Social Icons

Rabu, 9 Januari 2013

Taufan Sandy Musnahkan 250,000 Kenderaan Bermotor - Kuasa Tuhan Akan Jatuhkan Amerika

Tuhan boleh lakukan apa saja kepada musuh-musuhNya. Tuhan ada cara menundukkan mereka. Walaupun mereka mendabik dada sebagai polis dunia - rakus berbuat sewenang-wenangnya - tapi kuasa Tuhan membuktikan Amerika cukup lemah bagi menahan sedikit goncangan Tuhan. Inilah akibatnya. 

Gambar yang di bawah ini hanya satu bentuk kehancuran mereka. hanya kenderaan. Bayangkan kerosakan dan kemusnahan lain yang cuba disembunyikan oleh ego mereka! Terima kasih pada blog PenPatah!

Taufan Sandy yang melanda New York Oktober lalu mengakibatkan kerosakan bernilai USD 63 Billion. Antara yang musnah ialah lebih dari 230 000 kenderaan bermotor. Gambar di bawah ialah gambar 15000 kenderaan yang rosak akibat Sandy dan sedang menanti waktu untuk dilupuskan. 
Kenderaan ini diletakkan di lapangan terbang Calverton di Long Island. Seperti yang anda boleh lihat, kesemua landasan lapangan terbang serta kawasan lapang sekelilingnya dipenuhi dengan kenderaan beroda. Mungkin ada diantara anda yang berkata "tak nampak rosak teruk pun?". 
Dari luaran mungkin tak nampak rosak tetapi -air masin sudah merosakkan semuanya. Difahamkan kos membaiki semula kenderaan yang rosak mungkin tidak praktikal dan lebih baik bagi pemilik untuk memberli kenderaan baru sahaja.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text