Keberkesanan fungsi rumahtangga dapat dilihat dan diukur pada situasi masyarakat, kerana rumahtangga adalah penentu dan penyumbang utamanya. Kalau ahli rumahtangga itu bertaqwa, takut dan cintakan Allah, hidup aman damai, harmoni dan bahagia, maka masyarakat pun akan turut memiliki ciri-ciri tersebut.
Runtuhnya institusi keluarga, berkrisis, bergaduh, hilang kasih sayang, roboh perpaduan maka masyarakat pun turut dilanda dengan berbagai gejala sosial.
Orang yang bertaqwa itu sebenarnya mereka yang mengaku kepada Allah bahawa hidup matinya adalah untuk Allah. Dalam keadaan inilah para isteri sewajarnya dipimpin untuk siap menerima poligami sebagai hukum Allah. Tidaklah perlu melatah dan meraung. Ianya sunnah yang telah ditetapkan. Allah maha tahu hakikat murninya dan indahnya poligami jika dilaksanakan atas dasar takutkan Allah SWT.
Bahkan seluruh detik kehidupan kita sewajibnya mengikut landasan hati yang takut Allah. Inilah faktor mendapatkan keredhaan Allah semasa hidup di dunia. Tapi kita dapati, dalam hidup sebahagian isteri, mereka sangat takut dengan poligami yang Allah syariatkan dan yang Nabi sunnahkan! Mereka membenci sesuatu yang disukai oleh suami mereka! Padahal bijaklah wanita kalau menyokong kesukaan Allah, Rasul dan suaminya!
Justeru, kenapa para wanita terjebak dalam sikap yang malang ini?
Hidup adalah dari Allah untuk Allah. Ertinya matlamat hidup ialah bertaqwa kepada Allah. Hidup adalah untuk mendapat Allah sehingga hati jadi takut kepada Allah! Hati yang sentiasa merasa takut dengan Allah adalah seindah-indah hati, setenang-tenang hati dan sebaik-baik hati!
Suami bukan matlamat hidup seseorang isteri. Dalam Islam seorang isteri itu kena jadikan suaminya 'sebab' untuk dia mendapatkan Allah dihatinya! Suami menurut Islam ialah seorang yang paling mampu untuk membuatkan hati isterinya mendapat rasa takut kepada Allah! Suami jambatan untuk isteri dapatkan Allah. Inilah peranan suami.

Jika hati isteri dan suami sudah terhubung dengan Allah nescaya masalah rumah tangga dapat diselesaikan. Tidaklah mudah berlaku perceraian. Sebaliknya perkahwinan adalah ikatan hati untuk melayari bahtera rumahtangga menembusi lautan dunia untuk berlabuh di syurga yang kekal abadi.
Jika kita boleh didik isteri untuk menerima poligami, ianya adalah pertunjuk positif untuk keselamatan rumah tangga kita. Dan jika tidak mampu, berdoa dan merintihlah agar Allah ampunkan kita. Pastikan kehendak kita yang diikuti isteri bukan sebaliknya.
Jika suami sudah boleh berpoligami, pastilah suami itu yang benar-benar berjaya mencatur keluarganya. Kepada para suami yang belum berpoligami, pastikan isteri anda taat - sebenar-benar taat dengan anda sebagai ketua rumah tangga. Jangan benarkan isteri anda membuat keputusan dalam bahtera rumah tangga yang anda adalah nakhodanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan