MENUJU YANG ABADI
Muhasabah bersama, Nadia Mujahidah
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SELAMAT SEJAHTERA..
Alhamdulillah.. bila kita tengok semulakan, setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita, tak pernah Allah jadikan sia-sia. Yalah kan, mana mungkin Allah yang Maha Hebat akan ciptakan dan jadikan sesuatu itu sia-sia, tiada sebab dan tiada tujuannya. Mustahil.. mustahil..
BILA KITA FIKIR BEGITU
Bayangkan, sekejap lagi kita akan dirikan solat yang mana solat tersebut adalah solat terakhir dalam hidup kita. Aik, kenapa solat terakhir? Ya, kerna selepas itu kita sudah tidak berupaya mendirikannya lagi. Roh kita akan meninggalkan jasad. Mereka akan bercerai.
Bayangkan, sekejap lagi kita bersama ayah dan ibu buat kali yang terakhir. Bertemu dan memeluk sahabat-sahabat kita untuk seketika dan selepas itu, kita akan berpisah buat selama-lamanya di dunia. Kerna, selepas itu kita akan tinggal di alam yang lain. Di alam yang kekal abadi.
Dan bayangkan, sekejap lagi, kita akan dipersiapkan dengan pakaian "pengantin" yang tiada corak dan cutting. Didandankan serba pucat dan berpelaminkan tanah dan liang lahad. Tiada mas kahwin, tiada barang hantaran melainkan amalan kita di dunia yang sementara.
Maka, solat kita sekejap lagi adalah solat terbaik yang kita akan buat.
Maka pertemuan dan kebersamaan dengan mereka adalah kebersamaan yang paling indah dan sweet yang kita cuba buat.
Maka, kisah lagikah kita untuk bergelar pengantin di dunia?
JIKA TERAKHIR BUATKU
"Oh Tuhan, Hamba-Mu ini kekeliruan.. Sukar mencari jalan yang benar.. Kerna dipaut hasut dunia.. Mencintai yang lain lebih dari-Mu."
"Oh Tuhan, Hidayah-Mu pernah hadir, Hingga kering airmataku menitis, Namun terkadang aku berpaling, Kerna mengejar nikmat dunia sementara."
"Hari ini ku bimbangi, Jika terakhir hidup, Adakah lagi subuh esok, Untuk ku bernafas, Dan sujud mengabdi pada-Mu, Oh Tuhan..."
"Berikan daku kesempatan, Menebus kesalahan, Lantaran dosa dan noda, Dan sengaja melupakanmu, Hadirkan damai, Sebelum di hujung nafasku."
"Oh Tuhan, Berikan daku petunjuk-Mu, Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu, Izinkan daku mengulangi, Janji-janji yang baru, Taubat nasuha setulus untuk-Mu, Oh Tuhan, Rahmat kasihMu Tuhan, Ampunan-Mu ku damba."

ALAM KUBUR
Kesibukan kita dalam urusan keduniaan telah banyak membuat kita leka. Ya, kita kena berusaha dengan sehabis baik seolah-olah kita akan hidup selamanya, dan kita juga hendaklah beribadah seolah-olah kita akan mati esok hari.
Setiap antara kita akan menjadi mayat. Dan tempat tinggal sementara kita adalah di dalam kubur. Kubur menjadi tempat sementara menanti tiupan sangkakala pertama dan kedua. Apabila sangkakala kedua ditiupkan maka akan bangkitlah kita dari kubur. Keadaan di dalam kubur pula sama ada menjadi tempat istirahat kita ataupun tempat penyeksaan yang menyakitkan. Allahurabbi.. :’(
Di dalam kubur pula, kita akan melalui beberapa fasa perubahan. Bayangkan, pada malam pertama lagi pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.
Pada malam kedua, anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung akan mula membusuk. Seterusnya hari ketiga, anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.
Seminggu setelah itu, wajah dan mata mula membengkak. Setelah 10 hari, tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh. Setelah 2 minggu, rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh. 6 bulan berikutnya, semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka sahaja. Dan dalam tempoh 25 Tahun, rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.
Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH dengannya. Jangan, janganlah kita biarkan umur dan jasad kita dalam keadaan sia-sia janji. Sesungguhnya janji ALLAH adalah benar.
SYURGA?
Mintalah pada Allah agar ditempatkan di syurga firdaus. Minta. Dan usahakannya.

Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia. Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah: "Yaa Rabb..Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami." Maka Allah berfirman: "Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:
"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"
Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.

PERJALANAN YANG JAUH
Syurga atau neraka? Berjalan melalui titian sirat? Bagaimana saat kita berhadapan dengan Allah kelak? Sudikah Allah melihat kita? Saat ditimbang amalan kita, adakah cukup untuk kita masuk ke syurga Allah? Atau kita berimpikan neraka yang tidak tertanggung kita menghadapinya?
Ya Allah.. kita sering lupa bahawa dunia ini sementara. Adakalanya kita merasakan kecewa kerna tidak mengecapi kebahagiaan di dunia. Sedangkan bukankah kebahagiaan di akhirat itu kebahagiaan sebenarnya? Kebahagiaan yang kekal abadi selamanya. Sungguh!
Seharusnya kita bimbang.. apabila kehidupan kita di dunia gagal kita manfaatkan sebagai bekalan terbaik bagi kita menuju akhirat. Seharusnya kita bimbang… kerna kita tak tahu nasib kita di sana bagaimana. Sedangkan Saidina Umar al-Khattab yang cukup soleh itupun, katanya, “Semua ke syurga, kecuali dia, kubimbangi, dialah diriku…”
“Ya ALLAH, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-MU. Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga dan jangan jadikan ianya sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka. Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.”
Sumber: Beberapa Bacaan dari FB dan sebagainya.

0 ulasan:
Catat Ulasan