Tanya siapa sahaja, pasti akan akui betapa tenatnya akhlak remaja masa kini. Adakah keruntuhan moral remaja kini sudah tidak dapat dibendung? Rata-rata kita lihat remaja bermasalah. Cara berpakaian yang serabut. Rambut berbagai warna dengan gaya macam baru bangun tidur.
Lihat muka dan wajah mereka pun sudah meluat. Itulah rasa yang terselinap di dalam hati. Mulut kita tetaplah cuba senyum walaupun dalam hati rasa tersiksa melihat rupa dan sikap mereka. Hakikatnya rasa kasihan dalam hati. Inilah wajah anak bangsa seagama yang sudah jauh tersasar.
Tangan mengepit rokok - baru berusia 13 - 14 tahun tetapi sudah 'pakar' dalam menghisap benda haram itu. Melepak tanpa ada kerja malah hanya berseronok, bergelak ketawa. Tengok orang ramai atau anak gadis yang lalu lalang. Masa dan umur di usia remaja habis begitu sahaja. Tentu Ibubapa mereka sedih melihat anak remaja sebegitu.
Hendak salahkan siapa?
Di sekolah, murid berdepan dengan guru dan suasana sekolah yang sepatutnya membantu membina sahsiah mereka. Di rumah, sejak anak-anak ini lahir, suasana rumah tangga, dan sikap ibu bapalah yang mencorakkan mereka.
Secara semula jadi, ibubapa adalah pencorak asas apa jua yang ada pada anak-anak mereka. Zuriat yang terbina di dalam rahim siisteri di'cetak' secara halus - secara langsung atau tidak. Darah daging itu terbina dari gabungan 2 insan - suami isteri, ibu dan bapa.
Kemudian kehidupan di dalam keluarga itu juga amat mempengaruhi si anak. Pemikiran, kejiwaan, perasaan, emosi, tabiat, kecenderungan, bakat dan tingkah laku semuanya dicorakkan oleh ibu bapa dan suasana keluarga yang ada.
Anak-anak ini hanya masuk belajar di pra-tadika di usia 5 tahun. Ertinya setelah 4 tahun terasuh dan terdidik oleh ibubapa dan keluarga, barulah guru tampil menjadi 'pencorak' diri mereka seterusnya. Itupun hanya waktu yang singkat. Masa selebihnya yang banyak berada di rumah. Pengaruh didikan atau suasana di ruamh masih terus mendominasi pertumbuhan mental, spiritual, emosi, perasaan dan tingkah laku si anak.
Malangnya bila sampai di peringkat menengah, jika berlaku hal negatif pada anak-anak, guru-guru pula yang dipersalahkan!! Memang tidak patut. Tetapi itulah kebiasaan manusia bermasalah. Ibubapa bermasalah akan sentiasa menyalahkan orang lain terutama guru-guru. Mereka lebih rela menuding jari kepada orang lain daripada tunduk muhasabah diri untuk mengaku silap lalu bertindak buat perubahan.
Ibubapa bermasalah akan lahirkan anak-anak bermasalah. Ibubapa adalah acuan utama 'mencetak' anak-anak. Menyalahkan guru hanya merumitkan hubungan ibubapa dan guru. Anak-anak akan bertambah keliru dan kacau bilau. Jangan biarkan guru di persalahkan tetapi suluh semula salah silap ibu bapa..
renungi luahan hati penyair dan sasterawan negara A. Samad Said
renungi luahan hati penyair dan sasterawan negara A. Samad Said
Murid sekarang..
Ya Allah amat menguji keimanan cikgu.
Sabarlah cikgu..jangan hilang pertimbangan ..
Mana tak Melayu lemah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah
Beli buku tak mampu
Hand phone pintar dalam saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu
Aku pelanggan
Aku raja
Naik kepala
Cikgu ajar patut patut
Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput
Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan server
Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya generasi idaman
Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...
0 ulasan:
Catat Ulasan