Social Icons

Ahad, 3 Januari 2016

Jawapan Terhadap Pandangan Mufti Perlis Tentang Yaqazah

Masalah berkenaan dakwaan sesetengah golongan yang bertaraf 'wali' yang mampu bertemu Baginda Rasulullah secara real, secara jaga dan juga secara mimpi sudah lama menjadi perbahasan para cerdik pandai sejak lama dulu lagi.

Satu kumpulan yang telah menjadi popular di dalam masyarakat kita sekarang ini adalah Kumpulan Pencinta Rasulullah. Mereka juga secara yakin mendakwa para pimpinan kumpulan mereka sering bertemu secara real akan baginda Rasulullah.

Ada youtube rakaman pimpinan mereka yang sedang berceramah tiba-tiba terhenti kerana bertemu / melihat rasulullah. Keadaan pimpinan mereka itu kelihatan kaku menggigil dan berterusan begitu untuk sekian lama. Yang ada di sekelilingnya tak boleh melihat apa-apa selain dari menyaksikan keadaan sheikh mereka yang sedang terkedu dikatakan sedang bertemu Rasulullah.

Baru-baru ini, isu yang sama muncul kembali apabila Dr Maza, seorang mufti di negara kita mengkritik segala dakwaan melihat Rasulullah secara jaga sebagai satu kepercayaan batil dan sesat. Dan penolakan Dr Asri itu dijawab oleh Kumpulan Pencinta Rasulullah seperti berikut:

Jawapan terhadap Mufti Perlis - Menjawab tohmahan Mufti Perlis. Sumber asal

Isu yang berbangkit ialah pertemuan dengan Rasulallah dalam keadaan Yaqazah

Para wali Allah kebiasaannya menerima didikan dari Rasulullah ﷺ melalui cara ini. Ini kerana mereka telah dibukakan hijab oleh Allah Ta'ala dapat melihat perkara ghaib seperti malaikat, ruh manusia terdahulu, syurga, neraka, iblis syaitan, dan lain-lain perkara ghaib.

Dalil Utama: Hadith Bukhari seperti mafhumnya

"Sesiapa yg melihatku didalam mimpi, maka dia akan bertemu dengan ku dalam jaga, sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku"

Dalil pertama: Pertemuan Nabi Muhammad ﷺ dengan Nabi Musa a.s. 
Ketika Rasulullah ﷺ dimikrajkan, Baginda dipertemukan dengan Nabi Musa a.s. sedangkan Nabi Musa telah wafat lebih 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad.

Oleh kerana besarnya peristiwa ini maka Allah rakamkan di dalam Al Quran dengan firman-Nya: Maksudnya: “Maka janganlah kamu ragu tentang per temuanmu (dengan Musa ketika mikraj).” (Sajadah: 23)

Dalil kedua: Solat jemaah Nabi ﷺ dengan para rasul 
Nabi Muhammad ﷺ bersembahyang berjemaah dengan para rasul di malam Israk sebelum baginda dimikrajkan.

Firman Allah: Maksudnya: “Dan tanyalah orang-orang yang Kami utus sebelum kamu (wahai Muhammad) di antara para rasul Kami itu.” (Az Zukhruf: 45)

Di dalam Tafsir Al Qurtubi, juzuk ke-7, ms 5915 tercatat:
“Masalah bertanya kepada anbiya di malam mikraj, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa para anbiya bersembahyang dengan berimamkan Rasulullah ﷺ dalam tujuh saf. Tiga saf terdiri dari rasul-rasul. Manakala empat saf lagi untuk nabi-nabi. Pertemuan Nabi ﷺ ini adalah dalam keadaan jaga dan Nabi ﷺ telah bertanya sesuatu kepada mereka di malam itu.”

Dalil ketiga: Hadis dari Abu Hurairah r.a. Dari Abu Hurairah r.a. berkata:
Aku dengar Nabi ﷺ bersabda: Maksudnya: “Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku di dalam keadaan jaga dan syaitan tidak boleh menyerupai diriku.” (Sahih Bukhari, juzuk ke-9, m.s. 42)

Pengakuan Ulama Mengenai Yaqazah Ibnu Arabi dalam kitabnya Fara’idul Fawa’id menulis: “Adalah harus (khususnya bagi wali Allah yang diberi karamah) untuk bertemu dengan zat Nabi SAW baik rohnya atau jasadnya kerana Rasulullah SAW seperti lain-lain nabi dan rasul, semuanya hidup bila mereka dikembalikan (kepada jasadnya) serta diizinkan oleh Allah keluar dari kuburnya.”

Dalam kitab Al Khasoisul Kubra, Imam As Sayuti dalam Syarah Muslim oleh Imam Nawawi menulis:
“Jikalau seseorang berjumpa Nabi ﷺ (dalam mimpi atau jaga), baginda menyuruh akan sesuatu perbuatan (sunat), melarang satu larangan, menegah atau menunjukkan suatu yang baik, maka tiada khilaf ulama bahawa adalah sunat hukumnya mengamalkan perintah itu.”

Ada lagi jawapan versi panjang yang menolak pandangan Dr Asri. Anda boleh baca hujahan panjang tersebut di sini kalau berminat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text