Belajar
agama sampai ke luar negara memang menjadi cita-cita pelajar sekolah
agama di Malaysia. Disamping berpeluang menimba ilmu dari ulama yang
'tinggi ilmunya', pengalaman berada di luar negara terutama di timur
tengah adalah suatu yang menarik.
Banyak universiti di timur tengah yang menjadi pilihan terutama Universiti Al-Azhar, di Mesir, Universiti Jordan, di Jordan, Universiti Madinah di Madinah, Universiti Ummul Qura di Mekah dan lain-lain. Begitu juga di Maghribi, Syria, Libya, Yaman, Iraq dan lain-lain. Semuanya ini dijangka boleh membina wibawa sebagai seorang tokoh agama di tanah air apabila pulang nanti.
Seiringan dengan itu muncul pula rasa bangga dan rasa diri sudah alim yang menghilangkan rasa merendah diri serta tawadhuk yang sangat perlu bagi seseorang insan. Itulah sebenarnya natijah daripada sistem pendidikan agama yang masih skular. Belajar agama dalam keadaan hati makin jauh dengan Tuhan.
Tidak ramai yang semakin berilmu semakin merendah diri. Tidak berapa orang yang bila sudah belajar sampai ke luar negara, semakin tunduk merasakan diri masih jauh dari Tuhan, merasakan dirinya sangat perlukan Tuhan. Tidak ada didikan sebegini di mana-mana universiti Islam di dunia ini sekarang ini.
Suatu
hal yang tidak disedari ramai pelajar bila mereka ke luar negara ialah
mereka akan berdepan dengan perbedaan fahaman dan pemikiran. Samada
mereka sedar atau tidak, perbedaan sebegini sudah menjadi lumrah. Ianya
ekoran dari wujudnya banyak mazhab dan aliran pegangan di kalangan ulama
yang mengajar di institusi pengajian di timur tengah tersebut.
Bahkan kadang-kadang pegangan dan pendirian terhadap sesuatu mazhab menjadi dasar pegangan dan doktrin pengajian di semua fakulti di universiti berkenaan. Umumnya semua universiti yang ada di dunia Islam sudah tidak mempunyai pegangan mazhab tertentu. Mereka memberi kebebasan memilih aliran mazhab kepada semua pelajar - mengikut kecenderungan masing-masing.
Ada
pula pensyarah yang cenderung memilih mana-mana pandangan yang sesuai
dengan minatnya - tanpa mengira mazhab. Mereka merupakan golongan ulama /
pensyarah yang memilih tidak mahu mengguna-pakai apa-apa mazhab.
Mereka merasa mereka sudah 'alim' dan layak megambil keputusan sendiri (baca layak berijtihad) dalam apa jua masalah masakini. Mereka campur aduk semua pandangan imam-imam mazhab yang empat untuk memilih mana satu yang sesuai dengan selera masing-masing. Hasilnya konsep mazhab yang asas dicabuli oleh kelompok ini sewenang-wenangnya. Malangnya lagi, mereka menulisnya di dalam kitab-kitab masing-masing.
Asalnya tulisan ini dalam bentuk nota untuk penelitian pelajar masing-masing. Akhirnya bila perbahasannya sudah lengkap, mereka akan kemas-kinikannya dengan catatan bibliografi, rekabentuk dan dicetak dengan kualiti yang menarik. Bila kitab ini dijual di pasaran, para pelajar Malaysia yang tidak faham akan terus tertarik dan membelinya sebagai bahan rujukan masing-masing. Inilah punca tersebarnya pengaruh wahabi dan syiah di kalangan mahasiswa yang kembali dari universiti luar negara.
Sebahagian
besar dari mereka - berjaya pula menyambung pengajian di peringkat
sarjana dan kedoktoran, akhirnya pulang ke tanah air dan menjadi
pensyarah pula di universiti dalam negeri. Maka berpindahlah pula
pemikiran dan aliran tanpa mazhab, wahabi, salafi dan sebagainya ini
kepada anak murid masing-masing. Inilah yang kebanyakan ibubapa tidak
sedar. Mereka hanya tahu anak mereka belajar di timur tengah sedangkan
anaknya sudah terpengaruh dengan pegangan yang bukan lagi Ahli Sunnah
Wal Jamaah.
Di
bawah ini adalah sebuah kitab 'hadis' yang menjadi rujukan utama bagi
penganut Syiah. Lihatlah rekabentuk dan kualiti yang ada pada kitab ini.
Siapa yang tidak tahu, pastilah akan tertawan dengan buku ini. Kitab
ini mengandungi himpunan hadis palsu dan rekaan ulama Syiah yang
diguna-pakai bagi tujuan propaganda mereka.
Assalamualaikum. Baru - baru ini Universiti Al Azhar sudah terbakar hasil dari rusuhan di sana. Jika ada yang membatalkan hasrat mahu menghantar anak belajar di sana , seperti bukan kebetulan - Allah menyelamatkan anak - anak dari di resapi anasir fahaman - fahaman yang di sebutkan itu.
BalasPadamZaman Rasulullah belum ada mazhab feqah, tetapi sahabat dibenarkan berijtihad berdasarkan ilmu yang mereka ada. Kemudian muncul imam-imam mazhab termasuk 4 mazhab yang terkenal itu. Kesemuanya berhukum berdasarkan ilmu mereka. Pada zaman tersebut tumpuan diberikan kepada permasalahan feqah. Kemudian barulah muncul imam-imam yang mengumpul dan menulis kitab hadis. Setelah itu pemahaman feqah menjadi lebih luas hinggakan imam yang disandarkan pada sesuatu mazhab berijtihad dengan pendapat yang berlawanan dengan mazhab mereka sendiri. Jadi di sini tak timbul isu campur aduk pandangan empat mazhab. Fahami dulu sejarah perkembangan ilmu. Isu fiqh adalah isu khilafiah. Mana kewarasan penulis bila mana seseorang yang berilmu memilih pendapat lebih kuat berdasarkan hadis dalam permasalahan FIQH dikatakan tidak lagi berpegang pada Ahlus Sunnah wal Jamaah? Yang penting sekarang ni adalah aqidah. Banyak lagi aqidah yang menyeleweng seperti menafikan sifat Allah yang telah dijelaskan dalam al-Quran, menetapkan sifat Allah tidak bersumberkan wahyu dan hadis Nabi, percaya pada teori Nur Muhammad, beramal dengan selawat rekaan manusia, percaya Nabi hadir pada majlis qasidah. Ini lebih parah, jangan hanya tengok pada kekhilafan fiqh sahaja.
BalasPadamNi.la sebabnya jika x bljr tasauf dan x beramal tarikat.
BalasPadamTasauf:teori
Tarikat:praktikal