Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Khazanah Umat Islam Di Bank Of England?

Imej
Berikut adalah gambar-gambar khazanah kekayaan yang didakwa sebagai milik kerajaan England. Adakah ianya merupakan kekayaan yang dirampas dari negara-negara jajahannya dulu? (dipetik dari blog PenPatah) Jongkong Emas Bank Of England Bernilai RM750 Billion (6 Gambar) Di bawaah ini ada lah gudang simpanan emas bank of England yang dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai RM 750 billion! Info tambahan: Terdapat berpuluh ribu jongkong emas yang disimpan di sini dengan setiap satunya bersaiz 28lb dan berketulenan 24 karat. Jumlah jonkong emas itu dikatakan seberat 4,600 tan. Gudang ini dibina di bawah tanah dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan raya yang sibuk di London. Ia dikatakan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle, di mana ibu pejabat Bank of England's City of London berada. Untuk fakta, apa yang anda saksikan dalam gambar-gambar di bawah ini hanyalah satu per dua puluh dari keluasan sebenar gudang emas ini. Keluasan...

Seks Haram Berleluasa di Danok, Thailand Vs Seks Suci Islam

Baru-baru ini bila aku balik kampung di Kedah, aku mengambil kesempatan ke Bukit Kayu Hitam. Kebetulan ada abangku yang menjadi peneroka di Felda Bukit Tangga - sebuah tanah rancangan Felda yang kawasan ladang getahnya meliputi kawasan di tepi pagar sempadan Malaysia-Thai .  Setelah solat dan makan tengahari di rumahnya, aku bersama keluarga bercadang membeli beberapa keperluan di Bukit Kayu Hitam sebelum balik ke Kuala Lumpur. Kami memasuki kawasan bebas cukai yang terletak hanya 150 meter dari pintu masuk ke negara Thailand.  Sementara menunggu anak-anak dan isteri-isteri meninjau barangan yang hendak dibeli di situ, aku menunggu di dalam kenderaan bersebelahan stesen teksi yang mengangkut penumpang masuk ke Thailand.  Peluang bertegur sapa dengan seorang pemandu teksi di situ membuka satu topik yang menarik: (aku petik dialog yang berlaku dalam loghat utara; semoga pembaca dapat memahaminya). “Ramai ka penumpang masuk Thai la ni” aku bertanya pemandu tek...

Kisah Remaja Perempuan Yang Celupar Mulut Terhadap Tuhan

Pagi ini Pak lang terbaca satu kisah mengerikan dalam RILEKSANTAI.COM Pak Lang paparkan di sini untuk tatapan para remaja dan siapa sahaja yang yakin dia akan mati pada bila-bila masa w alau di mana saja dia berada!! Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nas...

Benarkah UMNO Terlambat Melakukan Muhasabah? Benarkah UMNO Tidak Mampu Bangkit Semula?

 Pak Lang sebenarnya yakin, suaramuhajirin ini akan dibaca oleh orang-orang Dato Seri Najib. Ianya tidaklah mustahil jika Tuhan kehendaki kerana Dia Maha Kuasa. Pak Lang – sepertimana orang lain juga sedang sangat menunggu bilakah tarikh pilihanraya umum ke 13…. Sudah puluhan tarikh yang diramal dan dijangkakan oleh pakar-pakar dan penganalis politik. Setakat ini semuanya meleset. Dato' Seri Najib ternyata mempunyai firasatnya sendiri. Ramai menganggap Dato Seri Najib menangguhkan tarikh pembubaran parlimen kerana laporan risikan menunjukkan sokongan para pengundi masih belum memihak kepada Umno / BN. Ada pula yang mengatakan Dato; Seri Najib menangguhkannya atas beberapa alasan; a)  Situasi penyokong kerajaan di negeri-negeri dikuasai pembangkang, yang terlalu terkejut dengan kekalahan UMNO / BN pada 2008 sangat tidak memungkinkan PRU 13 disegerakan seperti amalan kebanyakan perdana menteri terdahulu. Mereka semua memerlukan masa antara 1 ke 2 tahun untuk pulih dari kejutan, ...