Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Bukan Mudah Berlakon - Lebih Parah Di Depan Kaabah

Imej
Pak Lang paparkan petikan dari sebuah blog KLIK DI SINI ; renung-renungkanlah... Neelofa, pelakon "Tersalah Cinta" permain Tanah Suci Drama Tersalah Cinta lakonan Neelofa cemar kesucian Tanah Suci! Subhanallah! Ada orang alim pesan, kalau berada di Tanah Suci baik Mekah mahupun Madinah, kita tak boleh mengata orang, bermulut celupar, mempermainkan doa dan sebagainya sebab ia dianggap mencemar kesucian bumi Allah dan bumi Ambia' dan selalunya Allah akan bayar cash atas apa yang kita buat dan minta di sana. Tapi bila aku tertengok drama Tersalah Cinta lakonan Neelofa dan Aqasha kat TV3 hari tu (tayangan sempena Aidiladha) aku geleng kepala. Siapalah penulis skrip dan pengarah drama ini. Nampak sangat mereka ni tak jaga nama baik Tanah Suci Mekah dan Madinah dan mempermainkan amal ibadah. Paling ketara apabila mereka berdoa di depan Kaabah. Kalau para pelakonnya berdoa betul-betul tak apalah. Tapi kalau sedang berlakon dan dirakam dalam kamera, apakah ia betul-...

Keretapi Musim Haji - Hanya Beroperasi 5 Hari Setahun

Imej
Inilah perkhidmatan keretapi paling unik di dunia. Ianya hanya beroperasi 5 hari dalam setahun iaitu sepanjang ibadah haji dilaksanakan oleh umat Islam setiap tahun. Kemudahan ini disediakan semata-mata untuk jemaah haji yang berkumpul di Atafah, Muzdalifah dan Mina bermula 9 hingga 13 ZulHijjah. Saksikanlah paparannya 

Projek Keretapi Halaju Tinggi Al-Haramain

Imej
Kedua-dua tanah suci Mekah dan Madinah terus mengalami perubahan dan pembangunan pesat. Projek bertaraf mega terus menerus muncul tanpa henti. Ianya terpusat pada program perluasan Masjidil Haram yang sentiasa berlaku dari masa ke semasa. Yang terkini ialah pembesaran mega ke atas Masjidil Haram melibatkan sebahagian besar kawasan kota Mekah yang sedia ada. Projek hiliran lain seperti perhotelan, penempatan dan pengangkutan turut terseret di'mega'kan. Dari sudut pengangkutan, kota suci Mekah dan Madinah dijangka akan mempunyai jaluran keretapi terpantas pada tahun hadapan. Ianya adalah projek keretapi halaju tinggi Al Haramain sepanjang 450 kilometer yang akan menyambungkan Kota Suci Mekah dan Madinah. Projek ini dibina bertujuan memastikan pengangkutan awam yang efisien terutama ketika umat mengerjakan haji dan umrah.  Selain berhenti di Mekah dan Madinah, kereta halaju tinggi ini akan melewati Jeddah dan juga Rabigh. Kos pembinaannya dianggarkan mencecah USD 10.7 billion ...

Projek Mega Di Tanah Suci - Pembesaran Masjidil Haram

Imej
Kerajaan Arab Saudi telah memulakan projek mega pembesaran terbesar Masjidil Haram di Mekah. Ianya adalah untuk meningkatkan kapasiti jemaah - sehingga dikatakan mampu menampung jemaah seramai 10 juta orang. Setakat ini belum dapat dipastikan kos sebenar bagi penambahan ruang 400,000 meter persegi di masjid yang bersejarah ini. Jangka masa projek akan berjalan juga belum dapat dipastikan kerana ianya melibatkan fasa demi fasa yang setiap satunya tidak dapat dijangka. Masjidil Haram adalah tarikan utama bagi lebih dari 6 juta jemaah yang memasuki Mekah setiap tahun. Projek pembesaran ini dikatakan sebagai anak kunci utama program transformasi memodenkan salah satu kota tertua di rantau ini. Pembangunan selepas itu adalah pemodenan berterusan terhadap kota Mekah yang akan menyaksikan tumbuhnya bangunan pencakar langit, jalinan jalan keretapi serta sistem jalan raya yang lebih tersusun. Adalah dijangkakan Mekah akan mempunyai lebih 130 buah bangunan pencakar langit tidak lama lagi. Mas...

Lihatlah Kenyataan Ini - Tanyalah Diri Apa Peranan Kita Menanganinya - Sekurang-kurangnya Untuk Menyelamatkan Anak Cucu Kita!!

Imej
Pak Lang paparkan maklumat mengenai ma salah zina yang semakin berleluasa. Ianya di ambil dari blog Kaunselingsyarie. Sila Klik DI SINI STATISTIK KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH 2006-2010 SELURUH MALAYSIA: UNTUK RENUNGAN BERSAMA Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkaitan kelahiran anak luar nikah telah mengemparkan ramai pihak. Perkara ini secara nyata menjelaskan negara sedang berhadapan dengan kemelut isu sosial yang amat tenat.  Kelahiran anak luar nikah merupakan ’outcome’ akhir gambaran natijah kegagalan sistem sosial kita samada berkaitan institusi keluarga, pendidikan, perundangan, aspek kegamaan dan lainnya. Data statistik berikut menunjukan masalah gejala kelahiran anak luar nikah mengikut bangsa yang dilaporkan dalam tempoh lima tahun (2006-2010);          Statistik Anak Luar Nikah Mengikut Bangsa (2006-2010) TAHUN 2006 2007 2008 2009 2010 ETNIK MELAYU 13545 16100...

Nas-nas Tentang Kemuliaan Dan Keutamaan Kota Mekah

Umat Islam mempunyai dua tanah haram iaitu Mekah dan Madinah. Kedua-duanya merupakan semulia-mulia tempat di atas muka bumi dan seafdhal-afdhal tempat untuk berdoa dan bermunajat. Setiap muslim mengimpikan untuk sampai menjejakkan kaki di sini. Samada untuk mengerjakan ibadah haji ataupun umrah, kerinduan untuk sampai pada kedua-duanya tetap besar, terutama bagi mereka yang pernah merasakan nikmat dan indahnya menjadi tetamu Allah.   Keutamaan Mekah, jelas dipaparkan di dalam Al-Qur`an dan sunnah Rasulullah saw. Kota Mekah tidak seperti kota-kota lain di atas bumi ini. Kota ini menyandang kemuliaan dan kehormatan, yang tidak mampu digugat oleh tempat lainnya. Berikut beberapa dalil yang menunjukkan kemuliaan kota Mekah; 1. Allah swt telah menetapkan Mekah sebagai kota suci, yakni sejak penciptaan langit dan bumi. Nabi saw bersabda pada hari penaklukan kota Mekah : إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَّمَهُ اللَّهُ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِل...

Apa Yang Patut Dibuat Bila Terjumpa Barang Berharga di Tanah Suci Atau Di Mana Saja

Sepanjang mengendalikan jemaah umrah di tanah suci Mekah ini, Pak Lang bertemu dengan ramai insan yang berbagai ragam. Menariknya kerana dapat berjumpa dengan saudara mara dari Kedah, Perak atau Kelantan. Secara kebetulan mereka berada dalam pakej yang kami kendalikan. Apabila sudah berhari-hari bersama mereka, ramailah yang mendekati kami bertanyakan masalah, kemusykilan hukum hakam dan panduan kehidupan.  Paparan ini, Pak Lang bawakan satu kisah menarik untuk diambil iktibar.  Ada seorang Pak Cik, menceritakan pengalamannya diuji Tuhan dengan peristiwa yang tidak dialami sebelum ini. Ketika baru turun dari hotel, hendak menuju ke MasjidilHaram bagi menunaikan solat Maghrib, entah bagaimana dia terpandang 'sesuatu' di bawah sebuah kereta. 'Benda' itu berupa seketul berbentuk empat persegi bujur yang tebal. Mungkin lebih dari 5 inci tebalnya.  Pak Cik ini pun bertinggung di tepi kereta tersebut. Benda itu hanya berada sejengkal dari luar. Terletak hampir denga...

Ujian Ketika Umrah - Duit Yang Datang Setelah Yang Lain Diuji Duitnya Hilang

Semalam ada seorang abang (Pak Lang namakannya sebagai "Man") menghampiri Pak Lang selepas sarapan pagi. Dia menceritakan satu kejadian yang terjadi pada hari sebelumnya.  Katanya, "Ustaz, saya ada hal nak tanya sikit."  Pak Lang pun membetulkan duduk dan bertanya kembali, "Ada kemusykilan apa?"   Man pun bersuara separuh berbisik, "Sebenarnya saya rasa saya sudah tersilap langkah Ustaz!"   Pak Lang memerhati air muka Man. Ada raut rasa serbasalah pada wajahnya. Persoalannya masih samar-samar. Tetapi tanpa menunggu apa-apa respon dari Pak Lang, Man terus menyambung, "Ceritanya begini, semalam saya minta seseorang untuk tolong menukarkan wang Ringgit Malaysia  (RM) ke Saudi Rial (SR). Tidak lama selepas itu, dia pun pulang membawa wang serta resit tukaran wang tersebut. Rasanya kawan yang baru saya kenal itu tidak memeriksa wang yang diberikan."  Pak Lang makin teruja. Man masih belum menceritakan masalah sebenar. Rasa t...