Hujan lebat di barat Arab Saudi telah menyebabkan banjir besar di Mekah lewat Khamis, 8 Mei, 2014. Bagi sesiapa yang pernah ke Mekah, Kota Mekah hanya menerima hujan beberapa kali sahaja dalam setahun. Keadaan muka bumi yang kering kontang menjadikan penduduknya sangat menghargai hujan yang turun.
Jika kita di Mekah ketika hari hujan, kita akan menyaksikan warga Mekah bergembira dengan hujan yang turun. Walau selebat mana sekali pun - bahkan kalaupun banjir, cuaca sedemikian sangatlah disyukuri. Mereka 'bermain hujan' sepuas hati. Mereka yang berada di jalanan, tidak akan berlari mencari tempat teduh sebaliknya meneruskan berjalan kaki dengan tenang dan membiarkan diri mereka basah kuyup. Ianya satu kebanggaan dan kepuasan dalam diri.
0 ulasan:
Catat Ulasan