Kepada
para pasangan pengantin yang diraikan esok, Pak Lang akan bekalkan
panduan untuk melalui detik-detik bahagia bersama pasangan
masing-masing. Paparan ini dikeluarkan semula dengan penambah-baikan di
sana-sini. Semoga akan membantu. Sila baca di bawah:
(Saturday, 28 December 2013)
Malam Pertama Bagi Pengantin Baharu - Apa Yang Patut Dilakukan?
Berikut adalah tips atau panduan menempuh malam pertama pengantin baharu. Pak Lang kutip berdasarkan pengalaman orang-orang lama, pembacaan dan kisah-kisah realiti remaja masakini. Walau bagaimana pun, ianya tentulah tidak sama dengan malam pertama di dalam kubur ya!!
1) Malam pertama hendaklah dijadikan malam untuk bertaaruf (berkenal-kenalan) secara lebih dekat - dari hati ke hati. Bersembang berdua sambil bercerita akan memberi ruang kasih sayang tercetus atas dasar saling memahami. Bertenang dan bersabarlah. Jangan terburu-buru mengikut nafsu. Ikatkan hati masing-masing dengan Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang terlebih dahulu.
2) Pernikahan adalah halal dan dikira ibadah atau amal soleh menurut syariat. Ganjaran kehidupan suami isteri sangatlah besar di sisi Tuhan. Menghayati hal sebegini, akan mendorong suami isteri bersungguh-sungguh membina rumah tangga bahagia yang diredhai Tuhan.
3) Mulakan pertemuan suami isteri dengan suami mendatangi isteri sambil menghulur tangan bersalam. Ketika isteri memegang kedua tangan suami dan mengucup belakang tangan suami, niatlah mengambil keberkatan suami dan berazamlah untuk mentaati suami dalam apa keadaan sekalipun. Disunatkan suami mencium kening isteri di awal pertemuan. Juga disunatkan suami meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri lalu mendoakannya dengan sebaik-baik doa.
Malam Pertama Bagi Pengantin Baharu - Apa Yang Patut Dilakukan?
Berikut adalah tips atau panduan menempuh malam pertama pengantin baharu. Pak Lang kutip berdasarkan pengalaman orang-orang lama, pembacaan dan kisah-kisah realiti remaja masakini. Walau bagaimana pun, ianya tentulah tidak sama dengan malam pertama di dalam kubur ya!!
1) Malam pertama hendaklah dijadikan malam untuk bertaaruf (berkenal-kenalan) secara lebih dekat - dari hati ke hati. Bersembang berdua sambil bercerita akan memberi ruang kasih sayang tercetus atas dasar saling memahami. Bertenang dan bersabarlah. Jangan terburu-buru mengikut nafsu. Ikatkan hati masing-masing dengan Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang terlebih dahulu.
2) Pernikahan adalah halal dan dikira ibadah atau amal soleh menurut syariat. Ganjaran kehidupan suami isteri sangatlah besar di sisi Tuhan. Menghayati hal sebegini, akan mendorong suami isteri bersungguh-sungguh membina rumah tangga bahagia yang diredhai Tuhan.
3) Mulakan pertemuan suami isteri dengan suami mendatangi isteri sambil menghulur tangan bersalam. Ketika isteri memegang kedua tangan suami dan mengucup belakang tangan suami, niatlah mengambil keberkatan suami dan berazamlah untuk mentaati suami dalam apa keadaan sekalipun. Disunatkan suami mencium kening isteri di awal pertemuan. Juga disunatkan suami meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri lalu mendoakannya dengan sebaik-baik doa.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu menikahi wanita atau membeli seorang budak, maka peganglah ubun-ubunnya lalu bacalah ‘basmalah’ serta doakanlah dengan doa berkah seraya mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiatnya yang ia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya dan kejelekan tabiat yang ia bawa.’” (Riwayat. Abu Dawud, Ibnu Majah, al-Hakim)
4) Sebaik-baiknya selepas itu, masing-masing berwudhu' dan menunaikan solat sunat nikah secara berjemaah. Inilah yang sebaik-baiknya sebagai permulaan melayari bahtera rumah tangga.(Lihat lampiran di bawah). Jadikan malam pertama sebagai malam menyimpulkan niat dan azam bersama mencari keredhaan Tuhan. Fokuskan kepada Allah dan Rasul agar permulaan perkahwinan diwarnai dengan hati yang rasa takut, cemas dan bimbang dengan ancaman Tuhan.
5) Layanilah suami atau isteri dalam keadaan hati yang menguasai diri. Mohonlah bantuan Allah agar janganlah nafsu yang memainkan peranan di malam pertama dan sepanjang usia perkahwinan.
6) Suami mestilah lebih matang dan menonjol dalam membimbing isteri. Suami yang pemalu kadang-kadang lebih lambat memahami isteri. Walaupun ianya normal bagi seseorang remaja yang tidak pernah terdedah dengan pergaulan bebas, seeloknya bakal suami mendapatkan maklumat berkaitan rumah tangga sebagai persiapan.
7) Bakal suami atau isteri kenalah banyak bertanya dengan orang yang lebih dewasa, para pemimpin atau guru-guru yang tentu boleh menunjuk cara bagaimana bersama suami atau isteri bermula dari malam pertama. Ada banyak panduan berdasarkan pengalaman yang perlu diketahui oleh para remaja yang baru kahwin.
8) Usahakan tidak ada situasi kaku di malam pertama. Salah seorang perlu 'meruntuhkan tembok pemisah' antara keduanya. Berani dan takut kenalah bertempat.
9) Berhati-hati dalam berkata dan berjanji. Takut-takut syaitan dan nafsu menguasai diri maka yang diungkapkan adalah hampas yang tidak bernilai disisi Tuhan. Biasanya yang terjadi, yang dibicarakan adalah hal-hal dunia, kemewahan serta merencanakan masa depan untuk kesenangan di dunia semata-mata.
10) Untuk para remaja yang belum kahwin, peliharalah kehormatan diri anda - walau apa pun berlaku. Ingatlah bahawa zina akan menjadikan anda kesal seumur hidup. Berhati-hatilah dengan pergaulan anda agar tidak menjerumuskan anda ke lubang neraka! Wal 'iyazubillah!! mereka yang mendahului perkahwinan dengan zina, tidak akan mengalami kemanisan atau keindahan malam pertama yang sebenarnya.
11) Jika anda lelaki yang berpoligami, berhati-hatilah dengan segala tindak tanduk anda. Kesilapan di malam pertama mengundang masalah yang tidak sudah. Banyak kawan-kawan Pak Lang mengalaminya sebab tidak pandai mendekati isteri yang baru dikahwininya. Panduannya ialah, bersabarlah dan berilah masa untuk siisteri mengenali dan memahami.
12) Lihatlah pasangan anda untuk segera memahami hati dan jiwa dan perasaannya. Semakin cepat anda faham tentangnya, akan semakin mudah anda menangani masalah dan memahami karenahnya. Sebaik-baiknya kajilah dan fahamilah ini semua lebih awal. Tapi pastikan ianya mengikut lunas syariat dalam berhubungan dengan bakal isteri.
13) Masyarakat Melayu zaman dahulu mengamalkan 'nikah gantung'. Ianya adalah nikah yang sah, cuma tidak disertai dengan kenduri kesyukuran atau majlis perkahwinan. Ia hanyalah akad nikah oleh wali atau naib kadi bagi mengelak berlakunya pertemuan kedua anak muda secara haram yang boleh membawa kepada zina. Untuk keselamatan, diakad nikahkan terlebih dahulu. Kendurinya mungkin beberapa bulan selepas itu. Langkah sebegini, elok juga diamalkan oleh kita di zaman ini. Jadi pertemuan malam pertama sudah didahului dengan perkenalan sesama mereka yang halal di sisi syarak.
Lampiran:
Solat sunat nikah berjemaah suami isteri:
Rasulullah saw menyatakan agar
sebelum berhubungan suami istri di malam pertama hendaknya salat sunnat
dua rakaat terlebih dahulu. Menurut hadis
dari Abu Sa’id maula (budak yang telah dimerdekakan) Abu Usaid bahawa dia
berkata: “Aku menikah ketika aku masih seorang budak. Ketika itu aku
mengundang beberapa orang sahabat Nabi, diantaranya ‘Abdullah bin
Mas’ud, Abu Dzarr dan Hudzaifah radhiyallaahu ‘anhum. Lalu tibalah waktu
solat, Abu Dzarr bergegas untuk mengimami salat. Tetapi mereka
berkata: ‘Kamulah (Abu Sa’id) yang berhak!’ Ia (Abu Dzarr) berkata:
‘Apakah benar demikian?’ ‘Benar!’ jawab mereka. Aku pun maju mengimami
mereka solat. Ketika itu aku masih seorang budak. Selanjutnya mereka
mengajariku, ‘Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah anda
berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu
itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya dari keburukannya. Selanjutnya
terserah kamu berdua…’” (Adabuz Zifaf fis Sunnah al-Muthahharah).
Berdoalah:
Kemudian
setelah solat sunat dua rakaat, dianjurkan pula untuk berdoa.
Sebagaimana hadis: “Seorang datang kepada ‘Abdullah bin Mas’ud
radhiyallaahu ‘anhu, lalu ia berkata, ‘Aku menikah dengan seorang gadis
dan aku khuatir dia membenciku.’ ‘Abdullah bin Mas’ud berkata,
‘Sesungguhnya cinta berasal dari Allah, sedangkan kebencian berasal dari
setan, untuk membenci apa-apa yang dihalalkan Allah. Jika isterimu
datang kepadamu, maka perintahkanlah untuk melaksanakan salat dua rakaat
di belakangmu. Lalu ucapkanlah (berdoalah): “Ya Allah, berikanlah
keberkatan kepadaku dan isteriku, serta berkatilah mereka dengan sebab
aku. Ya Allah, berikanlah rezeki kepadaku lantaran mereka, dan
berikanlah rezeki kepada mereka lantaran aku. Ya Allah, satukanlah
antara kami (berdua) dalam kebaikan dan pisahkanlah antara kami (berdua)
dalam kebaikan.” (lihat di Kitab al-Mushannaf).•
Minumlah segelas air:
Rasulullah
saw berpesan sebelum suami isteri berdampingan buat kali pertama, agar
tidak
terburu-buru. Alangkah baiknya dimulai dengan kelembutan dan kemesraan.
Misalnya, dengan memberinya segelas air minum atau yang lainnya.
Sebagaimana hadis Asma’ binti Yazid binti as-Sakan r.a, ia berkata:
“Saya menghiaskan ‘Aisyah untuk Rasulullah SAW. Setelah itu saya datangi
dan
saya panggil Baginda supaya menghadiahkan sesuatu kepada ‘Aisyah.
Baginda
pun datang lalu duduk disamping ‘Aisyah. Ketika itu Rasulullah SAW
dihulurkan segelas susu. Setelah baginda minum, gelas itu dihulurkannya
pula kepada ‘Aisyah. Tetapi ‘Aisyah menundukkan kepalanya dan
malu-malu.”
‘Asma binti Yazin berkata: “Aku menegur ‘Aisyah dan berkata kepadanya,
‘Ambillah gelas itu dari tangan Rasulullah SAW!’ Akhirnya ‘Aisyah pun
meraih gelas itu dan meminum isinya sedikit.” (HR. Ahmad di kitab Adabuz
Zifaf fis Sunnah al-Muthahharah)
Berdoalah sebelum berhubungan suami isteri:
Setiap kali akan
berhubungan suami istri, selalu diingatkan untuk senantiasa berdoa:
“Bismillah, Allahumma jannibnaasy syaithaana wa jannibisy syaithaana maa
razaqtana.”Artinya: “Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah
aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang akan Engkau
kurniakan kepada kami.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW juga
bersabda: “Maka, apabila Allah menetapkan lahirnya seorang anak dari
hubungan antara keduanya, niscaya syaitan tidak akan membahayakannya
selama-lamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
0 ulasan:
Catat Ulasan