Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Kisah Derita Seorang Ibu Mempunyai Anak Penagih Dadah

Imej
Pak Lang perturunkan di sini salah satu kisah masyarakat.....Kisah seorang ibu menderita anak penagih dadah.... Siapakah pembela mereka? Pak Lang ambil dari blog PEMADAM ( Pemadam WangsaMAJU ) Selepas ini Pak Lang akan masukkan satu kisah karamah Abuya memulihkan remaja GISB yang pernah terlibat dengan dadah. Islam ada jalan penyelesaiannya. Dan Abuya bangunkan sistem hidup Islam di dalam GISB untuk menaungi masyarakat yang memerlukan panduan dan pimpinan. Manusia akan kehilangan pedoman jika tidak bertemu siapa yang boleh menyelamatkan mereka... Ikuti kisahnya... KISAH minggu ini memang berlainan sekali, ia tentang luahan hati seorang kakak juga ibu mengenai masalah adik dan anaknya yang terlibat dengan dadah. Hanya mereka yang senasib boleh memahami masalah yang dipikulnya selama ini. Itu cerita Salina dalam e-melnya dan ketika kami berbual panjang di telefon. ''Apabila adik jadi penagih dadah, bukan setakat ibu bapa saya sahaja menderita, malah kami enam beradik turut...

Kisah Hari-hari Terakhir Seorang Remaja Perempuan Yang Kemalangan - Sangat Mengaitkan Segalanya Dengan Tuhan

Imej
Petang ini dalam keadaan Pak Lang sedang menyiapkan satu paparan berkenaan kisah seorang remaja lelaki yang terjebak dengan najis dadah, Pak Lang dikejutkan dengan mesej yang masuk ke blackberry.  Rupa-rupanya dari teman sebilik. Syeikh Dr Hamzah ar yang sedang duduk menyandar di tepi katil, tersenyum memerhatikan Pak Lang.  Pak Lang melihat sekali lagi link yang dipaparkan. Ada kisah menarik rasanya. Tertulis di situ, "Rentetan Pengalaman Dihari-hari Terakhir Siti Hajar Binti Ahmad Sabir."  "Ada apa dalam cerita ini Syeikh?" Pak Lang bertanya. "Ana dapat link ini daripada Ibu Safwah At-Tamimi ar, bacalah dulu baru tahu!!" Itulah yang dijawabnya.  Pak Lang tidak ada pilihan. Kena berikan masa membacanya. Tentu ada sesuatu manfaat yang besar di dalamnya. Kalau tidak Syeikh Dr Hamzah ar tidak sebegitu. Bahkan bila dikaitkan dengan Ibu Safwah ar, tentulah bahan dalam link ini sangat bermakna.  Membaca kisah remaja perempuan bernama Siti Hajar ...

Pelik Tapi Benar!!! Salji Turun Di Negara Padang Pasir - Arab Saudi

Imej
Lihat paparan berikut, kejadian pelik berlaku di Arab Saudi. Berita mengenainya hanya Pak Lang dapat dari blog ceritaapakah.... Sila  KLIK DI SINI Pelik:Ribut Salji Melanda Arab Saudi:-Sesuatu yang aneh terjadi pada Rabu lalu (9/1/2013) di Arab Saudi. Worldbulletin menyiarkan berita bahawa Tabuk—salah satu lokasi perang yang terjadi pada zaman Rasulullah—dilanda salji yang sangat lebat, setelah beberapa jam lamanya dihentam ribut yang sangat dahsyat.  Sebenarnya ini bukanlah kali pertama salji turun di Tabuk. Beberapa tahun yang lalu, Tabuk juga sudah pernah diselimuti salji dengan ketebalan mencapai 20 cm.   Tabuk letaknya sekitar 1500 km dari Riyad (Ibu negara Arab Saudi). Penduduk Tabuk dan juga orang-orang yang datang dari daerah lain menikmati hujan salji yang jarang terjadi itu. Jalan-jalan terutama menuju ke Gunung Alluz dipenuhi oleh kenderaan bermotor.  Jalan-jalan yang mengarah ke daerah gurun pasir dan pengunungan di Tabuk dipenuhi kenderaan dari a...

Kisah Mimpi Seorang Pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad saw.

Imej
Untuk anak cucu dan remaja sekalian, ikutilah paparan kisah benar ini untuk dapat dirasakan kasih sayang Rasulullah saw terhadap kita semua - umat di akhir zaman!!  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani… Ya Allah..lancarkanlah jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik itu. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada...

Suka Duka Para Sahabat Yang Berhijrah Ke Habsyah

Semakin menghampiri ulangtahun Maulid Rasulullah saw, Pak Lang suka mengimbau sejarah Baginda saw dan para sahabat. Hebatnya perjuangan Baginda saw bersama generasi awal kebangkitan Islam kali pertama dulu. Susah payah yang mereka tanggung hanya dapat kita tatap dan baca di lipatan sejarah. Hakikatnya catatan sejarah mereka nilainya tidak terhingga walaupun di tulis dengan tinta emas. Itulah mahalnya keyakinan. Para sahabat radhiallahu anhum telah membuktikan mereka memilih akhirat dari dunia mereka. Mereka memilih untuk mengutamakan Allah dan Rasul berbanding diri dan keluarga serta harta benda. Bahkan semuanya dikorbankan demi menagih cinta Allah dan Rasul. Mereka membuat keputusan rela mengorbankan segala-galanya dalam keadaan sangat berbahagia. Jiwa mereka menderita jika tidak ditemui apa sesuatu yang boleh dikorbankan untuk perjuangan. Susur galur sejarah hebat Rasulullah saw dan para sahabat ini menyaksikan ketabahan mereka menghadapi ancaman, pemulauan dan pengusiran. ...

10 Ramuan Bahaya Dalam Mee Segera!

Imej
Pak Lang agak sibuk dua tiga hari ini. Untuk melayan pertanyaan anak cucu serta remaja yang bertanyakan paparan terkini Blog suaramuhajirin ini, renungkanlah fakta berkaitan makan kegemaran anak-anak dan remaja. Pak Lang perturunkan di sini dari Blog PenPatah. Memang tidak dinafikan, ramai yang dah tahu keburukan memakan mee segera tapi mee segera tetap menjadi pilihan kerana harganya yang murah, mudah untuk menyediakan, dan rasanya yang agak enak. Bagi mereka mee segera tidak bagus untuk kesihatan kerana banyak bahan perasa. Sebenarnya lebih dari itu, bukan sekadar bahan perasa dan antaranya: 136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibena...

Hijrah Rasulullah saw Ke Madinah Berlaku Di Bulan Rabiul Awal

Rabiul Awal adalah bulan Maulid Ar Rasul saw. Selain Ramadhan dan ZulHijjah, bulan Rabiul Awal juga menjadi bulan yang meriah. Ianya penuh dengan aktiviti perayaan memperingati kelahiran manusia agung, kekasih Allah swt iaitu Nabi Muhammad saw. Sejarah perjuangan Baginda dan para sahabat rhum diulang-sebutkan lagi di bulan ini. Seluruh dunia Islam terdorong melakukan berbagai aktiviti membesarkan dan mengagungkan manusia agung ini. Rabiul Awal sebenarnya bulan berlakunya hijrah Rasulullah saw bersama Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq ke Madinah. Cuma Saiyidina Omar Al-Khattab menetapkan permulaan tahun hijrah ialah pada 1 haribulan Muharram.- walaupun peristiwa hijrah sebenarnya terjadi di bulan Rabiul Awal. Ertinya setiap kali umat Islam menyambut Maulid Ar Rasul saw, kita juga mengenangkan peristiwa hijrah yang sangat bermakna dalam perjuangan Baginda saw. Ikuti kisah Hijrah Baginda saw...... Pak Lang paparkan ambilan dari blog  muzir.wordpress.com .  Pada 26 Safar tahun ke-14...