Social Icons

Rabu, 5 Disember 2012

Memilih Merpati Jantan Dan Betina

'Merpati dua sejoli' dan 'jinak-jinak burung merpati' adalah dua peribahasa melayu yang menggunakan merpati sebagai simbolnya. Dalam sejarah Hijrah Baginda Nabi saw, kejadian sepasang merpati membuat sarang di depan gua Tsur menjadi sebab untuk kafir Quraisy berfikir logik untuk tidak menjenguk ke bawah. Di Haramain, ada ratusan juta burung merpati yang hidup dan bersarang di setiap bangunan atau celahan batu yang 'menghutan' di setiap juzuk bumi Haramain ini. Terlalu banyaknya ia ada di mana-mana. Dan Masjidil Haram merupakan ruangan tempat tinggal merpati yang terbaik. Ianya redup, teduh, sejuk dan aman. Tentulah merpati ini melihat malaikat dan para ruh yang muqaddasah di sana setiap masa. Tetapi merpati ini juga membuang najisnya di mana-mana di dalam Masjid ini. Satu masa nanti kita akan fikirkan bagaimana menyelesaikan masalah merpati ini. Tentu ada jalannya!!

Petang tadi Pak Lang masuk ke sangkar merpati di Istana RSA. Ada lebih 6O ekor. Masuk ke dalam sangkar merpati tidak boleh banyak gerakan yang mengejutkan. Merpati akan terbang! Masalahnya masa terbang dalam keadaan panik dan terkejut tu memang banyak yang terberak....Pak Lang tegak berdiri macam patung-patung 30 minit di dalam tu.

Tujuannya apa? Oh! sedang mengkaji dan mengenali mana satu jantan betinanya. Yang jantan nak dipindahkan ke sangkar baru bersekali dengan ayam kampung (ni macam pelajar kita pindah asrama la!). Yang betina nak di kekalkan di sangkar lama. Opp! maksudnya bukanlah pindahkan yang jantan tu kesemuanya. Tinggalkan beberapa ekor saja sebagai pejantan (penyambung generasi la maksudnya).

Mengikut petua orang-orang yang membela merpati di tanah air, membezakan dua jantina merpati bukannya mudah. Ianya kena dilatih dengan memperdalam memerhati struktur tubuh, warna, tabiat dan lain-lain. Jadi petang tadi Pak Lang 'mencemar duli' masuk bermesra dengan 60 ekor merpati ni.

Bila kita masuk tanpa banyak gerakan yang mengejut, merpati akan rasa tenang, menerima kehadiran kita sebagai 'kawan'; bukan musuh. Pak Lang boleh menghampiri sedekat sejengkal pun dia tak terbang. Ringkas cerita, banyaklah maklumat hasil pemerhatian sebegini yang Pak lang dapat.

Bila digabungkan dengan maklumat para penternak merpati yang berpengalaman maka inilah beberapa panduan memilih jantan dan betinanya;
      Merpati Jantan: Biasanya tubuh jantan lebih besar, bulunya lebih berkilat dan menarik.     
      Paruhnya lebih tebal dan sedikit pendek, manakala bahagian lehernya juga lebih besar. Ini
      agak mudah ketara kerana jantan lebih suka diam dalam keadaan memendekkan
      lehernya. Bahagian temboloknya kelihatan besar. Merpati betina lebih banyak tercangak-
      cangak, memanjangkan leher dan agak 'galak'. Pak Lang perhatikan bahagian kaki agak
      mudah di kenal. Itu pun berpandukan tanda-tanda yang telah diberi, dapat dilihat yang
      jantannya lebih merah warna kakinya. Kaki merpati betina lebih pucat warna merahnya
      bahkan menghampiri kelabu.
      Jadi untuk merpati betina secara umumnya adalah berlawanan bagi ciri yang jantan. Paruh
      betina agak nipis dan sedikit panjang. (ini pun susah membezakannya; kena pegang dan
      tengok dari dekat baru ketara). Bulu merpati betina lebih kusam warnanya. Jika hendak
      melihat leher pun rasanya sukar membezakannya kerana ianya mudah berubah mengikut
      gaya dia melentukkan kepalanya.

      Pada Pak lang, mudahnya ketika sudah dapat ditangkap. Pertama, masa pegang
      badannya, kita sudah tahu besar atau kecil. Kemudian lihat pula bahagian paruhnya. jika
      meruncing panjang dan nipis, maka itu betina. Kalau paruhnya agak tebal dan sedikit
      pendek, maka itu jantan lah (rasanya la sebab belum jadi pakar merpati lagi ni!!). Dan
      akhir sekali tengok pula kakinya. warna merah terang atau merah kusam / kelabu.

Selain itu, meneka jantan betina dari jauh pun boleh iaitu biasanya merpati berpasang-pasang. Yang mengganggu itu jantan, yang diganggu itu betina. Yang kepalanya banyak kena patuk itu sehingga tercabut bulu kepalanya itu adalah betina. Yang kepalanya bersih kemas itu adalah jantan. Yang kuat berbunyi dan bernyanyi adalah jantan. Tapi ini pun sukar nak lihat sebab suaranya muncul dari dalam, tidak dapat lihat mulutnya dibuka tutup masa menyanyi. Tapi meneka dari jauh ni agak sia-sia juga sebab bila kita mendekat, dia akan terbang lalu bercampur dengan yang lain. Sudah serupa pula keadaannya.

Satu lagi yang mudah nak dilihat jika kita perhatikan aktiviti sibetina. Ketika dia nak bertelur, dia akan aktif mengumpulkan ranting-ranting kecil, dedaun kering untuk dibuat sarang tempat dia akan bertelur. Dia akan mengangkut dengan paruhnya satu persatu. Ranting kayu kecil yang ringan itu di susun dengan baiknya sehingga membentuk separa bulat yang ber'lopak' di tengahnya. Kemudian barulah di'jalin'kan di atasnya daun-daun kering seperti daun lalang dan sebagainya,

Untuk merpati dalam sangkar ini, kami akan cuba buatkan 'ranting kayu' dan 'daunan kering' yang banyak menggunakan kertas kotak. Kami akan serakkan di dalam sangkar supaya merpati betina yang hendak bertelur mengutipnya untuk dibuat sarang. Menjadi atau tidak, kami akan tengok esok. Tapi untuk membolehkan dia buat sarang sebegitu, rumah flatnya kena dibuat lebih banyak tapi kali ini dibuat lebih kecil. Muat setiap satunya untuk seekor. Jika tidak mereka hilang tempat tinggal. Sentiasa ada gangguan dan tempatnya diambil merpati yang lain. Semoga RSA izinkannya berhasil.

Nanti Pak Lang akan cuba belajar bagaimana nak bantu merpati betina bertelur. Insya Allah!!. Jumpa lagi.








0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text