Kepada para remaja sekelian!
Dulu, masa muda remaja, ketika di usia awal 20an, Pak Lang juga ada menyimpan keinginan untuk bekerja awal. Kononnya ingin mencari wang sendiri. Pada masa itu, tujuan bekerja ialah mahu mencari sumber pendapatan bagi membiayai pengajian Pak Lang di pondok. Maklumlah Pak Lang masuk pondok setelah habis SPM. Ertinya sudah remaja dan dewasa. Sangatlah terasa tidak mahu membebankan keluarga.
Hasil cerita kawan-kawan, mereka mengesyorkan Pak Lang ke Singapura untuk bekerja. Gajinya mahal ditambah pula dengan mata wang Singapura yang lebih tinggi. Ramai rakan-rakan pondok yang sudah ke Singapura - bekerja. Ianya mendorong keinginan yang sama bagi orang lain termasuk Pak Lang.
Keinginan untuk bekerja di Singapura itu kekal lama di dalam diri Pak Lang. Tetapi ianya tidak pernah berlaku. Pak Lang bersyukur kerana Allah selamatkan Pak Lang dari terjebak dengan situasi yang berpotensi merosakkan itu. Jika Pak Lang ke Singapura waktu itu, mungkin perjalanan hidup Pak Lang terubah? Tuhanlah yang maha mengetahui dan dialah yang merencanakan segala-galanya untuk kita.
Kehidupan yang kita tempuh setiap hari mempunyai pelbagai peristiwa. Ada pahit dan ada manisnya. Ada suka dan ada pula derita. Ianya satu pergiliran yang dijanjikan Tuhan kepada hamba-hambaNya. Beruntunglah jika kita mahu mengambil pengajaran di atas apa jua yang berlaku. Semuanya datang dari perencanaan Tuhan. Apa jua yang kita lakukan, akan terdedah pada penilaian Tuhan. Dialah yang maha menghukum.
Ramai remaja yang memilih untuk bekerja awal. Sebaik habis SPM, mereka pun mula ghairah mencari pekerjaan. Gaji yang dapat kurang dari RM1,000 pun sudah dianggap banyak. Maka bermulalah episod hidup berpendapatan sendiri. Ibubapa sudah tidak perlu memberi belanja. Maka siremaja akan mula mencatur kehidupannya sendiri - tanpa perlu merujuk pada ibu bapa.
Ada ramai yang selesa, apabila bekerja - memilih untuk tinggal bersama kawan-kawan di rumah sewa. Hasilnya berlaku pengaruh mempengaruh secara tidak sedar. Biasanya, yang baik sukar mendapat penyokong sebaliknya yang jahatlah yang jadi ikutan ramai. Jika awalnya baik dan berakhlak, setelah beberapa bulan, pengaruh kawan yang suka rosak pun berjangkit pada dirinya. Kalau kawan tidak bersembahayang, dia juga terikut sama meninggalkan solat.
Bila solat diabaikan, tiadalah kuasa pendinding dan penyelamat. Akhirnya banyaklah maksiat yang dilakukannya. Apa jua jenis kemungkaran yang ada di kalangan remaja, akan ditempuhnya satu demi satu tanpa ada segan silu. Niat awal untuk mencari sumber kewangan sendiri akhirnya memakan diri. Ianya terbukti satu tindakan yang kurang cerdik. Untuk bertaubat bukannya mudah jika kehidupan bersama rakan-rakan sedemikian masih di teruskan.
Jika mahu insaf, lakukanlah penghijrahan secara total. Tinggalkan segala yang merosakkan, tumpulah kepada kebaikan dan amal kebajikan serta niat mencari rezeki yang halal. Dan carilah kawan-kawan yang boleh mempengaruhi kita kepada kebaikan terutama dalam mengutamakan solat lima waktu dan berjemaah!
Solat lima waktu adalah benteng yang amat kuat mengawal diri dari terjebak. Apatah lagi jika sembahyang dilakukan dengan ruh dan jiwa yang ikhlas. Rasa khusyuk ketika solat akan mendorong seseorang telus dengan Allah di mana sahaja dan bila-bila masa. Jika sembahyang si remaja sudah mempunyai perasaan sebegini, mudahlah dia bertaubat jika berdosa dan mudah pulalah berusaha membaiki diri.
Bacalah kisah berikut untuk iktibar kita bersama.
“Saya takut mengatakannya” jawab wanita cantik itu..
“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun bercerita, “Saya… telah berzina”.
Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.
Perempuan itu meneruskan,“Dari perzinaan itu saya pun… hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… mati,” ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.
Nabi Musa tersangat marah mendengar cerita dan pengakuan wanita itu. Sudahlah berzina, membunuh nyawa yang tidak berdosa itu pula!! Nabi Musa menghalau perempuan itu, Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca jatuh ke batu - hancur luluh. Wanita itu pun segera bangkit dan perlahan-lahan melangkah pergi. Dia berjalan dengan ratap tangisnya yang amat memilukan.

Ia tidak tahu kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, adakah ada lagi manusia lain yang sudi menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia terus menangis menyesali diri.
Wanita penzina ini tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa lain yang lebih besar daripadanya?”
Nabi Musa terperanjat.
“Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?”
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
“Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”
“Ada!” jawab Jibril dengan tegas.
“Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa.
“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina”.
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah bagi perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada. Sebagai hamba, hendak di pastikan berada di jalan ketaatan kepada-Nya.

0 ulasan:
Catat Ulasan