Pagi ini Pak lang terbaca satu kisah mengerikan dalam RILEKSANTAI.COM
Pak Lang paparkan di sini untuk tatapan para remaja dan siapa sahaja yang yakin dia akan mati pada bila-bila masa walau di mana saja dia berada!!
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan
cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi
di wilayah Iskandariah.
Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu,
ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya
jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta
agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya
menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan
agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu
hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat
sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah
kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas
menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak
kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal
berada di syurga atau neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris
perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat
itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil
melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan
bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong
tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah
dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan
daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan
perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada
yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak
menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka
tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih
teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu
bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak
sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik
kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui
Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.
Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang
menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu
terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan
jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa
jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah
dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan
kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh
tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat
itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa
gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka
dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas
segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah
benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum
Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata
kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari
ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah
kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi
kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan
menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang
bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan
Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti
anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang
sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh
majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara
anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu
prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak
di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh
yang pemilik yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah
s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi
hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa
memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan
agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan
diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini
berada di perantauan sana.
0 ulasan:
Catat Ulasan