Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Demi Menyara Keluarga, Isteri Kepada Pilot MH17, Allahyarham Kapten Wan Amran Berniaga Di Bazar Ramadan

Imej
Mariyam (dua, kiri) bersama Hana Shakirah (kiri) sedang melayan pelanggan di gerainya. PETALING JAYA: Pemergian suami yang terkorban dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 17 Julai tahun lalu mendorong Mariyam Yusoff memerah keringat mencari rezeki demi menyara kehidupan bersama anak-anak. Apatah lagi Aidilfitri bakal menjelang kurang sebulan sahaja lagi menyebabkan isteri kepada Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin ini giat mengusahakan perniagaan biskut raya, di samping berniaga di bazar Ramadan.  Mariyam berkata, hasrat menjual biskut raya itu adalah kesinambungan perniagaan yang diusahakannya sebelum ini sepanjang Ramadan pada 2013. Bagaimanapun ibu kepada Wan Yunus Uzair, 12, dan Wan Yusuf Irfan, 10, ini memutuskan untuk berehat daripada berniaga pada Ramadan tahun lalu selepas dinasihatkan suami. “Tahun lalu sebelum kejadian (nahas MH17), arwah berpesan supaya tidak berniaga kerana kata arwah masanya tidak menentu di rumah jadi lebih b...

Berhati-Hati Bila Terima Gaji Awal

Penjawat awam yang menerima gaji dan bonus RM500 pada 25 Jun lalu, dijadualkan menerima gaji awal untuk Julai iaitu pada 9 haribulan, manakala gaji berikutnya pada 25 Ogos. Seorang perunding kewangan dari Great Eastern Takaful Ahmad Humaizi Mat Noor berkata penjawat awam perlu bijak berbelanja semasa Hari Raya. Mereka perlu menetapkan dalam minda masing-masing bahawa gaji yang dibayar pada 9 Julai itu seharusnya digunakan untuk bulan Ogos. "Harus diberi perhatian serius kerana kehidupan anda bergantung kepada gaji tersebut selama 46 hari sebelum akaun kembali terisi dengan gaji bulan berikutnya," katanya. Dalam temu bual dengan Bernama, beliau mengajukan beberapa saranan kepada penjawat awam dalam merancang perbelanjaan. Bencana Buat Penjawat Awam?  Ahmad Humaizi berkata bajet untuk keperluan Aidilfitri, yang dijangka disambut pada 17 Julai, harus dibuat berdasarkan gaji diterima pada 25 Jun berserta bonus RM500 yang diberikan kerajaan. Pendapata...

Doa Selepas Tarawih Yang Menusuk Jiwa

Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu di Surau Tmn Sri Wangi, Kuching. Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua. Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya; MUNAJAT RAMADHAN… Ya Allah…ya Rahman…ya rahim… Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar. Ya Fattahu ya alim… Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu meliha...

Menitis Air Mata Membacanya - Rintihan Ramadhan

Thursday, June 25, 2015 Ramadhanku Ramadhan. Berpuluh tahun sudah Allah rezkikan aku menghadapi Ramadhan. Nikmat yang cukup besar. Tak terbilang. Lebih lagi tidak setimpal dengan apa yang sering aku persembahkan. Ramadhan kali ni sekali lagi aku menyambutnya jauh dari tanah air. Bukan hal yang tak biasa sejak tahun-tahun kebelakangan. Hal yang luar biasalah jika dapat berpuasa di Malaysia tercinta. Berada jauh di tanah inggeris,berpuasa untuk 19jam benar-benar memberi warna yang berbeza disudut rasa. Warna yang terlahir dek suasana lahir juga warna yang tercorak oleh suasana batin.  Oh Tuhan.. Acapkali Ramadhan disambut dengan amukan perasaan yang bercampur baur dan saling berlawan. Berlaku juga ujian-ujian besar dalam hidup di bulan suluk agung ini. Diatas semua itu,hal yang paling ditakuti ialah bilamana hati menyedari bahawa kejahatan selama ini nafsu lah puncanya memandangkan syaitan diikat kuat dineraka namun maksiat tetap berlaku jua.  Dapatkah sebulan penuh berkat ini m...

Boleh Percayakah? Ada Orang Yang Rela Masuk Neraka

Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya.  Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana umatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam".  Nabi Musa AS kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu...

Apa Yang Berlaku Ketika Hampir Mati

Imej
Ketika menziarahi kematian seseorang, kita akan hanya dapat melihat sekujur tubuh terletak di pembaringan. Kita hanya melihat jasadnya yang kaku. Tidak ada gerak malah tidak nadi, tidak ada nafas. Tubuh yang ketika hidupnya kita pernah bersalaman, berbual bicara dengannya.  Kita hanya tahu tentang pengalaman kematiannya berdasarkan keadaan tubuhnya. Kesakitannya ketika hampir mati mungkin dapat kita bayangkan. Jika mati kemalangan, tentu kita dapat bayangkan kecelakaan yang menimpanya. Boleh mengagak. Jika mati sebab sakit tentu juga dapat dilihat kesan kesakitannya atau proses rawatan yang telah dilaluinya.  Hakikatnya kita tidak tahu apa yang terjadi pada simati ketika nyawanya akan terpisah dari badan. Ruhnya dicabut secara paling lembut atau direntap keluar? Apakah ujian yang getir yang mendatanginya ketika itu? Jasad lahir yang kita lihat hanya terlalu ringan keadaannya jika dilihat secara mata hati - apa yang ditempuhnya sebelum malaikat maut mengambil nyaw...

Wanita Cina Beragama Budha Kutip Dan Bela Anak Melayu Yang Dijumpa Dalam Tong Sampah!!

Imej
Sedang duduk di pejabat pertanyaan, datang seorang perempuan tua berbangsa Cina berumur 60 tahun bersama dengan dua orang kanak-kanak lelaki. Saya hairan kerana kanak-kanak tersebut memanggil wanita tua itu 'mummy'. Hairan, kedua-dua kanak-kanak itu langsung tiada iras-iras wajah berketurunan Tiong Hwa. Maka saya pun bertanya kepada wanita itu. "Aunty, budak dua orang ini siapa?" "Ini Ridzuan dan ini Jefri. Anak angkat saya. Dua orang ini saya pelihara semasa mereka masih bayi. Ridzuan kena buang di tempat buang sampah dalam kotak. Manakala Jefri pula ditinggalkan oleh ibunya dan keluarganya menyerahkan kepada saya untuk dijaga," katanya. Saya pun tergamam seketika.  "Saya beragama Buddha tetapi anak saya ini saya kekalkan agama mereka, Islam. Saya hantar pergi ke kelas agama dan mereka juga turut berpuasa bila tiba bulan Ramadan. Bila makan, saya akan pastikan mereka makan makanan yang halal dan kami menggunakan pinggan ya...

Warkah Misteri Malam Raya

Karya: Muhammad Rusydi  ( Rusydee Artz ) Malam raya. Ibu mengetuk pintu bilikku. Menghulurkanku sepucuk surat. “Apa ni, mak?” “Ada orang bagi tadi. Untuk kamu.” Ibu berlalu pergi ke ruang tamu, menyambung kerja menghias rumah dengan adik dan kakak. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Dengan cermat, aku membuka sampul berisi surat.  Ku teliti tulisannya. Kemas. Tulisan siapakah ini? Tidak ku kenali.  Bersila di atas katil. Ku amati bait-bait tulisan di helaian surat. Ringkas saja isinya. “Assalamualaikum. Maaf mengganggu.  Sebenarnya sudah lama saya memerhatikan awak. Awak boleh panggil saya stalker kalau awak nak. Sebelum puasa lagi, saya nak sangat jumpa dengan awak. Awak tahu tak betapa saya berkenan dengan awak?” Hatiku mulai berdebar-debar. Rupanya aku ada peminat dalam diam. Mesti awek ni. Kembang kuncup sekejap hidungku. Tersipu-sipu. Tak sabar-sabar lagi, terus aku membaca perenggan yang seterusnya. “Sejak tahun-tahun dulu lagi sebenarnya saya dah lama ...

Maha Hebat KuasaMu Ya Allah!

Imej
Keindahan bumi Allah ini memang tiada tandingannya dengan lakaran buatan dan imaginasi manusia. Tentunya syurga itu lebih indah. Di bawah ini adalah koleksi gambar-gambar menarik dari seluruh dunia dan dari ramai jurugambar. KREDIT SUMBER: MALAYSIASENSASI

Panduan Ilmu Tentang Puasa

Niat Puasa -  "Sahaja aku berpuasa,  pada esok hari  kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan  pada tahun ini  kerana Allah Taala" Syarat Wajib Puasa :- 1. Islam 2. Baligh 3. Berakal 4. Sihat 5. Bermukim (Tidak Musafir) 6. Suci (Dari Haid Dan Nifas) Syarat Sah Puasa :- 1. Islam 2. Berakal & Mumayyiz 3. Suci (Dari Haid Dan Nifas) 4. Nyata masuknya bulan Ramadhan Rukun-Rukun Puasa:- 1. Orang Yang Puasa 2. Berniat 3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa Perkara Yang Membatalkan Puasa :- 1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja 2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka 3. Muntah Dengan Sengaja 4. Keluar Haid & Nifas 5. Gila 6. Murtad 7. Keluar Mani Dengan Dengaja 8. Bersetubuh Di Siang Hari Perkara Sunat Ketika Puasa :- 1. Segera Berbuka Puasa 2. Berbuk...

Jangan Tak Tahu Ramai Ustaz Penceramah Berfaham Wahabi!!!

SIAPAKAH WAHABI?   Wahabi bukan kerana mereka tidak membaca Qunut Subuh lalu mereka  dipanggil Wahabi, kerana tiga Mazhab ASWJ lain tidak pun membaca Qunut  Subuh, itu perbezaan pandangan (khilafiyah) di kalangan para Imam Mazhab  Empat; bukan juga kerana tidak membuat kenduri arwah kerana ada satu  qawl dalam mazhab shafie yg tidak menggalakkannya, bukan juga kerana itu  dan ini tetapi Wahabi adalah satu cara berfikir yang salah yang  membentuk satu gerakan ekstrem yang boleh memecahbelah masyarakat.  Kemuncak ekstrem dan radikal Wahabisme boleh sehingga membawa  pertumpahan darah seperti IS,ISIL, ISIS, al-Qaeda, Taliban...semua itu  adalah didikan Wahabi.  Dakyah Wahabi berjaya menarik ramai pengikut kerana slogan menarik mereka yang menyeru konon-kononnya:  -- jangan "taqlid"  -- jangan "mengikut membuta tuli"  -- jangan "taksub Mazhab"  -- "kembali kepada Al-Quran dan al-Sunnah"  dan banyak lagi... ...

55 Amalan Luar Biasa Oleh Rasulullah SAW

ADAKAH KITA TELAH BUAT DAN PRAKTIKKAN 55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH... 1. PANDANGAN MATA Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk. 2 MAKAN GARAM Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir. 3. MINUM TANGAN KANAN Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri. 4. SESAAT DI JALAN ALLAH Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat" 5. LANGKAH KANAN Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan. 6. MAKAN TIGA JARI Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita maka...