Kota Mekah - kota yang dijanjikan keamanan dan kemakmuran. Ianya kota ajaib kerana awalnya hanya sebuah lembah yang kering kontang. Penuh dengan hutan batu, tetapi kuasa Allah yang maha ajaib mengubahnya menjadi kota berkat. Limpahan rezekinya sehingga kini terasa pada siapa sahaja. Ianya kota yang paling ramai dikunjungi manusia di atas muka bumi.
Kali ini sekadar membuka fail lama, Pak Lang titipkan gambar-gambar sebuah dekorasi buah-buahan menarik di sebuah kedai menjual jus buah-buahan di kota Mekah. Gambar diambil ketika Pak Lang berada di Mekah selama 10 bulan tahun 2012/2013.
0 ulasan:
Catat Ulasan