Social Icons

Rabu, 26 Mac 2014

Kualiti Pendidikan Malaysia Lebih Perlu Di Bimbangkan - Pakar Ekonomi Bank Dunia

Berikut adalah satu paparan dalam sebuah BLOG yang melaporkan mutu pendidikan di negara kita. Ianya menurut kajian oleh sebuah badan penarafan antarabangsa yang menilai prestasi akademik (keupayaan penguasaan dalam subjek tertentu). 

Demikianlah umumnya masyarakat dunia menilai taraf pendidikan. Tentunya langsung tidak menilai dari segi sahsiah dan moral. Bahkan tidak ada usaha teras yang dilakukan oleh mana-mana negara dalam melihat fenomena kehancuran moral pelajar di negara masing-masing. 

Sepatutnya negara kita Malaysia mengambil inisiatif yang lebih serius dalam melahirkan pelajar berkualiti. Pelajar mesti dinilai berdasarkan pencapaian sahsiah dengan kualiti kemanusiaan yang tertinggi sebagai kayu ukurnya. Jati diri manusia adalah nilai diri manusia yang hakiki. Tanpa penekanan dalam hal yang penting ini, kita hanya merendahkan martabat manusia sebagai hamba dan khalifah Tuhan di atas muka bumi. 

Pencapaian akademik bukanlah segala-galanya yang patut kita kejar. Bahkan selama kita bersungguh-sungguh berusaha dari sudut akademik pun, kita sudah dipintas dan jauh daripada Vietnam!!

Bacalah paparannya!


Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander menegaskan mutu pendidikan Malaysia yang jatuh merudum lebih membimbangkan berbanding kedudukan kewangan negara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, Mac 25, 2014

[TMI] Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander menegaskan mutu pendidikan Malaysia yang jatuh merudum lebih membimbangkan berbanding kedudukan kewangan negara.

Pencapaian buruk Malaysia dalam keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) lalu bukan suatu petanda baik, kata Frederico.

"Malaysia patutnya bimbang dengan tahap prestasi murid-murid dalam sekolah berbanding prestasi murid-murid di Vietnam kerana mereka lebih miskin daripada Malaysia tapi tahap pendidikan lebih baik berbanding Malaysia," kata Frederico dalam forum yang dianjurkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) hari ini di Damansara.

Malaysia hanya berjaya berada di kedudukan ke-52 daripada 65 negara dalam ranking keputusan Pisa.

Malah, Vietnam berada di tangga ke-17 dalam kajian itu dengan markah 511 manakala Shanghai-China mendapat 613 untuk mendapat tempat pertama dalam ranking itu.

"Murid-murid di kawasan pendalaman Vietnam, prestasi mereka lebih tinggi daripada murid-murid Malaysia. "Ini akan memberi kesan terhadap pembangunan aset sumber manusia Malaysia," kata pakar ekonomi kanan Bank Dunia itu.

Frederico berkata pihak sekolah perlu diberikan lebih autonomi dan kuasa yang lebih untuk menangani masalah pembelajaran setempat.

PISA merupakan sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar 15 tahun yang melibatkan negara dari seluruh dunia.

Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains. PISA menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.

Purata min skor ialah 494 dan kajian itu menguji 510,000 pelajar tahun lalu merangkumi tiga bahagian peperiksaan – matematik, sains dan keupayaan membaca. Malaysia memperolehi min skor 421.

Pelajar Malaysia dikatakan mendapat pencapaian yang teruk dalam bahagian membaca dengan skor 398 (purata:496), bahagian matematik, Malaysia mendapat 421 (purata:494) dan sains, 420 (purata:501). – Md Izwan/25 Mac, 2014.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text