Teknologi Ruh?
Kami di dalam GISB / YKPPM telah lama menggunakan istilah teknologi ruh ini. Ianya adalah suatu penggunaan yang tepat kerana takrif teknologi itu sendiri sentiasa berkembang. Teknologi yang difahami sekarang ialah satu konsep atau metode yang berupaya memberi penyelesaian terhadap apa jua masalah manusia.
Makna Teknologi, menurut Capra (2004, 106) seperti makna ‘sains’, telah
mengalami perubahan sepanjang sejarah. Teknologi, berasal dari literatur
Yunani, yaitu technologia, yang diperoleh dari asal kata techne,
bermakna wacana seni. Ketika istilah itu pertama kali digunakan dalam
bahasa Inggeris di abad ketujuh belas, maknanya adalah pembahasan
sistematis atas ‘seni terapan’ atau pertukangan, dan berangsur-angsur
artinya merujuk pada pertukangan itu sendiri. Pada abad ke-20, maknanya
diperluas untuk mencakup tidak hanya alat-alat dan mesin-mesin, tetapi
juga metode dan teknik non-material. Yang berarti suatu aplikasi
sistematis pada teknik maupun metode.
Kita kena berani menggunakan istilah dunia moden seperti istilah teknologi ini. Dalam dunia moden masakini, teknologi digunakan secara berleluasa sehingga ramai manusia menganggap teknologi itu segala-galanya. Tidaklah salah mengaplikasi segala keupayaan teknologi sebenarnya. Apa yang tidak sepatutnya ialah mengasingkan teknologi dari Tuhan.
Bukankah Tuhan itu adalah sumber utama manusia dan apa jua yang dicetuskan manusia termasuk teknologi. Tanpa Tuhan, manusia dan teknologi tidak akan wujud. Malangnya manusia dengan kesombongannya terus mendakwa mereka pintar, cerdik dan hebat. Teknologi yang diciptakan membutakan manusia untuk tidak lagi melihat Tuhan sebagai sumber segala-galanya.
Jadi jika kita ada cita-cita Islam - untuk membela Allah dan Rasul, mari kita terus membudayakan penggunaan teknologi ruh ini. Bukankah teknologi ruh ini jauh beribu kali ganda daripada teknologi lahir. Kita boleh kata bahawa Israk Mikraj itu adalah teknologi ruh. Ianya satu pencapaian seorang manusia untuk sampai melepasi lapisan cakrawala yang ada sehingga tembus ke Sidratul Muntaha. Teknologi sains angkasa sedang terkial-kial meneroka lapisan langit yang ada. Sedangkan ruang angkasa yang jaraknya jutaan tahun cahaya berjaya dilepasi sekelip mata oleh Rasulullah SAW dengan cara teknologi ruh.
Teknologi ruh adalah anugerah Tuhan untuk para Nabi, Rasul dan para kekasih Allah. Jika kita ingin melihat Islam itu menang di atas muka bumi dan kita terpilih menjadi tenaga-tenaga pejuangnya di zaman ini, maka pilihan yang ada di depan kita ialah berusaha menjadi orang ruh!! Hanya orang-orang ruh sahaja yang dikurniakan Tuhan apa saja aplikasi teknologi ruh dalam apa keadaan yang kita perlukan. Teknologi ruh mempunyai solusi bagi setiap masalah yang kita hadapi.
Bacalah kisah di bawah untuk dapat kita kaitkan teknologi ruh dengan lehidupan seharian kita yang lain...
SOALAN:
Apa hukum meminta kesembuhan pada Nabi Muhammad SAW dan siapakah yang pernah melakukannya di sisi sahabat Nabi?
JAWAPAN:
Ibnu Umar pernah melakukan sedemikian, selain A'isyah, Bilal Al-Habsyi dan lain-lain lagi.
Hadis bukan tahap daif jiddan kerana banyak diriwayatkan oleh tabi'in dan hadis ini mauquf kepada Ibnu Umar. Dan ini juga dipersetujui sebahagian besar salafi termasuklah Muhammad bin Abdullah Wahhab dan Ibnu Taimiyyah dalam kitab berasingan.
Perlu diingatkan bertawassul atas nabi melalui selawat syifa itu bukan bidaah.
Kisah Abdullah bin Umar radiallahuanhuma Kebas Kaki
عن الهيثم بن خنس قال : كنا عند عبد الله بن عمر رضي الله عنهما فخدرت رجله فقال له رجل : أذكر أحب الناس إليك ، فقال : يا محمد ، فكأنما نشط من عقال .
Daripada Haitsam bin Khannas, dia berkata: “Kami berada di sisi Abdullah bin ‘Umar رضي الله عنهما yang sedang kebas kakinya. Tiba-tiba seorang lelaki berkata: “Sebutlah nama orang yang paling engkau cintai.” Maka Abdullah bin ‘Umar pun berkata: "Wahai Muhammad, sehingga seakan-akan dia tidak pernah sakit."
وعن مجاهد قال : خدرت رِجْل رَجُل عند ابن عباس رضي الله عنهما ، فقال له ابن عباس : أذكر أحب الناس إليك ، فقال : محمد صلى الله عليه وسلم فذهب خدره
Mujahid meriwayatkan bahawa dia melihat seorang yang kebas kaki di sisi Ibnu Abbas. Lalu Ibnu Abbas berkata kepadanya. “Sebutlah nama orang yang paling engkau cintai.” Maka orang yang sakit itu pun menyebut nama Muhammad shallallahu alaihi wasallam. Lalu rasa kebas kakinya pun lenyap."
Hadis ini boleh dirujuk dalam kitab ‘Amalul Yaumi wal Lailati (عمل اليوم والليلة) oleh ibn Sunni. Juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad sepertimana berikut:
حدثنا أبو نعيم قال حدثنا سفيان عن أبي إسحاق عن عبد الرحمن بن سعد قال خدرت رجل بن عمر فقال له رجل اذكر أحب الناس إليك فقال يا محمد
Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim dengan katanya: Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Abu Ishaq dari Abdurrahman bin Sa’d, dia berkata: Kaki Ibn Umar mengalami sakit kebas. Maka telah berkata kepadanya seorang lelaki: Sebutlah nama manusia yang paling engkau cintai. Maka Ibn Umar pun menyebut: Ya Muhammad.
Hadits ini juga disebut oleh Imam an-Nawawi di dalam kitab al-Adzkar didalam bab Apa Yang Diucapkan Apabila Kaki Kebas (باب ما يقول الرجل إذا خدرت رجله).
Turut dikeluarkan oleh Ibnu Taimiyyah di dalam kitabnya Al-Kalim al-Thoyyib (الكلم الطيب). Menyebut nama orang yang dicintai sesungguhnya dapat mengubati sakit, Insya-Allah

0 ulasan:
Catat Ulasan