Tentang Perjanjian Hudaibiah ini, Ibnu Hisyam meriwayat kan dari Ibnu Ishaq dari Az Zuhri :
ما فتح في الإسلام فتح قبله كان أعظم منه
Belum berlaku
futuh dalam Islam sebelum Hudaibiah ini Futuh yang lebih besar darinya
Namun sebelum kemenagan ini jelas dia telah menjadi ujian kepada Umat
Islam. Peristiwa ujian ini berlaku pada tahun keenam Hijrah dan pada akhir
tahun keenam Hijrah ini berlaku satu peristiwa dan ujian besar lagi kepada umat
Islam waktu itu iaitu peristiwa Perjanjian Hudaibiah. Ujian ini
merupakan kunci dan muqaddimah kepada pembukaan Mekah dan kemenagan Umat Islam
di Jazirah Arab. Pada bulan Zulkhaedah Rasulullah Saw membuat pengumuman kepada
semua Umat Islam bahawa Rasulullah Saw mahu mengerjakan Umrah ke Mekah, barangsiapa
yang mahu mengikut Rasulullah Saw boleh bersiap siap. Ketika itu yang bersedia
untuk ikut Rasulullah Saw hanyalah Muhajirin dan Ansar dan beberapa orang dari
kabilah lain secara peribadi kerana hubungan antara Umat Islam dan orang Mekah
masih tegang dan mungkin boleh berlaku peperangan lagi. Ketika itu seramai 1400
orang lelaki keluar dengan Rasulullah Saw untuk mengerjakan Umrah. Rasulullah
Saw juga bawa sekali bersama mereka binatang ternakan untuk korban, binatang
yang tak ditunggang. Rasulullah Saw bawa bersama 70 ekor unta.
Orang munafik semuanya tak
keluar melainkan seorang, menurut sejarah namanya Al Jad bin Qais. Yang lain
semua takut, bagaimana Rasulullah Saw keluar kepada musuhnya tampa persiapan
perang. Mereka akan membunuh Rasulullah Saw dan umat Islam. Sebagai berjaga
jaga, Rasulullah Saw bawa juga senjata tapi dibawa diatas unta bukan dipakai
oleh orang orang Islam. Bila mana Rasulullah Saw sampai di Zulhulaifah yang
hari ini dipanggil Bir Ali, yang berada tujuh batu lebih dari pusat Madinah.Di
situ Rasulullah Saw pakai Ihram. Sampai berita kepada Kafir Quraisy di Mekah.
Kata mereka kita tak akan benarkan Rasulullah Saw masuk walaupun dengan tujuan
Umrah. Jarak dari Madinah ke Mekah kira kira 450 batu itu, Rasulullah Saw
berjalan dalam keadaan Ihram. Kafir Quraisy sudah siap menunggu mereka dengan
tentera diluar mekah iaitu di sempadan tanah Haram. Mereka tiunggu diluar
kawasan haram kerana kalau Rasulullah Saw dan orang Islam sudah masuk ke
kawasan Haram, mereka tak boleh lagi memerangi Rasulullah Saw dan mengeluarkan
Rasulullah Saw. Memang sejak jahiliyah lagi mereka menghormati tanah Haram
kawasan sekitar Kaabah yng tak boleh mencabut pokok didalamnya, tak memburu
bintang didalamnya apa lagi nak berperang dikawsannya.
Jadi tentera Kafir Quraisy
sudah bersedia dan mereka telah berikrar tak akan membenarkan Rasulullah Saw
masuk ke Mekah dengan apa alasan sekalipun. Tak semua pemimpin Kafir Quraisy
keluar dalam tentera ini. Abu Sufyan tak ikut sekali, pasukan berkuda mereka
dipimpin oleh Saidiuna Khalid Al Walid yang belum Islam lagi pada waktu itu.
Bila Rasulullah Saw dan tentera Islam sampai di Rauha’ 73 batu dari Madinah
Rasulullah Saw menghantar Saidina Abu Qatadah Al Ansari yang tidak ihram ketika
itu, bersama sekumpulan Sahabat Rasulullah Saw ke Ghaikhah di tepi pantai Laut
Merah kerana ada berita mengatakan Kafir Quraisy menghantar pasukan serang
hendap mereka kesitu. Mereka bertemu semula dengan Rasulullah Saw di As Suqya
180 batu dari Madinah.
Bila sampai di Zul Hulaifah
Rasulullah Saw menghantar Rasulullah Saw menghantar seorang perisik baginda
dari Bani Khuzaah yang namaya Bisyr bin Sufyan untuk mengambil berita dari
Mekah. Rasulullah Saw menruskan perjalanan sampai ke Gahdir Al Asytat. Disitu
Bisyr bin Sufyan tealh pulang semula membawa berita Kafir Quraisy bahawa tentera Kafir Quraisy telah keluar
menunggu Rasulullah Saw diluar Mekah dengan memakai kulit harimau. Orang Qurasiy
ini kalau mereka pakai kulit Harimau itu tanda mereka akan berperang. Mereka
berazam menyekat Rasulullah Saw dari masuk ke Mekah. Kata Rasulullah Saw :
يا ويح قريش يا ويح قريش ما ضرهم لو تركوني
Alangkah
kerasnya Kafir Quraisy ini, mereka tidak akan rugi kalau mereka benarkan aku
Ketika itu Rasulullah Saw
bertanya kepada para Sahabat yang bersamanya, siapa dikalangan kamu yang boleh
menunjukkan jalan yang kita boleh sampai kebelakang tentera Kafir Quraisy. Ada
salah seorang dari mereka tahu jalan itu dan memang akhirnya Rasulullah Saw dan
para Sahabat sampai ke mekah dibelakang tentera Kafir Quraisy dan Rasulullah
Saw sedang menuju ke Haram. Sehingga mereka sampai ke alamat tanah Haram, hanya
beberapa langkah lagi mereka masuk ketanah haram, disitu unta Rasulullah Saw
berhenti dan duduk tanpa Rasulullah Saw memberhentikannya. Rasulullah Saw cuba
supaya dia berjalan semula tetapi dia tak mahu jalan. Ada Sahabat yang berkata,
telah berlaku sesuatu yang buruk pada unta ini. Kata Rasulullah Saw, tidak,
tapi yang menghalangnya ialah yang menghalang tentera Gajah. Maka Rasulullah
Saw perintahkan semua Umat Islam berhenti disitu, iaitu diluar tanah haram
iaitu dikawasan yang tak selamat
Rasulullah Saw berhenti di Hudaibiah
Para Sahabat
datang kepada Rasulullah Saw, wahai Rasulullah Saw kita berhenti ditempat yang
tak ada air dan bekalan air kita sudah habis. Yang tinggal hanya air yang ada
pada Rasulullah Saw, itupun hanya cukup untuk berwudhuk. Rasulullah Saw Tanya,
ada tak perigi disitu, kata mereka, ada satu saja tapi tak ada air. Rasulullah
Saw ambil wuduk disitu, dengan kenerkatan air wudhuk Rasulullah Saw itu telaga
itu menjadi ada air.
Kemudian Rasulullah Saw bersabda :
والله لا تدعني قريش إلى خطة يسألوني
فيها صلة الرحم إلا أعطيتهم إياها
Demi Allah
kalau Kafir Quraisy mengajak aku kepada satu perancangan yang berlaku padanya
menyambungkan silaturrahim, aku akan mempersetujuinya
Rasulullah Saw berhenti disitu dengan niat ini
kerana Rasulullah Saw yakin, Allah yang menegah baginda dari memasuki Mekah.
Ketika itu juga berita telah sampai kepada Kafir Quraisy bahawa Rasululllah
telah melepasi mereka dan Rasulullah Saw hampir memasuki kawasan Haram.
Berita ini sangat mengejutkan mereka bahkan menakutkan mereka kerana kalau
Rasulullah Saw sudah masuk ke kawasan Haram,satu masalah besar bagi mereka.
Mereka segera bergerak kearah tanah Haram, tiba tiba mereka mendapati
Rasulullah berkhemah hanya beberapa langkah diluar tanah Haram. Mereka
terkejut kerana Rasulullah Saw tak masuk ketanah Haram sedangkan kalau
Rasulullah Saw nak masuk Rasulullah Saw sudah boleh masuk. Apa yang Rasulullah
Saw mahu?.Jadi mereka juga berkhemah tak jauh dari situ. Mereka pelik kerana
kalau Rasulullah Saw nak melakukan Umrah tentu Rasulullah Saw sudah masuk
kedalam tanah Haram. Apakah Rasulullah Saw nak perang, Rasulullah Saw bawa
senjata tapi Rasulullah Saw dan tentera Islam semuanya pakai Ihram.
Kafir Quraisy mahu memastikan dari Rasulullah Saw, mereka hantar seorang
pemimpin Khuzaah yang ikut serta bersama mereka, namanya Budail bin Warqa’.
Budail ini ada rumah di Mekah. Budail datang bertemu dengan Rasulullah Saw, dia
Tanya,apa tujuan Rasulullah Saw datang. Kata Rasulullah Saw, kami datang untuk
umrah dan lihatlah binatang korban yang kami bawa. Kata Budail, kamu juga
membawa senjata? Kata Rasulullah Saw, wahai Budail, kami juga takut kami
dikhianati. Kalau kami diserang apa kami nak buat? Budail berpuas hati dengan
jawapan Rasulullah Saw. Budail memberitahu Kafir Quraisy apa dia dengar dari
Rasulullah Saw tapi mereka belum berpuas hati, mereka hantar wakil dari Kafir
Quraisy pula, namanya Makraz bin Hafs.
Dia datang ketempat orang Islam jalan kaki dia hanya tengok tengok dari
jauh dan pulang semula ketempat Kafir Quraisy. Rasulullah Saw bila nampak
Makraz ini, kata Rasulullah Saw, dia ini pengkhianat. Makraz ini bila pulang ke
Kafir Quraisy, katanya mungkin mereka nak buat umrah mungkin juga mereka nak
perang kerana mereka juga bawa senjata. Kafir Quraisy belum berpuas hati kerana
Makraz ini hanya melihat dari jauh, dia tak berjumpa terus dengan orang Islam.
Mereka hantar seorang wakil lagi. Seorang dari dari pemimpin Ahabish, Hulais
bin Alqamah yang ikut serta bersama tentera Kafir Quraisy. Bila Rasulullah Saw
nampak dia, Rasulullah Saw berkata dia ini adalah orang yang sangat membesarkan
binatang yang akan dikorbankan di Kaabah. Bila dia makin dekat Rasulullah Saw
perintahkan orang Islam tarik unta unta yang akan dikorbankan itu didepannya.
Bila Hulais melihat unta unta yang ada tanda kahs untuk dikorbankan ini dia
berpatah balik kerana sudah ada jawapan kepadanya bahawa Rasulullah Saw dan
orang Islam datang untuk Umrah. Dia pun
beritahu Kafir Quraisy bahawa Rasulullah Saw datang untuk umrah kerana dia
lihat sendiri unta unta yang telah ditanda khas untuk dikorbankan. Kata Kafir
Quraisy padanya, engkau ini badawi, engkau tak faham. Marah hulais ini
kepada Kafir Quraisy, katanya :
والله ما على هذا عاهدناكم يا معشر
قريش, أيصد عن بيت الله من جاء معظما له, والله إن لم تدعوه وتخلوا بينه وبين
الكعبة لأنفرن عليكم بالأحابيش
Demi Allah,
ini bukan yang kita sepakati bersama, apakah disekat orang yang
Untuk membesarkan Baitillah. Demi Allah kalau
kamu semua menghalangnya dari Kaabah, aku akan bawa semua kabilah Ahabish untuk
memerangi kamu.
Qurasiy cepat cepat meredakan Hulais ini dan berjanji akan memastikan
lagi apa sebenarnya yang Rasulullah Saw mahu.
Kisah Urwah bin Masuud
Mereka hantar pula Urwah bin
Masuud Assaqofi pemimpin Thaif yang ikut bersama tentera Kafir Quraisy kerana
dia juga sedang berada di Mekah ketika itu. Urwah ini sebelum dia pergi, dia
minta jaminan Qurasiy dulu bahawa mereka akan menerima berita yang dia bawa
kerana dia melihat Kafir Quraisy sudah menghantar beberapa orang wakil tapi
semuanya mereka tak percaya bahkan ada yang mereka perlecehkan pula. Urwah bin
Masuud ini salah seorang pemimpin Arab yang sangat dihormati. Ketika orang
kafir menolak Rasulullah Saw dan bertanya Allah kenapa tak diangkat menjadi
Nabi salah seorang dari dua pemimpin Arab yang sangat disegani, mereka maksudkan
dua orang Al Walid bin Mughirah dari mekah dan Urwah bin Masuud ini dari Thaif,
inilah kedudukan Urwah dalam masyarakat Arab ketika itu. Dengan itu mereka
memberi jaminan bahawa mereka tak akan menolak berita yang dia bawa nanti.
Urwah ini telah membuat perancangan bagaiman dia nak mengetahui hal yang
sebenarnya, dia berazam akan membentak orang Islam, kalau mereka melayannya
dengan kasar, itu tanda mereka nak perang tapi kalau mereka tetap melayannya
dengan lemah lembut, itu tanda mereka nak Umrah. Urwah datang dan masuk bertemu
dengan Rasulullah Saw dengan pakaian perang dan senjatanya, dia tak mahu buka.
Jadi sebagai berjaga jaga Rasulullah Saw juga bawa pengawal khas baginda iaitu
Saidina Al Mughirah bin Syu’bah yang juga berpakaian perang dan bersenjata
lengkap berada dibelakang Rasulullah Saw. Saidina Mughirah ini dari Assagqofi
juga, dia adalah anak saudara Urwah ini. Tapi Urwah tidak mengenalinya sebab
dia pakai baju besi lengkap, yang nampak hanya matanya. Urwah duduk didepan
Rasulullah Saw, katanya, wahai Muhammad, apakah kamu datang untuk memasuki
Mekah dengan kekerasan. Kata Rasulullah Saw, aku datang untuk melakukan Umrah.
Kata Urwah lagi, wahai muhamad, kalau kamu datang untuk berperang, jangan kamu
tertipu dengan tentera kamu, kalau berlaku perang mereka semua akan
meninggalkan kamu. Ketika itu Saidina Abu Bakar tak boleh diam lagi, dia bangun
menjawab Urwah dengan keras, kata Saidina Abu Bakar, apakah kami akan
meninggalkan Rasulullah Saw. Demi Allah kami tak akan membiarkan Rasulullah
Saw. Rasulullah Saw tenangkan Saidina Abu Bakar kerana Rasulullah Saw tahu Urwah
sengaja mahu menimbulkan kemarahan orang orang Islam. Kerana kerasnya jawapan
Saidina Abu Bakar, Urwah berpaling kepadanya dan berkata, kalau bukanlah kerana
kamu pernah berjasa kepadaku nescaya kau akan balas penghinaan kamu kepada aku
itu dengan lebih keras lagi. Tapi perkara itu berhenti setakat itu, bila Rasulullah
Saw menenangkan suasana.
Kemudia Urwah meneruskan lagi strateginya, dia hulurkan tanganya untuk
memegang janggut Rasulullah Saw, ketika itu Saidina Mughirah pula tak dapat
menahan kesabarnnya, dia tepis tangan Urwah itu dengan pedang. Urwah menjadi
takut, tangannya ditepis dengan pedang, terus dia Tanya siapa ini, orang yang
sangat keras ini, aku hanya nak bercakap dengan kamu wahai Muhammad. Kata
Saidina Mughirah, jauhkan tangan kamu dari Rasulullah Saw, kalau tidak tangan
kamu tak akan kembali semula kepada kamu. Terkejut lagi Mughirah, dia Tanya
lagi, siapa ini. Rasulullah Saw tersenyum dan bertanya Urwah, apakah kamu tak
kenal dia. Kata Urwah, aku tak kenal. Kata Rasulullah Saw, ini anak saudara
kamu, Al Mughirah Bin Syu’bah. Kata Urwah, wahai orang yang khianat, bukankah
kamu baru semalam saja membersihkan kemaluan kamu. Al Mughirah ini ada
ceritanya, dia ikut rombongan Bani Malik pergi mengadap Muqauqas raja Mesir.
Oleh kerana dia seorang yang keras dan tak menjaga adab dengan Muqauqas orang lain
semua dapat hadiah dia tak dapat. Dalam perjalanan pulang ketika rombongan Bani
Malik seramai 13 orang ini sedang tidur, dia bunuh mereka semua dan ambil harta
mereka semua. Dengan itu Bani Malik minta pada Bani Saqif supaya diserahkan
Mughirah kepada mereka, kerana dia salah seorang pemimpin dari Bani Tsaqif
mereka tak mahu menyerahkannya. Akhirnya masing masing siapkan tentera nak
berperang. Ketika itu salah seorang Ahli Hikmah Arab datang menasihati Urwah
ketua Bani Saqif supaya membayar duit kepada Bani Malik dan menyelamatkan
kaumnya dan Bani Malik dari peperangan. Urwah setuju, dengan itu selamat kedua
belah pihak.
Al Mughirah ketika itu lari ke Madinah membawa harta yang dirampasnya
takut diambil oleh Bani Tasaqif, bila sampai di Madinah, dia tertarik dengan
Islam dan masuk Islam. Rasulullah Saw terima Islamnya tapi Rasulullah Saw
perintahkan dia pulangkan semula harta Bani Malik. Sebab itulah Urwah bercakap
begitu kepada Saidina Al Mughirah ini.
Kata Saidina Al Mughirah, ini Rasulullah Saw, walaupun semua yang kamu
lakukan untuk aku itu tapi aku tak benarkan kamu mempermainkan Rasulullah Saw.
Begitulah kecintaan para Sahabat kepada Rasulullah Saw. Pada ketika itu masuk waktu sembahyang, Saidina Bilal bangun dan azan. Rasulullah Saw bangun berwhuduk,
ketika itu Urwah masih duduk dan memerhatikan Rasulullah Saw dan orang orang
Islam. Bila Rasulullah Saw berwudhuk, para Sahabat berkumpul dekat Rasulullah
Saw, setiap titik air wudhuk Rasulullah Saw dikutip oleh Sahabat dan mereka
sapu badan mereka, Rasulullah Saw meludah ada yang tahan dan sapu ludah
Rasulullah Saw kebadannya. Dia lihat Rasulullah Saw dan para Sahabat
bersembahyang dalam barisan dan pergerakan yang sangat rapi dan tersusun.
Dengan itu dia tak menyambung lagi perbualannya, cukup baginya, dia pulang
kembali kepda Kafir Quraisy dan berkumpul dengan pemimpin pemimpin Kafir
Quraisy.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Ini satu pemandangan yang jelas bagaimana sayangnya para Sahabat kepada
Rasulullah Saw, bagaimana mereka membesarkan dan memuliakan Rasulullah Saw. Hal
ini memberitahu kita tidak berlaku Iman kepada Rasulullah Saw tanpa mengasihi
Rasulullah Saw. Mengasihi dan mencintai Rasulullah Saw ini bukan sesuatu yang
boleh diakal akalkan tapi perasaan yang Allah campakkan dalam hati kerana membesarkan
Rasulullah Saw sedangkan mencintai Rasulullah Saw itu sebagai syarat untuk
mencinta Allah dan beriman kepada Allah. Peristiwa ini juga mengajar kita bahwa
mengambil berkat dari anggota badan Rasulullah Saw juga lebihan dari Rasulullah
Saw adalah sesuatu yang dianjurkan dan merupakan akhlak para Sahabat dengan
Rasulullah Saw. Bahkan banyak hadis menceritakan kepada kita bagaimana para
Sahabat mengambil berkat dari rambut Rasulullah Saw, peluhnya, kesan jarinya
pada makanan yang dimakannya, air wuduknya bahkan ludahan baginda. Mengambil
berkat inilah yang dinamakan tawasul. Jadi mengambil berkat dengan Rasulullah
Saw atau bertawassul ini bukan bermaksud menyandarkan kuasa memberi bekas itu
kepada selain Allah kerana segalanya dengan kuasa dan izin Allah tetapi dia
bermaksud meminta kepada Allah melalui pandangan Allah kepada Rasulullah Saw
kekasih Allah ini supaya dengan itu Allah perkenankan permintaan kita.
Kembali kita kepada kisah Urwah bin Masu’d, Kafir Quraisy Tanya apa
pandangan kamu wahai Urwah? Kata Urwah sebelum aku nak sebut pandangan aku
dengar dulu:
والله قد وفدت على كسرى في ملكه ووفدت
على قيصر في ملكه ووفدت على النجاشي في ملكه
فوالله ما رأيت أحدا في ملكه أعظم من محمد في ملكه والله لئن قاتاتموه
والله لن يسلمواه لكم حتى يقتلون مثلهم ولئن قتلوا مثلهم فما خيرة الحياة بعد ذلك.
قالوا ما الرأي ؟ قال الرأي عندي أن تصالحوه على أن لا يعتمر هذا العام
Demi Allah, aku telah menziarahi Kisra di
kerajaannya dan aku telah menziarahi Qiasar dikerajaannya dan aku telah
menziarahi Najasyi di kerajaannya. Demi Allah aku tak pernah lihat seorang yang
lebih besar dari Muhammad dalam kerajaannya. Demi Allah kalau kamu
memeranginya, Sahabat sahatnya tak menyerahkannya kepada kamu sehingga mereka
membunuh dari kamu seperti jumlah mereka ( 1400 orang ) Kalau mereka membunuh
dari kamu seperti itu, apalah kebaikan hidup lagi selepas itu. Kata Kafir
Quraisy, apa pandangan kamu? Kata Urwah, pandangan aku, kamu semua buat
perjanjian damai dengannya dan minta dia jangan buat Umrah pada tahun ini.
Kafir Quraisy menerima pandangan ini tapi mereka nak pastikan lagi. Kali
ini mereka nak tawan salah seorang dari tentera Islam dan mengambil pengakuan
dari tentera Islam sendiri. Pada waktu malam 40 orang mereka menyusup ketempat
orang Islam kalau kalau mereka dapat menawan salah seorang dari tentera Islam.
Rasulullah Saw sedar pergerakan ini, Rasulullah Saw perintahkan tentera Islam
mengepung mereka, akhirnya 40 orang ini ditawan oleh orang Islam.Bila berita
ini sampai kepada Kafir Quraisy mereka bersiap untuk perang. Rasulullah Saw
perintahkan supaya 40 orang ini dilepaskan dan Rasululullah beritahu mereka,
kami datang bukan untuk berperang, kami nak buat Umrah, lepaskan kamu melakukan
Umrah.
Dengan kepulangan 40 orang tawanan ini, Kafir Quraisy semakin yakin
Rasulullah Saw datang untuk Umrah bukan untuk perang. Kalau Rasulullah Saw nak
perang, tentu Rasulullah Saw dah bunuh 40 orang ini. Melihat suasana itu
Rasulullah Saw hilang harapan dengan tentera Kafir Quraisy ini, kata Rasulullah
Saw, biar kita berunding dengan ketua Mekah Abu Sufyan. Rasulullah Saw panggil
Saidina Umar supaya dia pergi berbincang dengan Abu Sufyan. Kata Saidina Umar,
wahai Rasulullah Saw, Rasulullah Saw tahu bagaiman aku adalah orang yang paling
keras terhadap Kafir Quraisy dan sekarang sudah tidak ada kaumku di Mekah yang
boleh melindungiku. Kalau Rasulullah Saw nak menghantar wakil kedalam Mekah,
hantarlah orang yang ada kedudukan dan ada pembela di Mekah. Rasulullah Saw
Tanya, siapa orang ini? Kata Saidina Umar, Saidina Osman kerana dia dari Bani Umayyah
dan Abu Sufyan dari Bani Umayyah. Rasulullah Saw menerima pandangan Saidina
Umar ini dan Rasulullah Saw hantar Saidina Osman. Bila Saidina Osman sampai Abu
Sufyan memuliakannya dan kata Abu Sufyan, kalau kamu nak tawaf di Kaabah silakan
tawaf. Kata Saidina Osman, aku tak akan tawaf sebelum Rasulullah Saw tawaf.
Saidina Osman mula berunding dengan Abu Sufyan. Ketika itu Abu Sufyan minta
Saidina Osman tinggal dengannya dan dia tak benarkan Saidina Osman keluar
sehingga Kafir Quraisy membuat keputusan.
Baiatul Rhidwan
Bila Saidina Osman lambat pulang, berita yang sampai kepada Rasulullah
Saw bahawa Saidina Osman telah dibunuh. Bila sampai utusan Rasulullah Saw
dibunuh, Rasulullah Saw rasa mereka sudah sampai peringkat akan berperang. Jadi
Rasulullah Saw perintahkan para Sahabat melakukan baiah. Kalau berlaku
peperangan jangan ada yang lari. Rasulullah Saw duduk dibawah pokok dan seorang
demi seorang tentera Islam berbaiah dengan Rasulullah Saw. Saidina Salamah bin
Akwa’ selepas berbaiah, dia duduk berehat. Bila Rasulullah Saw nampak dia,
Rasulullah Saw suruh dia berbaiah. Kata Saidina Salamah, aku dah berbaiah wahai
Rasulullah Saw, kata Rasulullah Saw, sekali lagi. Rasulullah Saw nak ulang
baiah orang seperti Saidina Salamah ini. Kemampunnya dalam berperang melebihi
orang lain. Dari sinilah harus mengulang baiah. Dengan itu semua para Sahabat
berbaiah kepada Rasulullah Saw kecuali seorang iaitu Al Jad bin Qais, dia
menyorok dibelakang unta unta dan dibelakang untanya yang berwarna merah untuk
lari dari berbaiah. Selepas selesai semua orang baiah, Rasulullah Saw
meletakkan tangan kirinya keatas tangan kananya dan menyebut, ini tangan aku
ganti tangan Osman. Rasulullah Saw berbaiah pagi pihak Saidina Osman. Kata para
Sahabat, demi Allah tangan kiri Rasulullah Saw lebih baik dari tangan kanan
kita semua.
Ketika itu Rasulullah Saw memberi Busyra yang besar kepada para Sahabat.
Sabda Rasulullah Saw :
يدخل الجنة كل من بايع تحت الشجرة إلا
صاحب الجمل الأحمر
Semua yang berbaiah dibawah pokok akan masuk
syurga kecuali tuan punya unta merah.
Pada merekalah turun ayat :
إن الذين يبايعونك إنما يبايعون الله,
لقد رضي الله عن الذين يبايعون تحت الشجرة
Mereka yang
berbaiah dengan kamu itu sebenarnya berbaiah dengan Allah, dan Allah telah
redha kepada mereka yang berbaiah dibawah pokok.
Baiah ini dinamakan baiatul Rhidwan. Semua yang
berbaiah disini mendapat keredhaan Allah.
Perjanjian Hudaibiah
Bila sampai kepada tentera Kafir Quraisy bahawa
para Sahabat telah berbaiah kepada Rasulullah Saw. Mereka takut dan ketika itu
mereka membuat keputusan untuk membuat perjanjian damai dengan Rasulullah Saw.
Mereka hantar Suhail bin Amr kepada Rasulullah Saw. Bila Suhail datang ,
Rasulullah Saw mengenalinya dan Rasulullah Saw kata, semoga Allah permudahkan
kepada kamu, mereka sekarang mahu perdamaian kerana Suhail ini terkenal dengan
tokoh perunding dan pendamai dikalangan Kafir Quraisy. Dia hanya dihantar
ketika untuk berdamai. Dengan itu berlaku persetujuan diantara Suhail dan
Rasulullah Saw untuk melakukan perjanjian damai.Setelah selesai perbincangan
semuanya, nak tulis perjanjian ini, maka Rasulullah Saw panggil Saidina Ali
untuk menulis perjanjian ini dan yang menjadi saksi kepada perjanjian ini
sekumpulan wakil dari pihak kafir dan sekumpulan wakil dari orang Islam. Kata
Rasulullah Saw, tulis wahai Ali dengan Bismillah hir Rahmanir Rahim. Suhail tak
setuju, kata Suhail, kami tak tahu tentang Ar Rahman, tulis saja BismikAllahumma.
Kata Saidina Ali, aku dah tulis. Suhail kata. Padam semula. Dari awal tulis
perjanjian ini berlaku khilaf antara Suhail dan Saidina Ali. Rasulullah Saw
kata kepada Saidina Ali, padam wahai Ali. Kata Saidina Ali, wahai Rasulullah
Saw macam mana aku nak padam nama Allah. Rasulullah Saw Tanya, mana dia,
Rasulullah Saw padam dengan tangannya sendiri.
Kata Rasulullah Saw, tulis: Inilah yang dipersetujui oleh Rasulullah Saw
dan Suhail. Suhail tak setuju lagi. Kata Suhail, kalau aku percaya engkau Rasulullah
Saw tentu aku tidak perangi engkau, tulis Muhammad bin Abdullah. Orang orang
Islam mula tak senang dengan sikap Suhail yang keras ini, Rasulullah Saw minta
Saidina Ali memadam kalimah Rasulullah Saw. Saidina kata, macam mana aku nak
padam kalimah Rasulullah Saw, Rasulullah Saw Tanya mana dia, Rasulullah Saw
padam dengan tangannya sendiri. Rasulullah Saw memang mahu perdamaian.
Diantara isi perjanjian damai ini :
1.Orang orang Islam pulang pada tahun ini, mereka tak akan masuk Mekah
dan mereka berhak untuk datang menunaikan umrah pada tahun hadapan. Bila mereka
tahun depan Kafir Quraisy tak
akan mengahalang mereka dalam apa bentuk sekalipun dengan syarat orang Islam
bila mereka masuk Mekah, mereka masuk tanpa senjata melainkan pedangnya saja.
Pedang ini juga mesti berada disarungnya bukan dihunus sehingga mereka masuk ke
Mekah dalam keadaan tenang. Tidak membentak perasaan orang orang Mekah. Mereka
hanya dibenarkan berada di Mekah selama tiga hari saja. Selepas itu mereka
mesti meninggalkan Mekah.
2.Tidak berlaku peperangan diantara orang Islam dan Kafir Quraisy dalam
tempoh sepuluh tahun sehingga semua orang merasa aman, tidak ada peperangan,
tidak ada serangan keatas kafilah Kafir Quraisy dan berlaku kemanan penuh
selama sepuluh tahun.
3.Rasulullah Saw mesti memulangkan semula orang yang lari dari Mekah ke
Madinah dan siapa yang murtad dan lari ke Mekah dari Madinah tak akan
dipulangkan ke Madinah. Ini diantara syarat yang berat bagi orang orang Islam
ketika itu kerana seolah olah ada keistemewaan bagi pihak Kafir Quraisy melalui
syarat ini. Seolah olah Kafir Quraisy yang menang melalui perjanjian damai ini.
3. Kabilah kabilah Arab yang lain berhak untuk masuk menjadi sekutu
Rasulullah Saw atau sekutu Kafir Quraisy. Diantara yang menyaksikan perjanjian
damai ini pemimpin pemimpin Bani Khuzaah dan Bani Bakar. Kata Bani Khuzaah,
kami masuk menjadi sekutu Muhammad, kata Bani Bakar, kami masuk menjadi sekutu
Kafir Quraisy. Melalui syarat inilah perjanjian ini batal dan menjadi sebab
berlakunya Futuhul Mekah kerana Bani Bakar menyerang Bani Khuzaah. Setiap
kabilah yang masuk menjadi sekutu kedua belah pihak dikira sebahagian dari
mereka, kalau berlaku serangan kepada mana mana kabilah ini artinya berlaku
pelanggaran syarat kepada perjanjian secara keseluruhan. Dengan sebab itulah
Rasulullah Saw batalkan perjanjian ini bila Qurasisy menyokong Bani Bakar yang
menyerang Bani Khuzaah.
Inilah dia ringkasan isi perjanjian Hudaibiah yang menjadi sebab kepada
berlakunya pembukaan Mekah.
Ujian keyakinan untuk Umat Islam
Semasa mereka nak mulakan menulis perjanjian ini terdengar jeritan dari
luar, semua keluar melihat. Rupanya seorang Islam yang lari dari Mekah, masih
ada rantai pada tangannya. Bila dia dengar tentera Islam berdekatan dengan
Mekah, dia ingin mendapat perlindungan dari tentera Islam. Orang ini ialah Abu
Jandal bin Suhail, anak Suhail yang sedang mewakili Kafir Quraisy menulis
perjanjian damai. Sedangkan yang telah disepakati, siapa yang berhijrah dari
Mekah dipulangkan ke Mekah. Kata Abu Jandal kepada Rasulullah Saw, aku datang
kepada kamu untuk berhijrah, aku mahu pulang bersama kamu ke Madinah. Kata
Suhail, wahai Muhammad sudah ada perjanjian antara kita, anak aku dikembalikan
ke Mekah. Kata Saidina Umar, wahai Rasulullah Saw kita belum tulis perjanjian
lagi. Kata Suhail, apakah persetujuan dengan kata kata tidak cukup bagi kamu?
Kata Rasulullah Saw, ya perjanjian secara lisan sudah cukup bagi kami. Ambil
semula anak kamu. Suhail menarik anaknya untuk dihantar ke perkhemahan orang
kafir. Abu jandal yang tak tahu apa yang sedang berlaku menjerit, wahai
Rasulullah Saw, apakah kamu mengembalikan aku kepada orang orang kafir yang
mereka memfitnahku pada agamaku. Sabda Rasulullah Saw :
يا ابا جندل اصبر واحتسب لعل الله
يجعل لك ولأصحابك مخرجا
Wahai Abu
Jandal, bersabarlah dan ambillah ganjaran dari Allah, semoga Allah akan
memberikan jalan keluar kepada kamu dan Sahabat Sahabat kamu.
Abu Jandal tak dapat menerima hal itu, dia terus menjerit, wahai
Rasulullah Saw, bagaimana aku diserahkan kembali kepada orang orang kafir yang
mereka merosakkan agamamu . Orang orang Islam yang menyaksikan peristiwa
itu mula menangis, hati mereka terhiris bagaimana berlaku didepan mata mereka
salah seorang dari mereka ditarik dalam keadaan begitu untuk diserahkan kembali
kepda Kafir Quraisy. Hati hati mereka makin terhiris dengan peristiwa itu
setelah hati mereka terhiris dengan isi isi perjanjian yang sedang berlaku.
Yang bergerak ketika itu ialah Saidina Umar, dia datang berjalan dekat dengan
Abu Jandal dan mendekatkan pedangnya kepada Abu Jandal sambil membisikkan
kepada Abu Jandal, orang kafir ini najis dan darah mereka seperti darah anjing
supaya Abu Jandal memngambil pedang darinya dan membunuh ayahnya, Abu Jandal
tak termasuk dalam perjanjian bagi pihak Islam kerana dia bersam orang kafir,
tapi Abu Jandal belum sanggup membunuh ayahnya sendiri. Selepas itu Suhail
datang semula dan mereka menyempurnakan perjanjian itu. Dengan itu tentera
Kafir Quraisy menanti Rasulullah Saw dan tentera Islam bergerak pulang ke
Madinah.
Rasulullah Saw bangun dan berucap kepada tentera Islam. Kata Rasulullah
Saw, wahai tentera Islam silalah bertahallul dari Ihram kamu dan kita pulang ke
Madinah. Bangun Saidina Umar bertanya Rasulullah Saw.
ألست أخبرتنا أنا نأت البيت ونطوف به
Wahai
Rasulullah Saw bukankah kamu telah memberitahu kami bahawa kita akan masuk ke
Kaabah dan melakukan tawaf.
Rasulullah Saw sebelum itu bermimpi melihat orang orang Islam masuk ke
kaabah dan melakukan tawaf serta menggunting dan mencukur rambut mereka.
Rasulullah Saw telah memberi tahu kepada orang Islam mimpi ini semasa dalam
perjalanan mereka menuju ke Mekah. Saidina Umar mengingatkan Rasulullah Saw
dengan mimpi Rasulullah Saw ini. Kata Rasulullah Saw:
بلى يا عمر, أفأخبرتك أنا نأت هذا
العام فقال لا
Benar
wahai Umar, tapi apakah aku memberitahu kamu kita akan masuk pada tahun ini.
Kata Saidina Umar, tidak wahai Rasulullah Saw.
Saidina Umar Tanya Rasulullah Saw
lagi, bukankah kita dipihak kebenaran dan mereka dipihak kebatilan, bagaimana
berlaku perjanjian damai ini menguntungkan pihak mereka. Sabda Rasulullah Saw :
إن معي ربي ولم يضيعني
Sesungguhnya Tuhanku bersamaku dan pasti dia tidak akan mensia siakan aku
Saidina Umar datang kepada Saidina Abu Bakar pula, Kata Saidina Umar
kepada Saidina Abu Bakar :
ألسنا بالمسلمين قال نعم قال أليسوا
بالكافرين قال بلى قال فكيف نعطي الدنية من ديننا. فرد عليه أبو بكر ردا أسكته به.
قال يا عمر هذا رسول الله فلزم غرزه
Bukankah kita orang Islam, benar kata Abu Bakar,
Bukankah mereka orang kafir, benar kata Abu Bakar. Kata Saidina Umar, kalu
begitu bagaimana kita memberikan satu kerendahan dari agama kita. Disini
Saidina Abu Bakar mengigatkan Saidian Umar sehingga dia terdiam. Kata Saidina
Abu Bakar, wahai Omar, ini Rasulullah Saw, taatilah ketetapannya.
Setelah semuanya jelas, Saidina Osman juga
dilepaskan.Rasulullah Saw perintahkan mereka semua supaya tahallul. Tak seorang
pun dari tentera Islam bangun bertahallul. Rasulullah Saw merasa pelik kali
pertama orng orang Islam tidak mendengar perintah Rasulullah Saw. Rasulullah
Saw takut untuk membuat arahan sekali lagi sehingga turun pada mereka kemurkaan
Allah. Rasulullah Saw meninggalkan mereka. Tentera Islam masih duduk dan
teragak agak, apa yang sedang mereka hadapi itu menyebabkan mereka macam tak
tahu nak buat apa. Masih berat perasan mereka. Rasulullah Saw masuk ke
khemahnya dalam keadan sedih bagaiman semua orang Islam tidak mendengar arahan
Rasulullah Saw. Ketika itu Umu Salamah yang menemani Rasulullah Saw. Umu
Salamah Tanya apa yang berlaku kepada Rasulullah Saw kerana dia lihat
Rasulullah Saw dalam kesedihan. Rasulullah Saw menceritakan apa yang berlaku.
Orang Islam tidak mendngar arahan baginda supaya mereka bertahallul, Rasulullah
Saw takut untuk membuat arahan lagi, nanti turun kemurkaan Allah. Kata Umu
Salamah, wahai Rasulullah Saw, kalau Rasulullah Saw bertahallul nescaya semua
orang kan bertahallul. Rasulullah Saw keluar semula dan pangggil tukang cukur
dan meminta tukang cukur mencukur kepala Rasulullah Saw. Bila para Sahabat
melihat Rasulullah Saw bertahallul semua mereka bangun bertahallul. Ketika itu
Rasulullah Saw melihat ada dikalangan mereka tidak bercukur hanya menggunting
rambutnya. Maka Sabda Rasulullah Saw :
رحم الله المحلقين, والمقصرين يا رسول
الله. قال رحم الله المحلقين, قالوا والمقصرين يا رسول الله. قال رحم الله
المحلقين, قالوا والمقصرين يا رسول الله. قال والمقصرين
Allah merahmati mereka mereka yang bercukur,
kata Sahabat yang menggunting wahai Rasulullah Saw.? Kata Rasulullah Saw,
Allah merahmati mereka yang bercukur, kata para Sahabat,dan yang menggunting
wahai Rasulullah Saw ? Kata Rasulullah Saw, Allah merahmati mereka yang
bercukur, kata para Sahabat, dan mereka yang menggunting wahai Rasulullah Saw.
Kata Rasulullah Saw, dan juga mereka yang menggunting.
Allah sebut Hudaibiah adalah Fath ( pembukaan )
Disinilah kelebihan orang bercukur dari orang yang
hanya menggunting dalam bertahallul. Ketika itu, turun surah Al Fath kepada
Rasulullah Saw.
إنا فتحنالك فتحا مبينا
Sesungguhnya
kami telah membuka kepadamu pembukaan yang nyata
فجعل من دون ذلك فتحا قريبا
Maka
Allah menjadikan selain dari itu satu pembukaan yang sudah hampir
Kata Saidina Abu Bakar:
ما كان فتح فى الإسلم أعظم من فتح
الحديبية ولكن الناس قصر رأيهم عما كان بين محمد وربه, والعباد يعجلون, والله لا
يعجل بعجلة العباد حتى تبلغ الأمور ما أراد
Tidak
ada Futuh dalam Islam lebih besar dari
Fathul Hudaibiyah tetapi orang tak dapat menjangkau apakah yang berlaku
diantara Muhammad dan Tuhannya sedangkan para hamba selalu gopoh sedangkan
Allah itu tidak gopoh kerana gopohnya hambanya sehinggalah segala sesuatu itu
sampai seperti yang Allah mahu.
Peristiwa Hudaibiyah ini menjelaskan kepada kita
pentadbiran Allah melalui tindakan Rasulullah Saw. Sesuatu yang tak dapat
dijangkau oleh kemampuan manusia sebab itu semua para Sahabat merasa terkejut
dengan peristiwa ini sehinggakan Saidina Umar sendiri tidak dapat menerima
keputusan ini. Hanya orang orang pilihan Allah sahaja yang mampu memahami maksud Allah ini. Bagi Rasulullah Saw hal ini jelas, Rasulullah Saw yakin Allah
tidak akan mempersiakannya bahkan ini adalah satu pembukaan. Begitu juga
Saidina Abu Bakar, Allah beri kefahaman kepadanya. Sebab itu kita perlukan
pemimpin seperti ini untuk memimpin Umat Islam. Kalau tidak Umat Islam akan
tersalah dalam memahami perkara perkara yang seni seperti ini
Diantara kemenangan kemengan Umat Islam dalam
perjanjian ini :
1.
Kafir Quraisy telah mengiktiraf
Umat Islam sebagai satu kekuatan yang setaraf dengan mereka. Pengiktirafan ini
satru kemenangan kerana bila Kafir Quraisy mengiktiraf Umat Islam, dia akan
dipandang besar oleh kabilah kabilah Arab yang lain. Hal ini menjadi pembukaan
perkembangan Islam yang lebih besar selepas itu
2.
Perjanjian ini telah memberi
jaminan kepada Umat Islam untuk menumpukan usaha dakwah ke seluruh Jazirah Arab
dan kawasan kawasan sekelilinganya. Dari sini Rasulullah Saw mengutus perutusan
kepada pemerintah pemerintah ketika itu.
3.
Kafir Quraisy telah mengiktiraf
kedatangan Umat Islam pada tahun hadapan untuk menunaikan Umrah tanpa sebarang
gangguan dan peperangan.
Allah namakan perjanjian Hudaibiah sebagai satu
pembukaan (Fath). Kenapa dinamakan Fath, mari kita lihat.
Dari permulaan Islam sehingga Hudaibiah 19 tahun.
13 tahun di Mekah dan 6 tahun di Madinah. Yang keluar dengan Rasulullah Saw
dalam perjanjian Hudaibiah ini seramai 1400 orang pejuang. Kalau begitu,
perjuangan Rasulullah Saw sepanjang 19 tahun itu hasilnya ialah 1400 orang
pejuang yang Allah telah redho kepada mereka dan Rasulullah Saw jamin syurga
kepada mereka. Futuh Mekah selepas perjanjian Hudaibiah ini dua tahun, yang
keluar bersama Rasulullah Saw seramai 10 ribu orang. Apa yang berubah,? dalam
masa dua tahun hasilnya lebih besar dari 19 tahun.
Yang jelas berubah, dengan berlakunya perjanjian
Hudaibiah ini terbuka pintu dakwah tanpa sebarang halangan. Bila mana pintu
dakwah, perbincangan dibuka. Islam dapat disampaikan dalam keadaan tidak ada
gangguan dan tekanan, maka dengan cepat Islam tersebar dan diterima oleh
masyarakat Arab. Inilah yang selama ini diperlukan oleh dakwah Islam. Dengan
itu dalam tempoh dua tahun ini, tanpa peperangan berlaku satu hasil yang luar
biasa. Hasilnya mengatasi tempoh 19 tahun disudut ramainya orang yang menerima
Islam.
Diantara hasil dari perjanjian Hudaibiah lagi,
selepas perjanjian ini Rasulullah Saw telah menawan Khaibar, kubu Yahudi yang
terakhir. Memerangi orang Yahudi ini tentu sangat sukar tanpa perjanjian
Hudaibiah kerana pasti Qurasiy akan membantu Yahudi. Sekarang Rasulullah Saw
telah mengikat Kafir Quraisy dan Rasulullah Saw berpeluang menghadapi musuh
musuh Islam selain Kafir Quraisy. Semua ini proses yang membawa kepada
berlakunya Futuhul Mekah.
Kisah Abu Basir
Sekarang kita masuk kepada
kisah Abu Basir, Bila Rasulullah Saw sudah kembali ke Madinah, dia keluar
berhijrah ke Madinah. Dia berjalan kaki merentas jarak yang begitu jauh itu.
Ada dua orang Kafir Quraisy mengejarnya dari belakang. Bila dia sampai di
madinah terus dia masuk kedalam Masjid Nabawi. Wahai Rasulullah Saw aku Berhijrah kepada kamu. Sekejap lepas itu
masuk dua orang Kafir Quraisy, wahai Muhammad, perjanjian antara kita.
Kembalikan kepada kami Abu Basir. Kata Rasulullah Saw, benar, sila ambil semula
Abu Basir.
Abu Basir ditarik oleh dua
orang Kafir Quraisy ini sambil dia menjerit, bagaimana aku dikembalikan lagi
kepada orang kafir sedangkan aku telah datang kesini merentas jarak yang sejauh
ini. Sabda Rasulullah Saw :
قال يا أبا بصير لعل الله يجعل لك
ولأصحابك مخرجا
Kata
Rasulullah Saw, wahai Abu Basir semoga Allah menjadikan kepada kamu dan Sahabat
sahabat kamu jalan keluar
Abu Basir ditarik oleh dua
orang ini hingga sampai di Zul Hulaifah iaitu Bir Ali, mereka berhenti rehat.
Abu Basir berjaya melepaskan diri dan dia ambil pedang salah seorang dari
mereka dan dia berjaya membunuhnya kemudian dia mengejar yang sorang lagi
dengan pedang. Yang sorang lagi takut dibunuh, dia lari ketempat yang paling
dekat iaitu Madinah. Abu Basir mengejarnya dari belakang dengan pedang. Kerana
begitu derasnya orang ini berlari dan
Abu Basir mengejar dari belakang, berkepul kepul debu dan seluruh badan
mereka penuh dengan debu. Bila sampai saja di Madinah, kafir Qurasiy ini lari
terus kedalam masjid. Dia memberitahu Rasulullah Saw kawannya telah dibunuh
oleh Abu Basir dan Abu Basir nak bunuh dia pula. Ketika itu masuk Abu Basir.
Kata Abu Basir, wahai Rasulullah Saw, kamu telah memulangkan aku kepada mereka,
engkau telah laksanakan tanggung jawab kamu. Sekarang Allah telah menyelamatkan
aku dari mereka dan Rasulullah Saw tidak bertanggung jawab lagi terhadap aku
dan aku bulan lagi dibawah perintah Rasulullah Saw. Kata Rasulullah Saw, benar,
aku telah menyerahkan Abu Basir kepada kamu dan kamu yang mencuaikannya. Kata
Kafir Quraisy ini, serahkan Abu Basir kepada aku, kata Rasulullah Saw, aku
telah serahkan kepada kamu, kamu yang melepaskanya.
Abu Basir minta pada
Rasulullah Saw untuk tinggal di Madinah, kata Rasulullah Saw, tak boleh, kalau
kamu tingal disini artinya Rasulullah Saw telah melanggar perjanjian. Kata Abu
Basir, kalau begitu lepaskan aku pergi kemana yang aku mahu. Kata Rasulullah
Saw, itu urusan kamu wahai Abu Basir, kamu bukan dibawah pemerintahan aku. Maka
Abu Basir pun keluar membawa pedang tadi. Ketika itu Rasulullah Saw berkata,
dan Abu Basir sempat mendengar kata kata itu.
يا ويل أمه, مشعل الحرب لو كان معه رجال
Alangkah hebat
ibunya, dia ini boleh melakukan peperangan kalau dia ada orang orangnya.
Kata kata ini menjadi isyarat kepada Abu Basir supaya dia meneruskan
operasinya untuk membuat tekanan kepada orang orang kafir. Dengan itu Abu Basir
tak pulang ke Mekah, tapi dia menuju ke I’s satu kawasan bukit yang ada pokok dan
gua, tempat laluan kafilah kafilah Mekah ke Syam. Berita Abu Basir ini sampai
kepada orang orang Islam yang masih di Mekah, yang tidak dibenarkan berhijrah
ke Madinah. Maka orang pertama yang mengikut jejak langkah Abu Basir ialah Abu
Jandal. Dia tak pergi ke Madinah tapi dia pergi ke I’s. Mereka berdua menjadi
regu mula menyerang kafilah kafilah Kafir Quraisy. Orang Islam lain dari Mekah
juga mula berhijrah ke I’s sehingga terkumpul disana tujuh puluh orang lelaki
dikalangan Muhajirin yang baru. Mereka mula menyerang kafilah kafilah Kafir
Quraisy.
Kafir Quraisy hantar wakil bertemu dengan Rasulullah Saw, mana
perjanjian antara kita? Kafilah kami masih diserang. Kata Rasulullah Saw, aku
masih teguh dengan perjanjian. Macam mana dengan Abu Basir dan orang orangnya?
Kata Rasulullah Saw, aku telah serahkan dia kepada kamu, aku tak bertanggung
jawab terhadapnya. Kata Kafir Quraisy, kalau kami serang mereka kamu tak akan
masuk campur? Kata Rasulullah Saw, aku tak akan masuk campur, aku ada
perjanjian damai dengan kamu. Kafir Quraisy menghantar tentera ke I’s untuk memerangi
Abu Basir dan orang orangnya. Abu Basir ini cerdik orangnya, dia tak mahu
keluar berperang secara tentera dengan mereka, dia akan menghadapi Kafir
Quraisy dengan perang gerila. Tentera Kafir Quraisy tunggu tunggu tak ada orang
yang keluar kepada mereka, akhirnya mereka pulang ke Mekah. Setiap kali kafilah
mereka lalu, Abu Basir serang kafilah mereka. Dengan itu terhenti kafilah Kafir
Quraisy. Lepas itu orang orang Islam lain yang diluar Madinah, mereka terfikir kenapa kita hijrah
ke Madinah yang dengan itu kita termasuk dalam perjanjian Rasulullah Saw dengan
Kafir Quraisy, lebih baik kita hijrah ketempat Abu Basir dan kita tolong Abu
Basir. Orang orang Islam yang baru ini mula berhijrah ke I’s sehingga terkumpul
disana 300 orang peuang. Dah jadi satu tentera. Kafir Quraisy berusaha dengan
berbagai cara untuk mengahapuskan mereka tapi tak berjaya. Kerana kekuatan Abu
Basir dan orang orangnya, Kafir Quraisy tak boleh lagi menghantar kafilahnya.
Sedangkan itulah anatara tujuan utama Qurasiy mengadakan perjanjian damai
dengan Rasulullah Saw. Sekarang Rasulullah Saw berjaya mendapat perdamaian dari
Kafir Quraisy dan berjaya menyekat kafilah Kafir Quraisy.
Selepas itu Abu Basir dan orang orangnya meningkatkan lagi operasi
mereka, mereka bukan saja menghalang kafilah dagang Kafir Quraisy, bahkan
kafilah bekalan makanan kepada Qurasiy juga mereka sekat. Mekah tak ada
makanan, dengan itu berlaku kebuluran di Mekah. Kafir Quraisy cuba
menyelesaikan masalah ini tapi tak ada jalan. Mereka hantar wakil mereka yang
diketuai oleh Abu Sufyan mengadap Rasulullah Saw di Madinah, kata mereka wahai
Muhammad, kami merayu kepada kamu dengan nama Allah dan atas nama silaturrahim
antara kita. Syarat kami dalam perjanjian Hudaibiah bahawa orang orang Mekah
yang keluar dari Mekah ke Madinah dipulangkan semula ke Mekah, kami tak mahu
lagi syarat ini, kami mahu kafilah kami boleh berjalan. Diatas nama belas
kasihan Rasulullah Saw terima permintaan mereka. Syarat yang dirasakan oleh
semua orang Islam termasuk Saidina Umar bahawa syarat itu menguntungkan Kafir
Quraisy dan satu kelemahan bagi Umat Islam telah menjadi satu syarat yang
sangat menguntungkan Islam. Ketika itu Rasulullah Saw panggil Saidina Umar,
lihat wahai umar syarat yang kamu kata ini kelemahan dari Umat Islam dan menguntungkan
pihak kafir. Kata Saidina Umar :
يا رسول الله قد علمت أن رأيك أكثر
بركة من رأيي
Wahai
Rasulullah Saw, aku telah tahu bahawa pandangan kamu dalah lebih berkat dari
pandangan aku.
Perjanjian
Hudaibiah ini berlangsung selama dua tahun saja walaupun tempohnya sepuluh
tahun kerana Bani Bakar sekutu Kafir Quraisy telah melangar perjanjian dengan
bantuan dari Kafir Quraisy.
Peperangan
Khaibar
Selepas Perjanjian Hudaibiah
ini Rasulullah Saw memerintahkan para Sahabat membuat persediaan untuk membuka
Khaibar dan Rasulullah Saw membuat pengumuman bahawa Islam akan menang. Sabda
Rasulullah Saw :
أن الله وعدني أنه سيفتح لي خيبر
Bahawa Allah telah berjanji kepada aku, Allah
akan membuka kepada aku Khaibar.
Khaibar ini satu kawasan yang kaya, setiap kali
Rasulullah Saw buat syarat, hanya anggota Hidaibiah saja yang dibenarkan untuk
menyertai pembukaan Khaibar ini. Ketika itu, Arab Badawi dan para munafikin
datang kepada Rasulullah Saw minta nak ikut sekali dalam peperangan Khaibar,
kerana mereka telah mendegar janji Rasulullah Saw. Rasulullah Saw tak pernah
berjanji melainkan satu kebenaran. Jadi semua orang merasa tamak untuk mendapat
harta ghanimah melalui peperangan ini. Mereka merayu pada Rasulullah Saw,
benarkan kami ikut, kami nak berjihad fi sabilillah. Rasulullah Saw menolak,
hanya Ahli Hidaibiah saja yang diterima keluar kali ini. Mereka terus merayu
rayu kepada Rasulullah Saw, kami nak berjihad, jangalah kamu halang kami dari
mati syahid dan mendapat pahala. Bila mana mereka terlalu mendesak, Rasulullah
Saw kata :
من أراد الخروج للخيبر من غير أهل
الحديبية فليخرج وليس له نصيب في الغنائم
Barangsiapa yang
mahu keluar ke peperangan Khaibar dan dia bukan Ahli Hudaibiah, dibenarkan
kepada mereka tapi mereka tidak ada bahagian dalam Ghanimah ( Harta rampasan
perang ).
Tak ada seorang pun yang keluar dari kalangan yang
merayu rayu tadi. Allah sudah bongkar tujuan sebenar mereka. Firman Allah:
سيقول المخلفون إذا انطلقتم إلى مغانم
لتأخذوها ذرونا نتبعكم يريدون أن يبدلوا كلام الله, قل لن تتبعونا كذلكم قال الله
من قبل فسيقولون بل تحسدوننا بل كانوا لا يفقهون إلا قليلا, قل للمخلفين من
الأعراب ستدعون إلى قوم أولي بأس شديد تقاتلونهم أو يسلمون, فإن تطيعوا يؤتكم
الله أجرا حسنا وإن تتولوا كما توليتم من
قبل يعذبكم عذابا أليما
لقد رضي الله عن المؤمنين إذ يبايعونك
تحت الشجرة, فعلم ما في قلوبهم فأنزل السكينة عليهم وأثابهم فتحا قريبا وكان الله
عزيزا حكيما وعدكم الله مغانم كثيرة تأخذونها فعجل لكم هذه وكف أيدي الناس عنكم لتكون أية للمؤمنين
ويهديكم صراطا مستقيما وأخرى لم تقدروا عليها وكان الله على شيء قديرا, ولو قاتلكم
الذين كفروا لولوا الأدبار ثم لايجدون وليا ولا نصيرا سنة الله التي قد خلت من
قبلكم ولن تجد لسنة الله تبديلا وهو الذي كف أيديهم عنكم وأيديكم عنهم ببطن مكة من
بعد أن أظفركم عليهم وكان الله بما تعملون بصيرا
هم الذين كفروا وصدواكم عن المسجد
الحرام والهدي معكوفا أن يبلغ محله, ولولا رجال مؤمنون ونساء مؤمنات لم تعلموهم أن
تطئؤاهم فتصيبكم منه معرة بغير علم, ليدخل الله في رحمته من يشاء, لو تزيلوا
لعذبنا الذين كفروا منهم عذابا أليما
إذ جعل الذين كفروا في قلوبهم الحمية
الجاهلية فأنزل الله سكينته على رسوله وعلى المؤمنين وألزمهم كلمة التقوى وكانوا
أحق بها وأهلها, وكان الله بكل شيئ عليما
Ketika Saidina Umar bertanya Rasulullah Saw.
ألست أخبرتنا أنا نأت البيت ونطوف به
Wahai
Rasulullah Saw bukankah kamu telah memberitahu kami bahawa kita akan masuk ke
Kaabah dan melakukan tawaf.
Rasulullah Saw sebelum itu bermimpi melihat orang orang Islam masuk ke
kaabah dan melakukan tawaf serta menggunting dan mencukur rambut mereka.
Rasulullah Saw telah memberi tahu kepada orang Islam mimpi ini semasa dalam
perjalanan mereka menuju ke Mekah. Saidina Umar mengingatkan Rasulullah Saw
dengan mimpi Rasulullah Saw ini. Kata Rasulullah Saw:
بلى يا عمر, أفأخبرتك أنا نأت هذا
العام فقال لا
Benar
wahai Umar, tapi apakah aku memberitahu kamu kita akan masuk pada tahun ini.
Kata Saidina Umar, tidak wahai Rasulullah Saw.
Benar, janji Rasulullah Saw ini berlaku pada tahun berikutnya sepertimana yang terdapat dalam perjanjian Hudaibiah. Dengan itu Umrah itu dinamakan Umratul Khadak. Allah mengulas hal ini dalam Al Quran.
لقد صدق الله رسوله الرؤي بالحق, لتدخلن
المسجد الحرام إن شاء الله آمنين محلقين رؤوسكم ومقصرين لا تخافون فعلم ما لم
تعلموا فجعل من دون ذلك فتحا قريبا
Orang Islam masuk ke Mekah pada tahun itu dalam keadaan aman dan tanpa ketakutan lagi, pada tahun Hudaibiah itu Umat Islam masih dalam ketakutan. Allah yang maha Mengetahui telah menjadikan kepada Umat Islam pembukaan yang sangat hampir, iaitu pada tahun hadapannya mereka berjaya membuka Mekah. Walaupun perjanjian Hudaibaih selama sepuluh tahun tapi Allah pendekkan kepada mereka menjadi dua tahun sahaja. Bila kita memahami sejarah Perjanjian Hudaibiah kemudian Umratul Khadak, kemudian Ghazwatul Khaibar, kemudian Pembukaan Mekah dan peperangan Hunain dan Thaif baru kita dapat memahami ayat ayat Al Quran dalam Suratul Fath. Surah ini menceritakan semua peristiwa ini dan ulasan ulasan dari Allah terhadap semua peristiwa ini. Diantara nya yang belum berlaku lagi, tapi Allah sudah sampaikan jadualnya dahulu dalam Al Quran.
Sekarang Rasulullah Saw sudah mengiklankan bahwa
dia mahu membuka Khaibar, pembukaan Khaibar ini merupakan penyambungan operasi
Rasulullah Saw selepas peperangan Khandak dimana Rasulullah Saw mengahntar
tentera kepada semua kabilah Arab yang menyertai pakatan tentera Ahzab. Sudah
tentu Yahudi Khaibar lebih utama kerana merekalah penggeraknya. Pakatan tentera
Ahzab ini bermula dari Khaibar. Ketika itu Khaibar diperintah oleh Kinanah bin
Abil Huqaiq dan saudaranya Rubayyi’ dan juga Sallam bin Musykin. Mereka yang
diusir dari Madinah, bila sampai di Khaibar menjadi pemerintah di Khaibar
kerana mereka dari keturunan Yahudi yang paling mulia.
Khaibar terletak diarah Utara Madinah dalam jarak tujuh puluh batu.
Rasulullah Saw dan pejuang pejuang Islam bergerak ke Khaibar, kesemua Ahli
Hudaibiah menyertai Gfhazwah ini kecuali lima orang yang sedang sakit teruk.
Allah turunkan ayat memberi uzur kepada mereka :
ليس على الأعمى حرج ولا على الأعرج
حرج ولا على المريض حرج
Tidak menjadi kesalahan bagi orang yang buta dan
orang yang cacat dan orang yang sakit
Orang orang yang tidak dapat menyertai peperangan
kerana sakit, Allah maafkan mereka. Rasulullah Saw bergerak ke Khaibar itu pada
bulan Muharram pada tahun ketujuh Hijrah. Peperangan berlaku pada bulan Safar
setelah selesai bulan Haram.
Yahudi Madinah cuba menghalang tentera Islam
Orang orang Yahudi bila mereka dapat merasakan pergerakan ini. Saki baki
Bani Qainuqa’ masih ada di Madinah, tak semua mereka berhijrah ke Khaibar. Begitu
juga, ada kabilah kabilah Yahudi lain yang kecil kecil selain tiga kabilah yang
besar ini. Mereka masih di Madinah. Orang orang Yahudi Madinah ini cuba nak
menggagalkan pembukaan Khaibar ini. Mereka mula menyebarkan berita bahawa tak
mingkin Khaibar ditawan oleh orang Islam dan orang orang Khaibar akan
menyembelih pejuang pejuang Islam semuanya. Mereka cuba nak menakut nakutkan
orang Islam dan mereka cuba menyekat orang Islam. Yang mempunyai hutang pada
orang Islam memberi syarat kepada orang Islam supaya membayar hutang mereka
sebelum orang Islam keluar ke Khaibar. Anataranya ada seorang Yahudi namanya
Abu Syaham, dia minta hutang dari salah
seorang Islam namanya Abdullah
yang berhutang lima Dirham dari Yahudi ini. Kata Abdullah, kamu sabar sikit,
kami balik dari Khaibar nanti kami bayar pada kamu. Kata Abu Syaham, kamu tak
akan dapat membuka Khaibar, kamu akan disembelih di Khaibar, hutang aku akan
lesap, kamu kena bayar sebelum kamu keluar. Saidina Abdullah ini cuba cari
orang yang boleh menolongnya tapi tak ada orang yang boleh membantunya.
Akhirnya dia bertemu dengan Rasulullah Saw mengadu kepada Rasulullah Saw.
Rasulullah Saw perintahkan dia bayar hutangnya. Dengan itu Sahabat ini menjual pakaiannya dan membayar
hutangnya. Selepas pulang dari Khaibar, dari bahagian ghanimah Khaibar, dia
mendapat seorang perempuan dari kerabat Abu Syaham. Saidina Abdullah tawarkan
kepada Abu Syaham untuk membeli kerabatnya itu, Abu Syaham membelinya dengan
harga berganda ganda dari hutang Saidina Abdullah kepadanya sebelum perang
Khaibar. Begitulah Yahudi cuba untuk menggagalkan orang orang Islam.
Yahudi Madinah juga ingin memberitahu Yahudi Khaibar bahawa Rasulullah
Saw dan tentera Islam sedang bersiap untk menghadapi mereka. Mereka utuskan
seorang badawi dari Bani Asyja’. Ketua Munafikin juga menghantar wakilnya
memberitahu Yahudi Khaibar persiapan Rasulullah Saw Orang Islam berjaya
menangkap utusan yang dihantar oleh Yahudi tapi mereka tak berjaya menangkap
utusan yang dihantar oleh Abdullah bin Ubay. Maka berita telah sampai ke
Khaibar bahawa Rasulullah Saw sedang bersedia
untuk menyerang mereka. Rasulullah Saw dalam peperangan ini tidak
menyembunyikan tujuannya, biasanya Rasulullah Saw merahsiakan perkara ini. Tapi
dalam peperangan ini dari awal lagi Rasulullah Saw telah berterus terang untuk
menyerang Khaibar dan Allah telah menjanjikan kepada Rasulullah Saw pembukaan
Khaibar ini.
Yahudi Khaibar mula membuat persiapan untuk menghadapi tentera Islam.
Tapi mereka tak tahu bila tentera Islam akan sampai. Mereka menyusun tentera
mereka, mereka buat kubu khusus untuk perempuan dan anak anak mereka . Bagi
Rasulullah Saw peperangan ini Allah sudah beritahu natijahnya terlebih dahulu
bahawa kemenagan dipihak Islam. Pemimpin pemimpin Yahudi berbincang cara terbaik
untuk menghadapi tentera Islam. Ada yang beri cadangan supaya bertahan dalam
kubu dan ada yang kata kita keluar berperang diluar kubu. Kata Sallam bin
Musykin, tidak ada kaum yang diserang ditempat mereka melainkan mereka dihina,
kalau begitu kita yang serang mereka. Kita dah ada persiapan, kita gerakkan
tentera kita ke Madinah. Kalau kita terbunuh Kahibar masih selamat, kalau kita
menang kita bawa balik ghanimah, kalau kita tunggu kedatangan mereka kita akan
menghadapi masalah. Yahudi Khaibar menolak pandangan ini.
Yahudi Khaibar minta bantuan Bani Ghatafan
Tentera Islam seramai 1400 orang yang sedang bergerak ke Khaibar
semuanya menunggang kenderaan, keadaan Umat Islam makin baik, dikalangan mereka
ada 200 tentera berkuda, ini kali pertama tentera Islam mempunyai 200 orang
tentera berkuda sejumlah ini. Khaibar bila dengar tentera Islam sudah bergerak,
walaupun jumlah mereka sepuluh ribu tapi ketakutan menguasai hati hati mereka.
Mereka minta bantuan dari Arab Badawi. Kinanah Bin Abi huqaiq memimpin sendiri operasi
meminta bantuan dari luar. Mereka pergi kepada Bani Murrah. Ketua Bani Murrah
ini Harist bin Auf Al Murri, diantar orang yang menyertai tentera Ahzab. Kata
Harist, aku lihat Muhammad sudah makin kuat, dia dapat kemenagan demi
kemenangan, aku tak mahu memeranginya. Kemudian rombonga Yahudi ini meminta
tolong dari Bani Ghatafan pula yang tinggal tak jauh dari Bani Murrah. Ketua
Ghatafan ini Uyaynah bin Husn, seorang yang tidak cerdik tapi sangat ditaati
oleh pengikutnya. Dia digelar Al Ahmaq Al Mutoo’- seorang bodoh yang ditaati.
Dia juga menyertai pakatan Ahzab. Kalau dia buat arahan 10 ribu Ghatafan akan
bergerak. Uyaynah terus menghantar bersama Kinanah ini seribu orang tenteranya
dan dia kan hantar lagi empat ribu tentera. Orang orang Yahudi gembira dengan
bantuan ini. Bila harist dengar berita ini dia datang menasihati Uyaynah kerana
Uyaynah kawan baiknya.
Kata Harist, wahai Uyaynah, jangan kamu menyokong Yahudi Khaibar.
Kenapa? Kata Harist, wahai Uyaynah, Muhammad bukan selemah dulu lagi, mereka telah
kuat. Kata Uyaynah, dia tak akan mampu mengalahkan kami dan Yahudi. Kata
harist, wahai uyaynah, aku telah dengar dengan telinga kau Sallam bin Musykin
berkata, Yahudi akan disembelih dua kali. Yang pertama di madinah dan sudah
berlaku pada Bani Quraizah dan satu lagi di Khaibar, jangan kamu sertai mereka.
Kata Uyaynah, kenapa Sallam juga ingin berperang? Kata Harist, kerana taasub
pada kaumnya. Kata Uyaynah, kalau begitu aku ikut dia. Begitulah tak cerdiknya
Uyaynah ini, dia dah dengar semuanya tapi masih nak membantu Yahudi juga. Dia
mempersiapkan empat ribu tenteranya.
Rasulullah Saw meneruskan perjalanan ke Khaibar dan Rasulullah Saw
hantar pasukan perisik dulu yang diketuai oleh Saidina Abbad bin Bisyr.
Rasulullah Saw Tanya kepada tentera Islam, siapa yang boleh tunjuk jalan supaya
kita mendatangi Khaibar dari arah Utara, dari arah Syam. Rasulullah Saw nak
menyerang Khaibar dari arah Syam supaya mereka tidak lari ke Syam. Kalau
berlaku kekalahan Yahudi akan lari ke Syam, dari awal Rasulullah Saw sekat
jalan mereka ke Syam. Bagitulah Rasulullah Saw dapat membaca apa yang akan
dilakukan oleh tentera Yahudi kalau mereka kalah. Ada seorang Sahabat yang
menunujukkan jalan itu. Rasulullah Saw mengeluarkan arahan supaya jangan ada
seorang pun memdahului barisan depan tentera. Barisan pertama ini berjalan
serentak, tersusun. Sampai satu ketika ada seorang tentera Islam terkedepan,
Rasulullah Saw pangil dia, rupanya untanya laju, Rasulullah Saw hukum dia, dia
dikurung. Rasulullah Saw mahu peperangan ini berlaku dalam keadaan korban yang
paling minimum. Kalau tentera berjalan dalam keadaan tak tersusun mereka boleh
diserang dari mana mana penjuru tapi kalau tentera berjalan dalam keadaan
tersusun susah bagi orang untuk menyerang mereka.
Selepas itu, mereka dapat melihat ada tentera dibelakang mereka, tentera
Uyaynah seramai empat ribu orang sedang datang ke Khaibar untuk membantu
Yahudi. Tentera ini berjalan dibelakang tentera Rasulullah Saw. Tentera Islam
menjadi risau, sekarang Yahudi didepan mereka dan Ghatafan datang dari belakang
mereka. Didepan mereka 11 ribu orang tentera dan dibelakang mereka empat ribu
orang tentera. Rasulullah Saw hantar wakil menemui Uyaynah. Berbagai bagai
tawaran Rasulullah Saw beri pada dia dan wakil Rasulullah Saw cuba menakutkan Uyaynah
tapi tak berjaya, dia berkeras untuk membantu Yahudi, sekutunya. Bila dah
sampai dekat Khaibar, Uyaynah masuk dulu kedalam Khaibar dan dia tinggalkan
tenteranya seramai 4 ribu itu diluar. Ketika itu Rasulullah Saw hantar wakil
lagi bertemu dengannya, kali ini Rasulullah Saw hantar Saidina Saad bin Ubadah.
Kata Saidina Saad, wahai Uyaynah, bawa balik Ghatafan, Khaibar ini Allah telah
berjanji akan membukanya untuk kami. Kalau kamu balik, untuk kamu hasil buah
buahan Khaibar setahun. Uyaynah tetap menolak. Kata Saidina Saad, ini peluang
untuk kamu, terima sekarang, kalau Khaibar sudah dibuka nanti kamu tak akan
merasainya melainkan dengan pedang. Kata Uyaynah, silakan perangi kami, kamu
tak akan mampu menghadapi kami dan Yahudi Khaibar, tak ada perbincangan antara
kita melainkan dengan pedang. Saidina Saad pulang melapurkan kepada Rasulullah
Saw. Kata Rasulullah Saw, kita bertawakkal kepada Allah, Allahlah sebaik baik
pembela.
Bantuan datang
Tentera Islam terus bergerak dibelakangnya empat ribu tentera Ghatafan
dan sedang menunggu dalam kubu 11 ribu Yahudi Khaibar, seribu dari mereka
Ghatafan. Tiba tiba berlaku perkara pelik kepada tentera Ghatafan yang
dibelakang tentera Islam. Ada orang datang kepada mereka dari arah Ghatafan
menjerit minta tolong, cepat selamatkan isteri isteri kamu dan anak anak
kamu!! cepat selamatkan isteri isteri kamu dan anak anak kamu!!
Tentera Ghatafan yang empat
ribu ini segera patah balik ke Gahtafan, mereka juga hantar wakil melaporkan
kepada Uyaynah, Uyaynah segera meninggalkan Khaibar dan pulang ke gahtafan.
Bila sampai di Ghatafan mereka lihat tak ada apa apa yang berlaku. Semuanya
seperti biasa. Mereka Tanya apa yang berlaku, kata yang di sana tak ada apa apa
yang berlaku. Apakah kamu hantar orang minta tolong dari kami? Kami tak ada
menghantar sesiapa. Siapa lelaki yang telah menipu daya Ghatafan ini, sejarah
tidak menyebut namanya, mungkin dari kalangan Malaikat yang datang membantu tentera Islam. Uyaynah mengarahkan
tenteranya berpatah balik ke Khaibar. Tapi mereka sampai dah terlewat, ketika
mereka sampai, tentera Islam sudah menguasai separuh dari Khaibar.
Saidina Amir bin Maslamah
menghiburkan tentera Islam dengan nasyid dalam perjalanan
Semasa dalam perjalanan
Rasulullah Saw Tanya siapa yang mahu bernasyid kepada tentera Islam. Unta unta
juga suka mendengar nasyid sambil berjalan. Ketika itu A’mirbin Akwa’ saudara
Salamah bin Akwa’ bernasyid. Dengan suaranya yang merdu dia bernasyid,
Rasulullah Saw dan para Sahabat semua terhibur dengan suara Saidina A’mir ini bahkan
unta unta pun sampai berlengguk lengguk jalannya. Unta ini bila dia seronok dia
akan berlenggok lenggok. Ketika itu ada dua puluh orang serikandi Islam ikut
serta dalam peperangan ini. Kerudup mereka pun berlenggok sampai mereka hampir
hampir jatuh dari atas unta.Mereka mengadu kepada Rasulullah Saw, Rasulullah
Saw minta Saidina Amir berhenti dulu kerana kesian dengan para serikandi yang
kan jatuh dari unta kalau diteruskan. Rasulullah Saw kerana terlalu gembira
dengan Saidina A’mir sehinga Rasulullah Saw berkata YarhamukAllah. Kata Saidina
A’mir, telah wajiblah wahai Rasulullah Saw. Bila Rasulullah Saw menyebut
YarhamukAllah kepada seseorang itu tanda dia kan mati. Tapi begitulah ketentuan
Tuhan, kalimah itu telah keluar dari mulut Rasulullah Saw. Ini isyarat kepada
kesyahidan Saidina A’mir.
Bila dah kelihatan kebun
kebun Khaibar dari jauh, tentera Islam mula bertakbir dan bertahlil dengan
suara yang sangat kuat. Rasulullah Saw menegur tentera Islam. Kata Rasulullah
Saw :
أربعوا أربعوا على أنفسكم إنكم لا تدعون أصما
Perlahankan
suara kamu, perlahankan suara kamu kerana kamu tidak berdoa kepada Tuhan yang
tidak mendengar.
Rasulullah
Saw juga mula berdoa dan para Sahabat juga berdoa dengan Rasulullah Saw.
اللهم رب السموات وما أظللن ورب
الأرضين وما أقللن ورب الشيطين وما أضللن ورب الرياح وما أذرينا فإنا نسألك خير
هذه القرية وخير أهلها وخير ما فيها ونعوذبك من شرها وشر أهلها وشر ما فيها,
أقدموا باسم الله
Wahai
Allah Tuhan segala langit dan segala yang dinaungi langit, dan Tuhan segala
bumi dan apa yang ada dibumi, Tuhan semua syaitan dan apa yang mereka sesatkan
dan Tuhan segala angin dan apa yang ditiup angin, sesungguhnya kami bermohon
kebaikan negeri ini dan kebaikan penduduknya dan kebaikan apa yang ada padanya.
Kami berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan penduduknya dan
kejahatan yang ada didalamnya. Majulah dengan nama Allah.
Malam
tentera Islam sampai ke Khaibar Allah lenakan semua penduduk Khaibar. Khaibar
ini dipagari oleh kubu yang kuat tapi kebun kebun orang Khaibar yang sangat
luas itu diluar kubu mereka. Setiap pagi sebelum petani petani keluar kekebun
mereka mereka menghantar tentera dulu memeriksa kawasan itu kalau tentera Islam sudah
sampai. Biasanya tentera keluar sebelum subuh tapi hari itu mereka semua lewat.
Petani petani nak segera kekebun mereka mereka tak tunggu tentera lagi. Bila
mereka keluar tiba tiba mereka jumpa tentera Islam dibelakang kebun mereka.
Mereka semua lari masuk semula kedalam
dalam Khaibar. Ada dikalangan tentera Islam yang bersemangat nak teruskan
mulakan serangan, Rasulullah Saw tenangkan mereka. Kata Rasulullah Saw bukan
begini strategi berperang. Sabda Rasulullah Saw :
لا تتمنوا لقاء العدو فإذا لقيتموه
فاصبروا
Jangan kmu
bercita cita untuk bertempur dengan musuh tapi bila kamu sudah berada dalam
pertempuran hendaklah kamu sabar.
Rasulullah Saw kumpulkan orang Islam dan minta
mereka berdoa:
اللهم أنت ربنا وربهم ونواصينا
ونواصيهم بيدك إنما تقتلهم أنت
Wahai Allah,
engkaulah Tuhan kami dan Tuhan mereka, nasib kami dan nasib mereka ditangan
kamu. Allahlah yng membunuh mereka.
Rasulullah
Saw mengingatkan tentera Islam supaya pergantungan mereka bulat dengan Tuhan
dan supaya tentera Islam membetulkan niat mereka. Mereka hanya melahirkan sebab
tapi yang kan memenagkan ialah Allah. Allah yang akan membunuh orang orang
Yahudi. Rasulullah Saw membahagikan tugas, Saidina Umar mengetuai kawalan,
Saidina Osman mengetuai pentadbiran dan bekalan tentera Islam.
Rasulullah
Saw berdakwah kepada Yahudi sebelum perang
Kemudia
Rasulullah Saw hantar wakil kepada Yahudi menyeru mereka kepada salah satu dari
tiga pilihan. Samada Islam sehingga mereka jadi sebahagian dari masyarakat
Islam ataupun jizyah, mereka bayar jizyah dan mereka masuk tunduk dibawah
pemerintahan Islam tapi semua harta dan anak isteri mereka kekal ditangan
mereka dan mereka boleh kekal dalam agama Yahudi atau mereka menghadapi
peperangan dengan tentera Islam. Kata Yahudi, kami akan hantar wakil memberi
jawapan sekejap lagi. Wakil Rasulullah Saw balik memberi laporan kepada Rasulullah
Saw. Tiba tiba pintu kubu mereka dibuka dan kelur tentera berbondong bondong
menyerang Umat Islam. Bermulalah peperangan. Akhirnya tentera Yahudi terpaksa
berundur dan menutup semula pintu kubu mereka. Maka telah jelas dari awal lagi
mereka ingin berperang dengan Rasulullah
Saw. Ketika itu Rasulullah Saw arahkan supaya ditebang pokok tamar mereka.
Tentera Islam menebang 400 pokok tamar. Dengan itu terhiris hiris hati mereka.
Kata mereka, kalaupun kita menang harta kita habis, biarlah kita bayar jizyah
atau kita mohon perdamaian dari Muhammad. Pemimpin pemimpin Yahudi tak setuju
dengan pandangan ini. Kata mereka Khaibar tak akan tertipu. Ketika itu mereka
tekad untuk terus berperang. Kata mereka, biar kitab yang mulakan serangan,
mereka membuka pintu kubu dan keluar salah seorang pnglima mereka Marhab,
manakala kubu mereka diketuai oleh Harist saudara Marhab. Orang Islam menyangka
mereka akan ajak satu lawan satu, tiba tiba keluar dibelakang Marhab tentera
Khaibar maka bermulalah pertempuran yang sengit, tentera Islam terpaksa
berundur, serangan tentera Khaibar sampai kepada Rasulullah Saw, Rasulullah Saw
sendiri terpaksa mempertahankan dirinya. Akhirnya tentera Islam berjaya memaksa
tentera Khaibar masuk kedalam kubu mereka semula.
Sekarang orang Yahudi yang
menentukan bila masa mereka mahu menyerang. Selepas serangan ini Rasulullah Saw
perintahkan tentera Islam berehat. Ketika mereka berehat itu salah seorang dari
tentera Islam, Saidina Mahmud bin Maslamah saudara Muhammad bin Maslamah. Dia
pergi duduk dibawah satu kubu yang ditinggalkan. Yahudi dari kubu mereka dapat
melihat Saidina Mahmud ini. Marhab datang melontar batu besar dari atas kubu
kekepala Saidina Mahmud. Dia cedara parah tapi belum mati dan dia sempat pergi
ketempat tentera Islam, selepas itu dia syahid. Inilah syahid yang pertama
dalam peperangan ini.
Sekarang Yahudi serang
tentera Islam dengan panah pula, tentera Islam dihujani oleh panah Yahudi dari
kubu mereka. Satu hari orang Islam tak boleh rehat, mereka terpaksa menepis
panah. Kerana banyaknya panah, sampai satu darinya mencederakan jari Rasulullah
Saw. Saidina Hubab pakar perang Umat Islam datang memberi pandangan kepada
Rasulullah Saw, kawasan ini terbuka dan panahan Yahudi sampai pada kita, lebih
baik kita berundur sikit. Kata Rasulullah Saw, bukan sekarang nanti Yahudi akan
kata kita telah takut. Sampai malam baru Yahudi berenti memanah, maka
Rasulullah Saw rahkan tentera Islam berpindah ketempat yang tak sampai panah.
Besoknya tentera Islam bersiap siap untuk menhadapi pertempuran. Rasulullah Saw
memberi arahan jangan ada siapa yang keluar kepada Yahudi melainkan dengan
izinku. Bila dibuka kubu Yahudi keluar tentera Khaibar yang ingin minta satu
lawan satu, ada seorang tentera Islam dari Badawi Bani Asyja’ melanggar arahan
Rasulullah Saw, dia keluar kepada tentera Yahudi, ketika itu dia dibunuh oleh
mereka. Orang kedua terbunuh tapi dia terbunuh kerana melanggar arahan
Rasulullah Saw. Ketika itu Rasulullah Saw bersabda ;
لا تحل الجنة لعاص
Tidak dihalalkan syurga kepada orang yang ingkar dengan perintah
Bila kubu dibuka keluar seorang hamba kulit hitam,
hamba kepada salah seorang Yahudi menternak kambing. Dia datang dengan
kambingnya ketempat orang Islam dan masuk Islam ditangan Rasulullah Saw.
Rasulullah Saw gembira dengan keIslamannya. Dia Tanya Rasulullah Saw, apa yang
dia nak buat dengan kambing kambing itu? Ini amanah ditangan aku, apa yang
patut aku buat? Apakah kamu mahu mengambilnya? Kata Rasulullah Saw, ini amanah
kamu kena pulangkan, kami tak akan megambilnya walaupun tuannya musuh kami.
Kata Sahabat yang baru masuk Islam ini, kalau mereka tahu aku Islam mereka akan
bunuh aku. Kata Rasulullah Saw, lepaskan kambing itu kearah kubu mereka,
katanya, nanti berterabur wahai Rasulullah Saw, kata Rasulullah Saw lepaskan
kearah kubu mereka. Dengan arahan Rasulullah Saw itu dia melepaskan kambing
kambing itu kearah kubu, berkat Rasulullah Saw kambing kambing itu berjalan
kekubu macam dipimpin oleh pengembala.
Selepas itu berlaku pertempuran, Sahabat ini ikut
bertempur, dia Islam selepas Subuh, sebelum zohor dia syahid sebelum dia sempat
sembahyang walaupun satu rakaat. Kata Rasulullah Saw : Siapa yang ingin melihat
kepada ahli syurga yang tidak pernah sembahyang kepada Allah walaupun satu
rekaat, lihatlah kepada lelaki ini. Sekarang bersamanya dua orang bidadari
syurga.
0 ulasan:
Catat Ulasan