Berikut dipaparkan berita yang diambil dari Utusan Malaysia Online. Blog ini akan mengulas mengenainya nanti.
Perlu idea luar biasa ahli
Oleh LUQMAN HAZIQ dan MOHAMAD FAIZAL HASHIM
utusanjohor@utusan.com.my
MUHYIDDIN Yassin bersalam dengan perwakilan UMNO semasa beliau merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan, Kota Tinggi, Johor, semalam. - MINGGUAN/AMIN FARIJ HASAN
KOTA TINGGI 16 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar semua bahagian UMNO mengemukakan idea luar biasa (wow factor) dalam usaha memastikan perjuangan parti itu terus relevan dan diterima semua lapisan rakyat.
Timbalan Presiden UMNO yang serius dengan cabaran itu turut mengumumkan tawaran RM10,000 kepada mana-mana bahagian UMNO yang dapat memberikan idea luar biasa berkenaan.
"Setiap bahagian perlu menubuhkan jawatankuasa khas bagi memikirkan secara serius idea-idea yang mempunyai 'wow factor' itu.
"Satu jawatankuasa akan ditubuhkan di peringkat Majlis Tertinggi bagi menilai idea tersebut yang inovatif dan boleh memberikan satu anjakan baharu sama ada ia mempunyai faktor itu dan boleh dilaksanakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan, di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Datuk Daing A. Malek Daing A. Rahman.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu penting kerana rakyat pada masa ini mempunyai jangkaan yang amat tinggi terhadap parti dan kerajaan.
Ditanya mengenai mengapa perkara itu perlu dilaksanakan kini, beliau berkata, banyak yang telah dibuat oleh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti pembangunan ekonomi dan sebagainya, tetapi seolah-olah itu tidak ada nilai yang besar dan penting kepada rakyat.
"Banyak yang telah kerajaan lakukan dari dulu sampai sekarang, mereka hanya iktiraf tetapi dilihat sebagai perkara biasa.
"Walaupun kita dapat mewujudkan keadaan negara yang masih stabil dan harmoni serta mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik dan mencipta peluang pekerjaan, benda macam ini macam tenggelam dengan perkara-perkara lain," katanya.
Bagaimanapun, katanya, setidak-tidaknya kerajaan masih dapat mewujudkan negara yang stabil, harmonis, mempunyai pertumbuhan dan peluang pekerjaan yang banyak untuk rakyat.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin mengingatkan semua ahli UMNO dan parti komponen BN supaya terus bekerja keras dan gigih dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Beliau berkata, UMNO dan BN kini menghadapi cabaran hebat daripada parti pembangkang dan berdasarkan maklumat yang diterimanya, parti pembangkang mempunyai gerak kerja dan perancangan yang teratur untuk menumbangkan kerajaan BN.
"Bukan nak menakut-nakutkan semua. Kita ini ada masa senang, masa sukar dan kini UMNO dan BN menghadapi zaman mencabar. Justeru, cara kita bekerja dan minda semua ahli parti tidak boleh seperti biasa.
"Kalau kita bertindak seperti biasa, kita tidak akan dapat menghadapi cabaran itu nanti. Kita harus terus bekerja keras," katanya sambil menggesa supaya UMNO dan BN turut meningkatkan usaha menarik lebih ramai ahli dan mendaftarkan mereka sebagai pengundi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14.
KREDIT UNTUK UTUSAN.COM

0 ulasan:
Catat Ulasan