Assalamualaikum
Cuti summer first year kat Jordan, aku pergi Turkey. Cuti summer untuk second year ni aku pergi Syria. Macam biasa aku minat travel secara adventure, kalau masa aku pergi Turkey berdua, kali ni aku ke Syria hanya seorang. Takde sorang pon housemate aku yang tahu aku pergi Syria. Actually, aku pergi Syria pun nak jumpa kawan satu sekolah, satu dorm, satu kelas, dan segala satu. Alang-alang dah jejak kat sana, terus melencong pergi jalan-jalan.
Nak ke Syria dari Jordan tak susah mana, boleh naik bas atau 'sirfis'. Sirfis ni sebenarnya berasal dari perkataan 'Service' atau teksi la senang cite. Konsep sirfis ni macam kereta sapu, diorang akan kumpul 4 orang baru diorang gerak. Diorang akan ambil 3 JD sorang. Perjalanan dari Amman, Jordan ke Nahar Aisyah, Syria ambil masa dalam 3 jam. Di border Jordan-Syria, warganegara Malaysia kena bayar 2 JD untuk visa masuk ke Syria. Sampai di Nahar Aisyah, Fahmi & Muaz dah pun tunggu aku. Mula-mula dia nak suruh aku naik bas ke rumahnya, tapi dia kesian pulak. Masa dia datang Jordan dulu, aku tunggu dia kat bus station.
Peta Syria.
Rasulullah SAW telah bersabda "Keberkatan ke atas Syam! Keberkatan ke atas Syam!" Para sahabat bertanya, "Kenapa begitu?" Rasullullah SAW menjawab, "Kerana para malaikat telah mengembangkan sayap mereka ke atas Syam."
Syria adalah salah sebuah negara bumi Syam yang diberkati. Kalau dilempar sebiji benih di atas padang pasir, akan tumbuh sepohon pokok. Macam tu la, Syam ini diibaratkan oleh ahli Ulama'. Keberkatan bumi Syam ini ditambah dengan makam-makam para Sahabat Rasulullah SAW dan banyak peristiwa-peristiwa penting bagi umat Islam berlaku disini.
Penduduk Syria berjumlah 22 juta orang. 90% terdiri daripada penduduk yang beragama Islam. 10 % lagi adalah penganut agama Kristian, sama ada daripada mazhab Greek Orthodox atau mazhab Roman Katolik. Agama Islam masih lagi terpelihara disini, aku boleh lihat kelas-kelas agama di setiap masjid yang aku ziarah. Atas sebab ni jugak, ramai yang datang ke sini untuk belajar agama. Bahasa Arab yang digunakan hampir serupa dengan Bahasa Arab tulen yang digunakan oleh orang-orang Arab zaman dulu & juga seperti yang terkandung dalam Al-Quran.
Selain dari tu, orang-orang Syria terkenal dengan pertuturan mereka yang lembut & juga wajah-wajah mereka yang cantik dan hensem. Mungkin hasil daripada mixed blood antara pelbagai bangsa yang pernah menjajah Syria. Syria mengamalkan sistem pemerintahan Republik yang diketuai oleh Presiden dan dibantu oleh Perdana Mentari. Currency sini pulak ialah Pound. 1.00 Ringgit bersamaan dengan 13.00 Pound.
Souk Hamidi
Lepas dijemput oleh Fahmi & Muaz di Nahar Aisyah, kami terus ke Souk Hamidisebagai lokasi pertama pada hari pertama di Syria. Souk Hamidi adalah sebuah bazaar tertutup yang femes di Damsyik. Kat dalam ni terdapat pelbagagi jenis barang yang dijual macam pakaian, rempah-ratus & souvenir. Selain dari tu, restoran-restoran pun ada jugak. Antara benda-benda yang femes kat Souk Hamidi ni adalah...
Fahmi & Muaz dihadapan Souk Hamidi, Damsyik.
Aiskrim Tumbuk, Souk Hamidi, Damsyik.
Jus Tamar Hindi @ Asam Jawa, menarikkan cara diorang, Souk Hamidi, Damsyik.
Fresh Oren yang betul-betul fresh, Souk Hamidi, Damsyik.
Masjid Umawi
Lepas menikmati Aiskrim Tumbuk, Famy bawak aku ke Masjid Umawi yang terletak tak jauh dari Souk Hamidi. Aku menunaikan solat zuhur& asar kat situ. Masjid Umawi ni asalnya adalah sebuah gereja. Selepas Saidina Umar Al-Khattab berjaya takluk kota Damsyik, Saidina umar telah menjadikan gereja tu sebagai tempat ibadat bersama antara penduduk Kristian & Islam. Dinding pemisah telah dibina untuk memisahkan tempat beribadat Kristian & tempat ibadat Islam.
Di bawah pemerintahan khalifah Bani Umayyah yang bernama Al-Walid I, gereja tersebut dibeli & ditukar kepada masjid sepenuhnya kerana jumlah penduduk yang beragama Islam semakin bertambah. Namun, pemerintah tersebut berjanji akan menjaga keselamatan gereja-gereja yang lain & juga membina gereja yang baru bagi menggantikan gereja yang dibeli itu.
Masjid Umawi, Damsyik.
Entrance Masjid Umawi, Damsyik.
Bahagian dalam Masjid Umawi, Damsyik.
Makam Nabi Yahya, Masjid Umawi, Damsyik.
Makam Saidina Hussin, Masjid Umawi, Damsyik.
Makam Salahuddin Al-Ayubi
Tempat seterusnya yang kami pergi ialah Makam Salahuddin Al-Ayubi yang terletak tak jauh dari Masjid Umawi. Salahuddin Al-Ayubi terkenal ketika membuka kota Palestin dari tangan tentera-tentera Salib. Beliau berbangsa Kurdish yang menjadi Sultan Mesir & Syria dan membentuk sebuah kerajaan yang diberi nama kerajaan Ayyubiah. Beliau kemudiannya berperang dengan tentera Salib di bumi Syam sewaktu awal kurun ke-12. Kejayaan terbesarnya adalah sewaktu dia berjaya tewaskan tentera Salib dalam Perang Hattin pada tahun 1187 & menawan semula Jerusalem. Beliau amat dihormati bukan sahaja dari kalangan orang Islam, malah panglima-panglima Kristian.
Makam Salahuddin Al-Ayubi, Damsyik.
Citadel Of Damascus
Citadel of Damascus ni terletak tak jauh dari Souk Hamidi dan ia adalah kubu pertahanan yang dibina oleh anak saudara Salahuddin Al-Ayubi, iaitu Malik Al-Adil pada kurun ke-13. Kubu ni berfungsi sebagai pertahanan kota Damsyik dari serangan tentera Salib & Mongol. Namun, tentera Mongol berjaya memusnahkan kubu ini pada tahun 1260. Kubu ini dibina semula oleh Sultan Mamluk yang bernama Baybars. Pada tahun 1400, ia sekali lagi dimusnahkan oleh serangan tentera Mongol kedua yang dipimpim oleh Timurlane.
Tugu Salahuddin Al-Ayubi, Damsyik.
Selesai untuk hari pertama di Syria, kami terus menuju ke rumah Fahmi. Memandangkan waktu maghrib pun dah masuk, kami singgah di Masjid Umawi sekali lagi untuk solat maghrib. Memang hidup sungguh masjid di bumi Syam ni. Aku dapat lihat ramai orang yang mengimarahkan rumah Allah.
Cantikkan Masjid Umawi, Damsyik.
Ceramah Syeikh Sa'id Ramadhan Al-Bouti, Masjid Umawi, Damsyik.
Oleh disebabkan duit agak short sikit, aku terpaksa datang Syria hanya untuk 3 hari. Hari pertama dah selesai. Hari kedua, Bosra akan muncul.
Thank you for reading this. Until next time, InsyaAllah.
KREDIT SUMBER; http://avnoob.blogspot.my/2013/01/syria-bumi-barakah.html
0 ulasan:
Catat Ulasan