Social Icons

Ahad, 24 Februari 2013

Projek Mega Di Tanah Suci - Pembesaran Masjidil Haram




Kerajaan Arab Saudi telah memulakan projek mega pembesaran terbesar Masjidil Haram di Mekah. Ianya adalah untuk meningkatkan kapasiti jemaah - sehingga dikatakan mampu menampung jemaah seramai 10 juta orang.

Setakat ini belum dapat dipastikan kos sebenar bagi penambahan ruang 400,000 meter persegi di masjid yang bersejarah ini. Jangka masa projek akan berjalan juga belum dapat dipastikan kerana ianya melibatkan fasa demi fasa yang setiap satunya tidak dapat dijangka.

Masjidil Haram adalah tarikan utama bagi lebih dari 6 juta jemaah yang memasuki Mekah setiap tahun. Projek pembesaran ini dikatakan sebagai anak kunci utama program transformasi memodenkan salah satu kota tertua di rantau ini. Pembangunan selepas itu adalah pemodenan berterusan terhadap kota Mekah yang akan menyaksikan tumbuhnya bangunan pencakar langit, jalinan jalan keretapi serta sistem jalan raya yang lebih tersusun. Adalah dijangkakan Mekah akan mempunyai lebih 130 buah bangunan pencakar langit tidak lama lagi.

Masjidil Haram yang binaannya mengelilingi Kaabah, telah wujud berabad-abad sebelum kedatangan Rasulullah saw sebagai Nabi dan Rasul di akhir zaman. Di zaman Baginda. Masjidil Haram dan Kaabah dibersihkan dari segala jenis berhala dan patung penyembahan orang-orang musyrikin. Tegaklah masjid ini sehingga kini dengan melalui pelbagai bentuk perubahan, pengubahsuaian serta pembesaran.

Projek pembesaran yang terakhir ini akan termasuk pembinaan jejambat mega bagi pejalan kaki serta mempunyai lebih ruang teduh untuk melindungi jemaah dari matahari. Kerajaan Arab Saudi telah melabur berbilion-bilion dolar pada tahun-tahun kebelakangan ini dalam usaha memberikan keselamatan dan keselesaan bagi berjuta-juta jemaah haji dan umrah.

Kesesakan lalu lintas di Mekah merupakan suatu yang sangat diperkatakan terutama ketika bulan Ramadhan dan musim haji. Untuk itu, satu rangkaian perkhidmatan keretapi berharga $1.8 bilion telah dilancarkan pada tahun lepas bagi menghubungkan lokasi di sekitar Mekah. Ianya diharapkan mampu memberi keselesaan terbaik dalam sektor pengangkutan awam. Manakala satu lagi projek iaitu Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Haramain yang akan menghubungkan bandar-bandar suci Mekah dan Madinah dan lain-lain bandar utama sudah pun dilancarkan.

Paparan ini Pak Lang ketengahkan supaya kita sedar bahawa 'sesuatu' sedang terjadi di Haramain. Dunia sedang diajak untuk melihat dan memerhatikan Haramain. Apakah yang sedang berlaku di sini sebenarnya?

Dalam Tahun 2020, Masjidil Haram dikatakan akan dilihat seperti berikut... Betulkah??


Menyedihkan kita ialah kepercayaan yang telah diberikan kepada 2 syarikat yahudi bagi merencanakan kerja-kerja yang sangat mulia ini. Kenapakah mereka tergamak 'menyerahkan' Masjid dan rumah Allah ini di tangan musuh-musuh Allah?

Foster + Partners  dan Atkins adalah nama-nama terkenal dunia dalam binaan pembinaan infrastruktur mega. Keberadaan mereka dalam projek raksaksa ini sangat-sangat mencurigakan dan membimbangkan kita!!

 

 


 
 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text