Social Icons

Selasa, 10 September 2013

Siapa Dalang Di Sebalik Tunjuk Perasaan Di Seluruh Dunia Islam?

Ketika era komunisme melanda kebanyakan negara di dunia pada awal abad lalu sehingga pertengahan abad ke-20, semacam ada gerakan tersusun untuk menjatuhkan ideologi itu dengan pelbagai penentangan, sehingga ketakutan kepada ideologi komunisme dilabelkan dengan pelbagai gelaran dan propaganda.

Yang menariknya pula, semua propaganda itu didalangi oleh Amerika Syarikat (AS) dan disokong oleh negara-negara Barat.

Ketakutan terhadap ideologi komunisme telah membawa kepada beberapa perang besar di dunia termasuk perang Vietnam, perang di semenanjung Korea, penaklukan Afghanistan oleh Moscow semasa era Kesatuan Soviet, konfrantasi di Eropah timur, konfrantasi antara Jerman Timur dan Jerman Barat dan perang dingin antara AS dan Kesatuan Soviet.

Dalam semua konfrontasi itu, kemenangan Vietkong di Vietnam paling dramatik apabila ideologi komunis berjaya mengatasi kuasa demokrasi barat tajaan AS di bumi Vietnam, bagaimanapun komunis di bawah Kesatuan Soviet kecundang di Afghanistan apabila Taliban berjaya mengusir Moscow dari bumi Afghanistan dengan bantuan China, AS dan sekutunya.

Begitulah sengitnya konfrontasi merentasi ideologi komunisme dan sistem demokrasi yang berlaku pada pertengahan abad lalu hingga dekad 80-an, termasuk menyaksikan kejatuhan Kesatuan Soviet, selain menyaksikan penyatuan Jerman Barat dan Jerman Timur dan robohnya Tembok Berlin serta memperlihatan kemenangan kuasa demokrasi tajaan AS.

Namun begitu, komunisme masih bertahan di semenanjung Korea apabila Korea Utara masih menunjukkan cengkaman kuasanya di semenanjung itu, walaupun dengan kehadiran AS di rantau tersebut.

Dalam semua insiden dan konfrantasi itu menyaksikan AS dan barat cuba mengetengahkan sistem demokrasi di negara-negara terbabit dan cuba menolak komunisme dengan menyogokkan propaganda bahawa komunisme sebagai musuh penduduk sejagat.

AS dalam propaganda menentang komunisme ketika itu telah memperkenalkan Teori Domino dengan mendakwa komunisme harus ditentang habis-habisan kerana bimbang jika satu negara jatuh ke tangan komunisme akan menyebabkan negara-negara lain yang berhampiran turut jatuh ke tangan komunisme.

Begitulah cara AS dan sekutunya mengekalkan kuasa dan kedudukan mereka sebagai kuasa dunia.

Setelah beberapa dekad menentang komunisme, AS dan barat menunjukkan kemajuan dalam kempen dan propaganda mereka apabila banyak negara komunis di Eropah timur runtuh dan menerima demokrasi termasuk di Jerman timur, Czechoslovakia, Yugoslavia, Albania dan Bulgaria melalui kebangkitan rakyat di negara-negara terbabit menerusi tunjuk perasaan besar-besaran.

Ketika itu kita menyaksikan penduduk negara-negara komunis terbabit bangkit menentang pemerintah komunis yang dianggap kuku besi melalui tunjuk perasaan hampir setiap hari selama berbulan-bulan sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan komunis dan digantikan dengan kerajaan demokrasi.

Kini, trend serupa berlaku di negara-negara Islam bermula dengan dunia Arab, apabila meletus Arab Spring di Tunisia, apabila rakyat di negara-negara Arab bangkit menentang kerajaan dan pemimpin mereka atas alasan kemiskinan, reformasi ekonomi dan pembaharuan demokrasi.

AS dan Barat menyedari kekuatan kuasa rakyat seperti yang berlaku di Filipina apabila Corazon Aquino menggerakkan kebangkitan rakyat dengan mengadakan perarakan raksasa bagi menggulingkan Presiden Ferdinand Marcos, namun di dunia Islam, AS menggunakannya untuk kepentingannya dengan memperalatkan pemimpin di negara-negara Islam untuk meracuni rakyat supaya memberontak.

Apakah tunjuk perasaan di dunia Arab dan kini merebak ke dunia Islam juga merupakan perancangan AS dan barat yang bimbang dengan perluasan pengaruh Islam di negara-negara Islam dan di seluruh dunia. Inilah konspirasi AS dan barat untuk terus kekal sebagai kuasa besar dunia yang menentukan hala tuju dunia di bawah cengkaman mereka.

Sebenarnya, AS cuba menggunakan kekerasan seperti mereka lakukan ke atas Iraq, bagi menumpaskan pengaruh dan kuasa Islam yang semakin meningkat di dunia, tetapi AS dan barat sedar akibatnya, kerana selepas Perang Iraq dan kejatuhan Saddam Hussein, imej AS dan barat di kaca mata Islam merudum dan terjejas teruk serta dianggap sebagai negara pengganas. AS tidak mahu imej itu terus menghantui mereka.

AS menyedari perkara itu dan kembali menggunakan modus operadi yang sama seperti memerangi kebangkitan komunisme dahulu dengan meracuni rakyat negara-negara terbabit dengan menanam kebencian terhadap kerajaan. Mereka menggunakan masalah dalaman di negara-negara Islam sebagai alasan untuk rakyat membenci kerajaan yang sah di negara-negara Islam.

Akhirnya, strategi AS dan barat itu dilihat berkesan apabila beberapa pemimpin negara Arab berjaya digulingkan dan dibunuh termasuk Presiden Zine El Abidine Ben Ali (Tunisia), Muammar Ghaddafi (Libya), Hosni Mubarak (Mesir), Ali Abdullah Saleh (Yemen) dan Bashar al-Assad (Syria).

Selepas melihat kejayaan strategi itu di dunia Arab, AS dan barat mula mengembangkan strategi itu ke negara-negara Islam lain termasuk di Turki, Iran dan Pakistan.

AS dan barat turut menggunakan pendekatan itu di Malaysia dan strategi itu dilihat berjaya dengan kehadiran pemimpin seperti Anwar Ibrahim dan pemimpin politik Malaysia berhaluan kiri dan pemimpin Islam liberal serta mereka yang berfahaman rasis seperti DAP.

Trend ini dilihat akan berterusan selagi AS dan barat belum berpuas hati melihat perubahan kepimpinan di negara-negara Islam berpengaruh seperti Pakistan dan Iran yang mempunyai kuasa nuklear, Malaysia dan Turki yang mempunyai kedudukan ekonomi dan politik yang stabil serta Indonesia yang mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia serta sumber alam yang banyak.

Selepas kejatuhan semua pemimpin Islam di negara-negara Islam yang terbabit, AS dan barat akan menjadikan Arab Saudi sebagai sasaran terakhirnya untuk memusnahkan sepenuhnya pengaruh Islam kerana Arab Saudi merupakan tempat terletaknya kiblat umat Islam di Mekah dan juga kemunculan negara Islam pertama di Madinah.

Presiden George W. Bush pernah mengutarakan idea untuk mengubah kiblat orang Islam dari Mekah ke New York dan mengubah al-Quran bagi menukar persepsi masyarakat Islam terhadap jihad.

Mungkin ramai yang akan menyatakan ini adalah teori semata-mata, tetapi trend yang sedang berlaku di seluruh dunia memperlihatkan dunia Islam sedang dilanda tunjuk perasaan yang tidak ada matlamat yang jelas, selain kebangkitan rakyat yang ditanam dengan kebencian terhadap pemerintah yang sah.

Bahaya sedang menanti umat Islam, kerana AS dan Barat sentiasa mencemburui perkembangan Islam dan umat Islam pula sentiasa alpa kerana tidak menyedari mereka masuk perangkap musuh.

-Utusan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text