Walaupun kes ini berlaku di Amerika Syarikat, KFC Malaysia juga mungkin terkena tempiasnya. Apa yang penting, semua pemilik restoren di negara kita perlu bertanggung jawab. Pastikan semakan hidangan dibuat sebelum menghidangkannya kepada pelanggan. Tetapi berapa ramai pekerja yang mempunyai jiwa yang peka. Bukan mudah pula melatih mereka jadi orang yang sensitif dengan apa yang mahu dihidangkan kepada pelanggan.
Isu yang berlegar di sekitar makanan di restoran terlalu banyak. Pengguna sahaja yang menanggung risiko. Lihatlah gambar di bawah!! Kalau diperhatikan - tidak mungkin daging ayam ada 'ekor'
CALIFORNIA - Seorang pelanggan restoran makanan segera popular, Kentucky Fried Chicken (KFC) terkejut menemui makanan yang dipesannya itu merupakan seekor tikus goreng.
Devorise Dixon, memuat naik video dan gambar penemuan yang mengejut itu di laman Facebook dan kini telah tersebar di seluruh dunia sehingga menimbulkan perasaan panik terhadap pelanggan restoran itu.
"Saya kembali semula ke KFC semalam dan mengadu penemuan itu pada manager dan dia juga mengakui apa yang dilihatnya itu adalah tikus. Beliau meminta maaf, namun sudah tiba masa untuk mencari peguam. Berwaspada, jangan makan makanan segera," katanya.
Berdasarkan video, kelihatan seketul daging goreng yang tidak tumpah seperti ayam goreng KFC nampak rangup. Tetapi menimbulkan rasa pelik apabila melihat daging itu mempunyai 'ekor'.
Penemuan yang mengejutkan ini bukan berlaku di Malaysia dan difahamkan pihak KFC seluruh dunia diserang dengan pelbagai pertanyaan mengenai penemuan yang menjijikan ini.
Berikutan itu, Ibu Pejabat KFC mengeluarkan kenyataan akan menyiasat perkara berkenaan.
"Kami memandang serius akan aduan yang dikemukakan oleh pelanggan. Kami akan menyiasat perkara ini untuk memastikan ianya diselesaikan secepat mungkin,"
Sementara itu netizen pula meluahkan rasa jijik mereka sehingga memberikan gelaran baru kepada restoran itu, Kentucky Fried Rat. - THEHYPEMEDIA.COM
SUMBER:
0 ulasan:
Catat Ulasan