Social Icons

Jumaat, 8 Ogos 2014

Isu Boikot Barangan US-ISRAEL


Baru sahaja pagi tadi, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita serangan bertali-arus rejim zionis terhadap Gaza. Serangan ini telah mengorbankan antaranya Ketua Ketenteraan Briged Izzuddin Al-Qassam, as-syahid Hassan Al Jabary, mengikuti langkah para syuhada yang telah membasahkan bumi Palestin dengan darah perjuangan mereka seperti Sheikh Ahmad Yassin dan Dr Abdul Aziz Rantisi. 

Di kala peperangan tercetus di tebing barat, timbul polemik dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kewajipan memboikot barangan Israel dan syarikat yang menyokong mereka. Sudah tentunya antara syarikat yang menjadi kontroversi ialah McDonalds dan Starbucks. Ada yang menyokong, ada yang mempertikaikan. Maka di sini saya berharap tulisan saya mampu untuk memberi pencerahan kepada sahabat-sahabat di luar sana mengenai isu ini.
 
Kenapa Boikot?



Ini ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif:
Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar “franchisee fees” kepada McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoranMcD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari pendapatan mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar). Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan mesej yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. 
 
Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat “disclaimer” bahawa mereka tidak menyumbang kepada Israel bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US boleh meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan mesej yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kepada Israel. 

Bayangkan jika kutipan dari yuran “franchisee” sahaja jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang boleh dibeli oleh Israel dengan sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin. Kerana itu boikot adalah satu ‘peperangan’. 
 
Seruan boikot akan di “counter” oleh pihak musuh dengan mengatakan kami ‘cawangan tempatan’ dan kami hanya membayar cukai kepada kerajaan kita(seperti yang berlaku hari ini). Lagipun kami menyumbang kepada ekonomi negara dan menyediakan peluan pekerjaan kpd rakyat tempatan. 
 
Jika semua negara membuat pengistiharan seperti ini dan semua warga dunia terpedaya dengan seruan manis ini, boikot akan gagal. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempias dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kepada zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut. Ingat boikot adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah ‘yang masuk akal’ untuk menggagalkan strategi boikot. 

Antara Kejayaan boikot :
1.Syarikat susu Denmark rugi besar akibat boikot negara arab terhadap produknya akibat isu kartun Nabi Muhammad S.A.W.
http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/4666298.stm
 
2.Syarikat CATERPILLAR (jentolak/jengkaut) rugi besar kerana boycott Israel yang dilancarkan di UK. Pelabur mula tarik keluar modal dari syarikat Caterpillar kerana merobohkan rumah rakyat Palestin di Tebing Barat
http://jfjfp.com/?page_id=33999
http://www.timesofisrael.com/presbyterians-in-us-consider-israel-divestment/
 
3. syarikat ALSTOM yang memenangi tender untuk bina LRT Mekah-Madinah dibatalkan kontrak oleh Arab Saudi kerana ALSTOM juga bina LRT di Baitul Maqdis utk Israel. Boikot ini dilancarkan dari UK dan disokong oleh inisiatif dari US (US against apartheid Israel). Kerajaan Arab Saudi anugerah kontrak pada syarikat lain
http://gulfnews.com/news/region/palestinian-territories/plea-to-boycott-firms-with-israel-link-1.528509
http://www.bloomberg.com/news/2011-10-26/saudi-railways-awards-contract-for-second-phase-of-haramain-line.html
 
Alaa, zaman Nabi dulu mana ada boikot-boikot ni
Anda pasti ? Kalau begitu saranan ulama seperti gesaan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi tidak menepati sunnah? Beliau dengan tegas mengatakan ‘setiap rial dan dirham yang dibelanjakan untuk membeli barangan yang menyokong zionis Israel akan digunakan untuk membeli peluru yang akan membunuh saudara-saudaramu di Palestin!” 
 
Sebelum kita menilai suatu itu sunnah atau sebaliknya, lihat dulu apa kewajipan kita sebagai muslim. Nabi SAW menegaskan “umat Islam itu ibarat satu tubuh, jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasa sakit dan tidak boleh tidur malam”. Tidak kah kita merasa apa-apa terhadap penderitaan yang ditanggung oleh saudara kita di Palestin? Mereka bukan sahaja diperangi, bahkan dikepung dan dikenakan pelbagai sekatan. Mari kita sama-sama hayati perintah Allah SWT ini:

“Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa : “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau !”.(QS 4:75).

Kewajipan kita yang asasi ialah berperang untuk mengeluarkan saudara-saudara kita dari penderitaan yang ditanggung akibat perbuatan musuh-musuh mereka, musuh kita dan lebih tepat MUSUH ALLAH. Kata kuncinya ialah MEMBELA saudara-saudara kita. Kalau kita tidak mampu menghunus senjata dan terjun ke medan tempur untuk MEMBELA mereka, apakah kita hanya menyaksikan sahaja mereka dan anak-anak mereka dibunuh didepan mata kita? 
 
Tidak! Sesekali tidak! Kita akan lakukan apa sahaja untuk membuatkan musuh menghentikan kezaliman dan penganiayaan tersebut. Kita akan berusaha untuk menghilangkan kesakitan tersebut dari batang tubuh mereka sebagaimana kita akan berusaha untuk menghilangkan kesakitan itu dari batang tubuh kita sendiri sekiranya kita yang berada ditempat mereka.
 
Mereka DIBOIKOT dalam makna perkataan BOIKOT YANG SEMPURNA! Mereka DIPERANGI dalam makna perkataan DIPERANGI SECARA SEMPURNA. Israel menggunakan pelbagai kaedah samada sah atau tidak sah dari sudut undang-undang untuk memerangi rakyat Palestin. Israel menggunakan pelbagai senjata samada yang dibenarkan atau diharamkan untuk membunuh rakyat Palestin. 
 
Tiba-tiba kita YANG TIDAK BERMAYA untuk angkat senjata dan menghadapi musuh secara berhadap-hadapan, memutuskan satu kaedah yang amat ringan yang diserukan oleh para ulama sebagai tanda kita tidak rela kesakitan itu terus dideritai oleh mereka sebagai ‘TIDAK SUNNAH’? Apakah kita sudah ‘HILANG AKAL’?.
 
Apakah Boikot itu menyakitkan musuh-musuh kita? Berbanding kepungan dan serangan bertalu-talu yang ditimpakan ke atas saudara kita? Apakah boikot kita ke atas syarikat-syarikat yang menyokong Israel akan menyebabkan musuh-mush kita kebuluran dan diancam kematian? 
 
Tidak! Mereka tidak akan mati kesan dari boikot yang sama-sama didokong oleh orang yang beriman. Mereka hanya akan mengalami sedikit kerugian dunia, dan oleh kerana dunia ini matlamat mereka, maka boikot ini akan menyebabkan mereka menggelupur seperti cacing kepanasan. Kerana kita kenal musuh kita sebagai mana yang Allah SWT telah dedahkan kepada kita.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai orang-orang yang berugama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!”[7]
Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang mereka telah lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.

Bagi sesiapa yang menganggap boikot tidak ada dalam Islam, dan enggan menahan diri dari berbelanja dari Syarikat-syarikat yang menyokong Israel (atas alasan ianya bukan sunnah), maka pastikan anda penuhi apa yang anda anggap sunnah dalam menunaikan kewajipan bagi menamatkan penderitaan saudara-saudara kita di sana? iaitu berjihad dengan harta dan jiwa (yang akan menyelamatkan kita dari azab yang pedih.. surah as-Saff). 

Bagaimana anda hendak memenuhi tuntutan ayat ini menurut sunnahnya, terpulang kepada anda. Tetapi FORMULA umumnya ialah – ‘Berbelanjalah untuk mereka supaya perbelanjaan itu akan mengeluarkan mereka dari penderitaan yang mereka tanggung dari musuh mereka dan musuh kita, jangan sekali kita berbelanja sehingga memberi ruang yang lebih luas kepada musuh untuk memperdalam penyeksaan dan kezaliman yang ditimpakan ke atas mereka’. 
 
Atau pastikan anda ‘menggunakan tulang empat kerat anda dan kekuatan fizikal anda untuk mengeluarkan mereka dari penderitaan itu’. Jangan pula kita tetap berbelanja di syarikat-syarikat yang menyokong musuh (atas alasan ianya tidak sunnah atau apa sahaja alasan yang kita ada) dan kemudian kita tidak berbuat apa-apa. Ketika orang lain berbuat sesuatu untuk menyelamatkan rakyat Palestin (sebenarnya menyelamatkan diri dari azab yang pedih) kita hanya menyanggah ‘Jangan boikot kerana ia bukan sunnah…’
 
Habis tu, macam mana dengan nasib pekerja McD di Malaysia? Ramai orang Islam yang mencari rezeki di situ ? Ini senario yang paling mungkin.
 
McD tidak akan terjejas dengan kempen boikot. Yang menurun mungkin market share sahaja. Makna kata jika market share McD dalam perniagaan makanan segera ialah 70% mungkin berkurangan beberapa % sahaja. (katakan tinggal 60%). McD akan terus beroperasi spt biasa kerana dia tak menanggung kerugian – cuma keuntungan terjejas sedikit (Kemungkinan pelbagai tawaran harga yang menarik dan strategi pengiklanan yang makin aggresif adalah isyarat bahawa ‘kempen boikot’ semakin menggigit). 
 
Jadi pekerja McD boleh terus bekerja dan tidak akan hilang pekerjaan. Cuma masalah mungkin timbul bagi pekerja McD yang terkesan dengan maklumat hubungan di antara McD dan Israel (McD tidak pernah menafikan hubungan ini meskipun kempen seruan boikot ini dilancarkan dari UK – diterajui oleh Inminds, UK). Mereka mungkin akan berhadapan dengan rasa bersalah – rasa bersalah ini didorong oleh iman atau rasa kemanusiaan. 
 
Ini soal hati, dan jika seseorang itu melakukan sesuatu yang berlawanan dengan ‘conscience’ (rasa hatinya) maka dia akan mengalami konflik jiwa – rasa serba salah. Untuk golongan pekerja McD dalam kategori ini jangan bimbang ada jalan keluar.1. Dr Yusuf Qardhawi, ulama tersohor dan paling prihatin dalam isu palestin memberi panduan umum.
 
– Jangan berhenti kerana seseorang itu akan kehilangan punca pendapatan, apatah lagi jika dia ada tanggungan. Jika dia berhenti dalam keadaan tidak ada mata pencarian yang lain – dia telah melakukan kezaliman ke atas dirinya dan keluarganya. Fitnah berhenti bekerja di McD lebih besar kerana kehilangan mata pencarian.
 
– bagaimana utk mengelakkan ini? ikhtiarlah untuk mencari kerja lain yang menawarkan gaji yang setimpal atau lebih baik. Hanya setelah memperoleh peluang kerja dengan tawaran gaji yang serupa atau lebih baik barulah berhenti bekerja di McD.- Bagaimanakah jika tidak dapat juga pekerjaan lain. Jawapannya teruskanlah bekerja di McD. 
 
Tetapi Allah itukan maha pemberi rezeki ar-Razzaq. Memohonlah kepada Allah Rabbul Jalil, DIA tahu isi hati kita dan DIA akan memberi jalan keluar kepada hamba-hambaNYA yang bertakwa dengan punca-punca rezeki yang tidakj disangka-sangka oleh hambaNYA (Bukankah kita yakin dengan ‘ayat Seribu Dinar tu? Janganlah dijadikan hiasan sahaja tetapi tidak ada kesungguhan untuk menghayatinya).

Ramai juga yang bertanya untuk membela pekerja McD (yg jumlahnya 10,000 orang menurut satu sumber). Pekerja McD tidak perlu pembelaan sebenarnya – rezeki mereka terjamin dengan jalan-jalan keluar yang digariskan di atas. Lebih baiklah mereka mengenangkan nasib 1.7 penduduk Gaza, 3.5 juta penduduk Palestin di tebing Barat, 500,000 rakyat Palestin yang terkepung di Baitul Maqdis dan 5 juta rakyat Palestin di khemah-khemah pelarian di Lubnan, Syria, Jordan dan lain-lain tempat. 
 
Di sini kita merisaukan sshabat-sahabat kita yang kehilangan mata pencarian di bumi bertuah Malaysia ini? Bagaimana dengan saudara-saudara kita di sana yang mungkin kehilangan nyawa, ibu-bapa dan anak-anak akibat dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Dan jika dibiarkan hidup dinafikan pula hak yang paling asasi, makanan, minuman, ubat-ubatan, bahan api dan rumah untuk berteduh.
 
Semuga kita tidak berbalah lagi dalam isu ini. Kami mendoakan semua pekerja McD agar tenang dengan pilihan-pilihan yang ada. Ingatlah Allah tidak akan menganiaya anda disebabkan oleh kedudukan anda, Allah akan bantu anda jika anda bantu agama Allah.
“Tolonglah agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu di bumi” 

Kredit :http://opfarhan.wordpress.com
1. Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif
2. Tindakan boikot oleh Nabi S.A.W , http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=1123&Itemid=65
3. http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/4666298.stm
4. http://jfjfp.com/?page_id=33999
5. http://www.timesofisrael.com/presbyterians-in-us-consider-israel-divestment/
6. http://gulfnews.com/news/region/palestinian-territories/plea-to-boycott-firms-with-israel-link-1.528509
7. http://www.bloomberg.com/news/2011-10-26/saudi-railways-awards-contract-for-second-phase-of-haramain-line.html
8. http://www.inminds.com/
9. http://www.amanpalestin.net/
10. http://www.facebook.com/aqsa.syarif?ref=ts&fref=ts
11. untuk semua yang sentiasa post di FB mengenai situasi terkini di Palestin

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text