Dalam dunia remaja hari ini, ramai juga remaja yang tidak mengikuti perkembangan semasa di dalam dan luar negara. Mereka hanya leka dengan dunia mereka sendiri. Mereka hanya menumpukan perhatian pada apa yang diminati atau digemarinya. Paling ramai asyik mengulit gadget canggih, telifon bimbit, telifon pintar dan sebagainya. Tidak ramai yang tahu apa yang sedang terjadi pada dunia sekelilingnya.
Ramai yang tidak kenal pemimpin negara atau tidak ambil tahu memgenai perkembangan politik negara. Bahkan kejadian-kejadian besar di dalam negara pun mereka tidak peduli. Bila ditanya baru terpinga-pinga. Contoh paling ketara kita boleh lihat pada ramai artis di negara kita. Nyanyian, lakonan atau persembahan mereka mungkin hebat tapi bila diminta beri pandangan, mereka akan 'kantoi'!!
Jika kita dengar ulasan atau pandangan mereka mengenai sesuatu isu yang sedang diperkatakan masyarakat, kita akan dapati ceteknya pemikiran mereka. Cakap pun tidak meyakinkan apatah lagi untuk memahamkan orang lain. Ramai di kalangan artis di negara kita yang bahasa cakapnya bahasa rojak. Cukup rimas bila kita mendengarnya. Jauh sangat dari tahap minda yang sepatutnya wujud pada diri seseorang yang menjadi ikutan remaja lain atau peminat mereka.
Pak Lang suka menasihatkan remaja di luar sana untuk mengenali kumpulan Generasi Harapan. Anda akan terkejut mendengar ulasan dan pemikiran mereka. Dekatilah mereka!!
Untuk kali ini, sila baca tulisan mengenai perjalanan pilihanraya - bagaimana mengetahui kalah menangnya seseorang calon di dalam sesuatu pilihanraya. Bacalah tulisan Sdr Sayuti Omar mengenai PRK Sg Limau yang sedang berlangsung proses undian pada hari ini.
Jangan Mudah Percaya Keputusan Awal PRK Sg Limau KLIK SUMBER
Adalah dijangka keputusan pilihan raya N20 Sungai Limau sudah dapat diketahui sejam sebelum pusat mengundi ditutup jam 6:00 petang. Kebiasaanya keputusan sudah boleh diagak selepas kira-kira 80% pengundi keluar mengundi di kesemua 17 pusat pengundian.
Para petugas dan pencerap parti masing-masing akan membuat kiraan berdasarkan kepada jumlah mereka yang memasuki bangsal panas (barung) untuk mendapat nombor giliran mengundi atau transit sementara masuk ke kawasan mengundi. Dari sini kedatangan pengundi akan direkod dan dianaliskan.
Mereka yang mendekati bangsal panas Pas akan dianggap sebagai pengundi Pas manakala yang memasuki ke barung UBN akan direkod sebagai pengundi BN. Begitu juga pengundi yang turun dari kenderaan berlambang parti tertentu akan direkod sebagai pengundi parti berkenaan. Selalunya tidak banyak berlaku perselisihan mengenai situasi ini kerana sikap pengundi suka menjelaskan ke arah mana sokongan mereka.
Selalunya pencerapan parti ini berada di kesemua pusat-pusat pengundian. Mereka akan membuat pemerhatian dan perkiraan berdasarkan pemerhatian dari berbagai sudut. Disebabkan perkembangan inilah dijangka keputusan tidak rasmi akan diperolehi seawal jam 4 petang.
Petunjuk untuk mengetahui parti mana menang dan kalah juga akan dapat diperolehi dengan memerhati sekitar barung berkenaan. Mana-mana parti yang petugasnya awal-awal lagi meninggalkan bangsal panas atau barung boleh disifatkan sudah mengaku kalah. Petunjuk ini dianggap tepat kerana mereka hampir dengan pengundi.
Lantaran akan berlaku penilaian demikian menyebabkan akan tersebar berita-berita yang tidak menyenangkan dan menyusahkan semua pihak. Provokasi dan perang saraf sesuatu yang tidak dapat dielakkan di era ruang untuk bersuara dan menabur maklumat luas dan mudah kini.
Menjelang tengah hari pasti sudah ada sms atau pun status-status dalam Fb, twitter yang memberi gambaran awal mengenai siapa menang dan siapa kalah.
Adalah diingatkan agar semua pihak tidak mudah terpengaruh dengan provokasi atau berita angin berkenaan. Sebaik-baiknya semua sabar menanti keputusan rasmi yang akan diumumkan SPR sekitar jam 9 malam. Atau pun setidak-tidaknya menanti saat penjumlahan undi dibuat yang dijangka bermula pada jam 7:00 malam selepas satu jam peti undi ditutup. [*** kl.9:52 am 04/11/13]
0 ulasan:
Catat Ulasan