Social Icons

Isnin, 4 Julai 2016

Dapat Surat Anugerah RM500k

Ada orang terima sepucuk surat yang tertulis *"Urusan Seri Paduka Baginda"* di sampulnya...

Disebabkan sibuk, dia letak dalam almari sampai terlupa nak buka, dah pegang tapi tak buka, apatah lagi nak baca apa isi kandungannya tu, sebab sangat sibuk dengan urusan lain...

Dia juga tak perasan yang surat tu ada expired date...

Tiba-tiba satu hari, dia teringat, lalu membuka surat tu & baca, dia terkejut!

Sebab surat tu daripada istana yang mahu menganugerahkan beliau wang berjumlah RM500K...

Dia terus gerak menuju ke istana & cakap: "Ampun Tuanku, patik betul2 tak teringat nak buka surat tu, patik buka pun dah expired, ada peluang lagi tak untuk patik dapat RM500K tu?"

Istana jawab: "Takda! Peluang tu hanya sekali..."

Si dia menyesal tak sudah-sudah kerana tak buka surat tersebut...

Kat dunia ni, Allah hantar 'Surat Agung' yang dinamakan Al Quran, jika kita tak pernah buka, baca & faham tawaran serta peringatan Allah di dalamnya, kita bimbang bila sampai waktu Allah jemput kita, kita akan menyesal & menangis tak sudah2 kelak...

Kerana *peluang untuk masuk syurga tu hanya sekali*

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text