambahnya, keluarga lima orang membazir purata 1.78 kilogram makanan setiap, sementara entiti perniagaan menghasilkan 200 kilogram sisa makanan sehari, bergantung kecil besar operasi niaga mereka.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text